Edisi terhad "Hidup Ala Coke" ni kalau tak silap saya dikeluarkan pada tahun 2007. Memang gambarannya penuh dengan keceriaan & warna warni. Lain negara lainlah designnya, tapi konsepnya serupa... dari dalam botol coke bersembur-sembur keluar segala macam warna-warni hehidupan & keriangan. Tapi kalau masa minum coke tu jangan la disemburkan pulak coke tu kat muka member... gerenti tak ada keriangannya....
1) Yang kat bawah ni adalah produk Malaysia. Jumlah edisi terhad ni cuma 3 saja (kalau ada lagi, tolong bagitau saya...), Semangat, Rentak & Selera...Hidup ala Coke. Kesemua isi kandungan 'can' adalah 325mL, standard `can' kat Malaysia. Kat atas ada tertera "satu KITA, sama cita rasa". Boleh gunapakai ke?
Kalau interested nak tengok produk dari lain-lain negara, sila klik kat sini >>>COKE<<< ataupun kat horizontal "Top Bar" COKE, nunnnn... kat atas....
Wednesday, December 31, 2008
COKE- EDISI HIDUP ALA COKE
Tuesday, December 23, 2008
COKE- KOLEKSI TERBARU DIS. 2008
Hari Sabtu, 20 Disember 2008.
Dah lama benar saya tak ambil angin sambil window shopping kat Sunway Pyramid. Oleh kerana masing-masing nak tenangkan otak & tegangkan otot kami sekeluarga pun memanjakan diri kat sana lebihkurang separuh hari. Jalan sana, pusing sini, terasa nak singgah tengok coca-cola kat Giant Supermarket. Memang tak sia-sia...Sungguh teruja sekali bila melihat tin-tin coke yang belum ada lagi dalam koleksi saya. Kebanyakkannya dari luar negara. Harga berpatutan.
Jadi, tanpa banyak soal, terus saya beli...
*2 tin cherry flavour tin maroon
*1 tin cherry flavour tin merah
*2 tin diet coke cherry flavour,
*1 tin coca-cola light &
*2 tin coca-cola zero 007 Quantum of Solace
Entah siapalah agaknya yang akan habiskan isiannya nanti....
Pandangan depan & belakang. Coca-cola cherry yang no.2 dari kanan tu dah ada dalam koleksi, tapi saya beli juga sebagai spare...
Edisi Botol Replika ni ada beberapa jenis. Setakat ini saya ada satu saja, beli pada 2007 yang lalu. Nak beli sekali gus terasa mahal.... Tetiba saja ada la pulak jual kat sini. Saya berperang dengan nafsu yang kuat untuk memiliki satu jenis lagi botol tersebut. Akhirnya saya mengalah & menyambar sebotol untuk dibawa pulang. Tak apalah, nanti saya skip beberapa meals kat office untuk menebus semula perasaan bersalah saya ketika itu......
STEAMBOAT DI SABAK
Cadang nak buat n3 pasal my new coke collection. Tapi dah agak lewat, jadi esok sajalah...
Balik dari pejabat, anak2 is3 ajak saya makan steamboat kat Restoran Sabak, Taman Melati. So, dalam pukul 8.30pm kami pun pergi merinyu. Harga buffet :Rm25 per person. Kira ok juga kalau nak banding dengan Restoran Kak Eita kat Wangsa Maju. Kat sana Rm32 per person.
Steamboat dia kira average saja. Pada saya sup dia agak masin sikit (mungkin nasib saya tak baik malam tadi) Lepas makan serba sedikit, kami dah kenyang. Kami masuk lambat tapi keluar paling awal... Orang lain masih belum berhenti makan. Memang tak berbaloi kalau keluarga kami makan buffet style. Rugi rasanya. Tapi sebab nak merinyu punya pasal, tak kisah sangatlah.
Semasa nak balik, saya sempat merakamkan gambar CC kat tepi Restoran De' Templer yang Retna pergi dinner malam tu. Logonya dah di edit juga seperti n3 saya yang lepas.
Saya kasi zoom... mau kasi clear lagi...
Saya rasa Alex Furgeson kena datang buat spot check kat Malaysia seberapa segera yang boleh.... Itu baru sekilas pandang saja...
