Wednesday, February 04, 2009

SINGGAH DI PERMATANG.

Dah hampir satu bulan aku tak buat N3.
Dah dekat 2 minggu aku tidak melawat blog sendiri.

Beginilah kehidupan di awal tahun.
Ibarat musim membajak sawah di kampung.
Kalau malas turun membanting,
alamat tiadalah padi untuk dituai nanti.
Tiadalah beras untuk ditanak,
walau secupak.
Tiadalah nasi untuk dimamah,
walau sesuap.

Penat.
Namun ada kepuasan...
yang tidak terucap.

9 comments:

Anonymous said...

saya simpan ya gambar belakang rmh saya tu- CM

kunadzri said...

Cik Meloq>>
Gambaq nostalgia kenangan terindah tu.. tempat memancing, mengoncat, menimba kubang, menahan taut, menahan pelompat, menahan bilai, menyeluk lubang ketam, menangkap belalang & katak utk buat umpan, mengacau orang membajak, menanam padi, mengerat & membanting/memukui padi & paling best sekali main wau ketek & wau rang....

Silakan ambik mana-mana gambaq yang CM sudi..

Kujie said...

hijau itu rezeki....seronok mata memandang...jiwa yg merasa

arsaili said...

salam,,eye theraphy..so green

© Opah De said...

Betul cakap Arsaili tu. Good for eyes. Anyway Yeop, harap Yeop tak murka kat teman. Setiap kali teman tukor kaler rumah, mesti teman tertinggal link Yeop. Malam ni baru teman teringat nak bubuh. Bukan tak ingat atau sengaja lupa tau Yeop. Tak sengaja... sihat ke? Yong dah habis menulis tu. Hilang kot tension... he he he.

Syam said...

salam..cantik permandangan nye.. :)

Gadis.. said...

saya suke cara awak amek gambar.. membuatkan gambar tu unik

Anonymous said...

amkm
menyeluk lubang ketam..tu apa jenis ketam? ada gambar tak? species air sungai punya ketam ka?

selalu terbaca pasal tu tapi tak tau sebab tak pernah jumpa..

@t00neY r00neY® said...

owh..
happy bizying

 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Intydez