Tuesday, September 29, 2009

TANDUS & PUPUS

Sorong papan tarik papan,
BUAH KERANJI dalam perahu,
Suruh makan dia makan,
Suruh mengaji dia tak mahu.

Jangan kita terkejut bilamana mendapat tahu bahawa dalam masyarakat One Malaysia ni masih ada orang Melayu yang tidak pernah seumur hidupnya melihat pokok padi secara "live", jauh sekali untuk mengenali secara dekat apa itu buah keranji, buah mertajam, buah keriang, keriang dot, buah nanam (buah katak puru), buah melaka, buah kelubi, buah 'ceri' dan entah apa-apa lagi buah-buahan tempatan yang satu ketika dulu menjadi "pemanis maupun pemasam mulut" kanak-kanak maupun remaja kampung.

Selain dari itu, terdapat juga buah-buahan yang tak dimakan seperti buah ibus, buah cenerai, labu kayu, buah letup dan berbagai-bagai lagi yang Deri sendiri sudah lupa akan kewujudannya. Deri sendiri dah tak ingat bagaimana rupabentuk sesetengah buah-buahan kecil & besar yang dahulunya bersepah-sepah kat tepi-tepi jalan, tepi-tepi sungai serta di tepian bendang kampung laman Deri, Kampung Padang Pauh, Perlis.

Namun, kelibat kebanyakkan pokok-pokok buah-buahan ini dah tidak kelihatan lagi di kampung Deri maupun di kampung-kampung berhampiran seperti Kampung Behor Inai & Kampung Masjid. Deri rasa kalau menyusur di tepi sungai Korok sehingga ke Kampung Paya & Abi pun susah untuk kita temui spesis-spesis yang pernah tumbuh bercambah satu ketika dahulu.

Terdapat banyak pokok-pokok buah-buahan, buah-buah sayuran, ulam-ulaman, herba dan pelbagai jenis pokok-pokok & kayu kayan yang sudah memasuki era ketandusan dan kepupusan. Begitulah juga dengan benda-benda & perkara-perkara lain yang sudah hampir pupus ditelan zaman serta dimamah teknologi terkini.

Di era digital One Malaysia di alam siber ini Deri rasa amat bermanfaat sekali kalau segala-gala yang hampir pupus ini diarkibkan buat tatapan pengunjung blog, lebih afzal sekali untuk kepuasan koleksi peribadi. Deri akan uploadkan sedikit demi sedikit bahan-bahan koleksi ini mengikut kemampuan masa yang amat terhad sekali.

LABU KAYU
Teramat susah nak jumpa pokok buah ni. Gambar ini Deri snap kat Kuantan.

Dari penceritaan....
Kaum tionghua menggunakan buah ini untuk sembahyang. Ada juga yang merebus isinya yang berserat (fibrous) untuk dijadikan ubat. Katanya untuk mencuci paru-paru.... mungkin baik untuk perokok kut... hehe...

Orang Melayu pula menjadikannya tempat mengisi air minuman, seperti labu sayong. Setelah isinya dibuang, tempurungnya dikeringkan. Air yang disimpan di dalamnya amat menyegarkan.

Hanya Allah yang mengetahui...

8 comments:

Unknown said...

wah..bagus info tue..

memang xramai yang kenal buah2 cenggitu lagi..

echah_syed said...

abg e..anak bujang combi kita suruh gi umah jiran ambek daun kunyit,dia bawa balik serai :D

kunadzri said...

~0~>> saya sendiri pun dah semakin lupa...

kunadzri said...

combi>> haha... lawak betui bujang combi ni... kalau dia silap bawa balik daun halia ka, lengkuas ka xpa juga...

Anonymous said...

buah labu kayu mmg buat ubat...samada makan terus..isinya rase semacam labu air tumis sedikit manis, ada rasa bawang, lada hitam...jikalau direbus isinya..airnya kehitaman rase ala ribina...bagus utk buang toksik

CT said...

1st time nampak ni...labu kayu?

Ted said...

LAMA TAK MAKAN BUAH KERANJI

Unknown said...

Salam cik kunadzri..kakak sy tngh mncri buah labu kayu ni untuk perubatan suaminya yg mnghidap kense..kat mna sy blh dpatkn buah labu kayu ni ya...blh wasup sy kt no ni 0124956296

 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Intydez