Sorry guys, once again... I mean no harm...!!
Friday, December 19, 2008
KAMI BUKAN ALONG, KAMI MAU TOLONG!!
Ketika mendekati kereta yang saya park dekat opis baru-baru ni, dalam kesamaran malam tu terpandang pula mata ni kat satu papan iklan yang di ikat pada batang pokok pinang kuning di sebelah kereta saya. Dari jauh logo tu rasa macam familiar jer... Bila dekat, confirm memang logo tu saya kenal, tapi dah di edit...
Cuba teka... Logo apa ni?
Kalo nampak kat fanATIC dia.... mau diorang bakar sampai hangus ngan pokok2 pinang tu sekali.... silap2 dengan kereta saya sekali kat tepi tu... Sebab kat dalam kereta saya tu ada logo The Blues...
I mean no harm.... just for fun...!! Cabuttttt...
Thursday, December 18, 2008
TIADA SPHERICAL, SPHEROID PUN BERGUNA-part 2
Depan bangunan Sultan A.Samad ni ramai yang dah tau bentuknya...the famous jam besar bertentangan dengan Dataran Merdeka. Jadi, tak payahlah saya tempel gambar fasad depannya kat sini.
6. Dari Masjid jamek, kami lintas jalan Tun Perak, susuri Jalan Melayu sampai ke Wisma Yakin. Sekarang ni depan Wisma Confident tu, (we used to call by this name) dah jadi covered bazaar. Dia punya kelamkabut tu seperti dulu jugak, tapi senang sikit sebab dah tak ada kereta lalu lalang. Kalau nak eksiden pun cuma terlanggar orang saja, atau pun terpijak barang-barang jualan, especially remote control cars or puppets yang sedang beroperasi.... tiada la kecederaan parah, kecuali kalau mula bertekak dengan penjual barang-barang tu...
Semasa is3 pergi mencari polystyrene kat kedai-kedai bunga berhampiran, saya ambil gambar Masjid India dari beberapa sudut. Tak banyak sudut sangat pun sebab kat situ agak cramp sikit.
[ Cerita sejarah : Tahun 1863, masa nenek moyang saya datang KL dulu, hehe..., cuma ada pondok kayu saja di tapak masjid ni. Ramai kaum India muslim yang lepak-lepak kat situ. Pastu diorang terus jadikan tempat beribadat. Sekarang ni dah tersergam sebuah masjid 3-tingkat bercirikan design India Selatan yg boleh muat 3500 jemaah dalam satu masa. Tingkat 1 untuk muslimin & tingkat 2 untuk muslimah. Ground floor pula di jadikan tempat jemaah tabligh berkumpul. Baru-baru ni masjid ni di upgrade kan lagi fasadnya.]
7. Kami ikut lorong tepi masjid India, terus ke Jalan Tuanku Abdul Rahman. Pergi cari kat SSF Home Deco... tapi tak ada jugak. Bosan sudah mari... perut pula dah mula keroncong. Singgah makan nasi kandar kat restoran Ibramsha. Orang sesak macam semut tengah keliling gula...
Kedai ni memang dah lama kat situ... peminat setia nasi kandar ori sanggup datang dari jauh untuk memenuhi hajat diorang. Memang pure punya kandar kat sini.. Walaupun dua buah kedai kat sebelah tu dijilat api baru-baru ni, Ibramsha tetap tak mengalah... bisnes diteruskan seperti biasa.
8. Perut dah padat. Kami longgarkan semula dengan mengorak langkah ke Semua House di Jalan Bunus. On the way, sempat snap gambar panggung wayang lama kat Jalan TAR juga, Coliseum Theatre, salah satu movie theatre tertua kat Malaysia. Menurut sejarah, ianya dibina pada 1921 oleh orang kaya Chua Cheng Bok. Rekabentuknya adalah Art Deco. Kapasitinya 900 orang. Pernah ada cadangan untuk dijadikan cultural centre, tapi ada penentangan. At last it was maintained as movie theatre untill now. Movie kat sini mostly filem tamil.
Senang-senang nanti saya rasa nak masuk tengok interior design Coliseum lama nih... kena join tengok filem tamil la nampaknya...
9. Dari Jalan TAR, kami terus lalu lorong-lorong kat situ sampai ke Semua House. Naik tingkat U5, syurga barang-barang perkahwinan. Macam-macam bentuk polystyrene ada dijual. Sampaikan bentuk menara petronas pun ada. Tapi, still tak ada bentuk sphere. So, kami beli saja yang cylindrical. Balik rumah nanti saya sendiri yang bulatkan.
Dari Semua House, kami jalan terus sampai ke Central Market. Bayar parking Rm8, terus balik. Anak-anak kat rumah dah mula mengadu kelaparan. Pukul 3.30 belum lunch lagi....
Sakit lutut tau... jalan jauh....
Wednesday, December 17, 2008
TIADA SPHERICAL, SPHEROID PUN BERGUNA
Hari ke2 raya korban baru-baru ni saya & is3 terberjalan-jalan kat central KL, dari Central Market ke Semua House. Lama juga, dari jam 11pg sampai 3ptg semata-mata nak cari spherical shape polystyrene. Kalau tiada yg spherical, yg spheroid pun boleh juga..... Semua jenis kedai masuk.... stationary, home deco, kedai bunga, wedding store kat U5 Semua House , kedai makan... haha.. tapi tak jumpa.
Bila dah fed-up kami beli saja yang cylindrical shape, then saya sendiri yang trim jadi macam bola, sampai 3 biji. Malam tu juga hantar kat anak kat Cyberjaya, nak guna untuk projek dia.
Selamat... begheh satu kerja...
Dalam perjalanan tu sempat juga saya rakamkan few historical buildings untuk galeri foto architecture saya. Cuaca hari tu memang splendid-mendid!! Tapi, saspensyen juga membawa Nikon D40 tu kat KL ni. Kadang-kadang terasa macam ada mata-mata yang memandang serong... tengah asyik membedek picu, ada saja bayang-bayang yang mencurigakan berdiri di belakang. Nasib baik ada is3 untuk jadi spy...
Jom jalan2 kat KL meredah masa ketika era Yap Ah Loy dulu...
1. Mula-mula sekali parking kereta kat Central market, confident habis polystyrene tu ada jual kat sini, tapi xder....
[ Cerita sejarah : Pasar Seni @ Pasar Budaya ni asal-asalnya adalah pasar basah zaman British dulu. Mula dibina pada 1888 dgn belanja sebanyak $48,000 ringgit sahaja. Pastu diorang asyik renovate jer beberapa kali. Last sekali tukar terus jadi Cultural & Craft centre dlm tahun 1985-1986 gitu. Saya sempat juga jalan kat sini masa pasar basah dulu. Memang basah habis... padat, kelamkabut, bising, bla bla bla..... Bangunan jenis Art Deco ni di design oleh bro TY Lee pada 1928 & 25 tahun pastu dia menang Coronation Architecure Design Award.]
3. Mesyuarat ngan is3 kejap... OK, kita jalan ke Masjid India. Sana banyak kedai bunga, mungkin ada jual polystyrene bulat. On the way singgah ambil gambar kat Medan Pasar @ Lebuh Pasar. Sekarang ni orang panggil Bangkok Bank, bus hub yang sibuk teramat sangat.
[ Cerita sejarah : Sejak zaman British, kat sini dipanggil Market Square. Memang kat England terdapat banyak Market Square, jadi mat2 salleh masa tu buat macam kat negara dia lah.. tupasal la ada clock tower kat situ, built to commemerate the coronation of King George IV. Kira serupa macam Pasar tani kita la. Kalau kat Perlis depa panggil Nat.
[Kat sini la Yap Ah Loy dengan geng2 dia sediakan gambling sheds, masa dia jadi Kapitan. Rumah dia pun kat sini juga. Tapi bila bro Frank Swettenham datang, dia suruh Yap Ah Loy pindahkan tempat judi tu ke tempat lain (1882). Tahun 1907 baru lah didirikan bangunan shophouse 3-tingkat berbentuk Neo-Classical yang ada sampai sekarang ni. Pastu baru diorang bina kat Jalan Hang Kasturi.Arkitek dia AB Hubback. Masa tu dia ni famous la. Masjid jamek, Masjid Ubuddiah kat Kuala Kangsar, Setesen k'api KL, Stesen k'api Ipoh... semua tu dia la yg bikin... ]
4. Kami teruskan perjalan. Singgah ambil gambir Masjid Jamek, lama juga. Kesian kat is3 saya, asyik kena tunggu saja...
Thursday, December 11, 2008
HELLO KITTY
SIOOOTTTT.... sib beik aku tak sempat beli baju nih...!!!
Dah ler hari tu silap beli jaket tebal Chelsea. Mahal pulak tu, reger sampai Rm50... alih-alih sampai rumah tengok2 dia tulis Chelsea Foolball Club... Berdekah-dekah aku gelak walaupun dalam hati siap maki hamun kat nobody... Tak caya...?
Kalo tengok dari jauh memang tak perasan... camgini ler...
Tapi, cuba zoom skit...
Warning : Hati-hati bila nak beli barangan siam... anda mungkin kecewa...
Sunday, December 07, 2008
TANAH RUNTUH LAGI
Sabtu, 6 Disember 2008.
Dalam perjalanan pulang dari makan kenduri di rumah Lilihaslina Nasir di Bandar Rinching, Semenyih, office mate saya si Hafiz mengirim SMS bertanyakan tentang tanah runtuh di Bukit Antarabangsa. Dekat ke dengan rumah bos, tanya si Hafiz. Saya yang tak tahu apa-apa cerita tentang kejadian tersebut tidak memberikan respond yang positive.
Tapi, semasa melalui Middle ring road II menghampiri Hospital Ampang Puteri, kenderaan sudah mulai sesak. Di hadapan saya ada beberapa kenderaan Rescue 999 sedang cuba meloloskan diri di celah-celah kesesakan yang agak padat itu. Di seberang jalan pula beberapa kenderaan Jabatan Bomba & lori-lori mengangkut tanah kerap kelihatan melintasi kami. Dalam hati, saya dapat agak yang kejadian tanah runtuh ni pasti teruk.
Di sebabkan teringin sangat nak visit Jaya Jusco AU yang baru dibuka semalam tu, saya pun melencong ke sana sebelum pulang ke rumah. Hujan begitu lebat sekali. Tapi, peduli apa... Sampai saja kat JJ, mak datuk... nak masuk parking pun kena queue bagai nak gila. Lepas perbincangan tergempar dengan anak beranak, kami tukar haluan. Balik rumah lagi bagus!!
Sampai di rumah terus saya buka TV yang sedang membuat liputan secara langsung dari kawasan tragedi Bukit Antarabangsa. Wahh... dahsyatnya.... Saya teringat nak call bos. Panggilan saya tak berjawab. Dalam hati risau juga... At last bos sendiri yang call saya dan bagitau yang kawasan perumahan dia selamat. Dia juga bagitau yang Allahyarham Shaiful tu adalan anak Dato' Shah client kami. Barulah saya perasan... Semasa saya menonton temubual dengan Dato' Shah tu, saya tak perasan langsung. Begitulah bila ajal tiba...
Dah berapa kali tragedi tanah runtuh di kawasan ini berlaku, saya sendiri kurang pasti. Entah berapa sudah nyawa melayang akibat dari bencana kecuaian manusia di sini, saya juga tak pasti. Masih saya ingat lagi peristiwa dimana salah sebuah dari tiga blok Highland Towers di sekitar kawasan tersebut tumbang menyembah bumi pada tahun 1993. Semasa mendengar berita, saya dan rakan-rakan di pejabat terlopong, macam tak percaya pula. Tumbang?? Bila balik tengok TV, barulah kami percaya & tergamam... Dahsyat sekali.
Kemudiannya, beberapa kejadian berlaku lagi di kawasan berdekatan. Ramai yang tidak lupa akan tragedi ranapnya banglo Tan Sri Ismail Omar, Pengerusi Affin Bank pada tahun 2002 di Taman Hillview & peristiwa malang 2006 yang mengorbankan sebuah keluarga dan memusnahkan beberapa buah rumah di Kampung Pasir. Semua tragedi itu masih segar di ingatan saya.
Satu perkara yang paling segar sekali di ingatan saya ialah tentang ungkapan dari pihak-pihak atasan pada tiap-tiap kali berlakunya kejadian-kejadian sebegitu rupa. Semua sedia maklum akan `ungkapan' tersebut.
"We must put a stop to all these high risk terrain projects."
"Kita perlu mengkaji terlebih dahulu sebelum meluluskan projek-projek berisiko tinggi di lereng-lereng bukit & ditanah-tanah yang bercerun."
"Kerajaan negeri dan Majlis-majlis Perbandaran & Majlis-majlis Daerah perlu mengambil iktibar dari apa yang berlaku dan jangan sekali-kali memberi laluan mudah pada pemaju-pemaju projek yang senantiasa memikirkan tentang keuntungan tanpa memikirkan tentang keselamatan orang ramai."
Kini, saya mendengar lagi akan ungkapan yang serupa, tapi dari mulut-mulut yang berlainan. Setiap ungkapan akan dipanjanglebarkan, dibahaskan & dirumuskan di dada-dada akhbar untuk beberapa ketika dan akhirnya akan dilupakan secara perlahan-lahan. Paling lama pun, enam bulan. Selepas itu semua pihak akan bersikap seperti sediakala. Pemaju-pemaju, terutamanya yang sudah memasang cable yang kukuh, akan datang mengadap sambil membentangkan segala macam ciri-ciri keselamatan yang berteknologi tinggi yang akan di ambil dalam melaksanakan proses pembangunan yang dicadangkan. Segala teknik & taktik akan diambil dalam proses melobi. Selalunya mereka berjaya. Kerana apa?
Senang saja jawapannya. Projek berisiko tinggi selalunya adalah projek mewah dan akan menelan belanja yang begitu tinggi. Ramai hartawan & jutawan yang akan melabur dalam projek-projek sebegini, samada dari dalam maupun dari luar negara. Ini akan menjana ekonomi negara. Seperti yang kita tahu, orang-orang kaya lebih suka menetap di kawasan-kawasan tinggi. Kalau banglo, lot-lot atas bukit & lereng bukit menjadi tumpuan. Lagi tinggi, lagi mahal kos untuk sekaki persegi tanahnya sebab pemandangannya lebih menarik. Begitu juga dengan bangunan bertingkat seperti apartmen mewah ataupun kondominium. Tingkat paling tinggi sekali akan dibina penthouse (atau pun emper) dan akan dijual dengan harga yang teramat mahal, namun berebut-rebut jutawan kita membelinya. Di sekeliling Lembah Kelang ini, di mana lagi terdapat kawasan landai yang boleh dimajukan sebagai kawasan perumahan? Yang tinggal cuma kawasan bukit yang bercerun dan berisiko, samada rendah ataupun tinggi bergantung pada penilaian pihak-pihak berkuasa.
Paling mengarut sekali, setiapkali berlakunya tragedi seperti ini, saya lihat setengah-setengah parti politik akan memasukkan jarum mereka secara halus dan tidak disedari umum. Mereka akan datang menunjukkan simpati dan menghulurkan bantuan, tapi nama partinya perlu disebutkan di semua media massa. Dalam tragedi kali ini, begitu minima sekali liputan serta temubual yang dibuat dengan saudara Azmin Ali, ahli parlimen kawasan tersebut. Teringat pula saya akan satu babak dalam cerita P.Ramlee, Madu Tiga... Lebih kurang begini bunyinya...
"En. Jamil tu baikkan ayah..." kata Sarimah.
"Baiiikkk....Baik ada makna tu..." balas bapanya secara berbisik.
Sudah 15 tahun berlalu sejak dari tragedi ngeri Highland Towers, tapi ungkapan pertama dulu hanya tinggal sebagai ungkapan politik saja. Projek-projek berisiko tinggi bukannya berkurangan, malah tumbuh bagaikan cendawan. Kalau di Kuala Lumpur ni, selain dari kawasan tragedi, lihat saja kawasan-kawasan elit di sekitar Bangsar & Damansara dan juga kawasan-kawasan sub-urban seperti Ampang, Ceras, PJ, Subang Jaya, Petaling Jaya. Malahan di tempat saya pun, di Gombak yang pada sekitar tahun 80an dulu dikatakan `tempat jin bertendang', rumah-rumah mewah di pinggiran bukit bercerun dibina tanpa henti. Jika kita teliti, pemaju atau pemilik persaorangan projek-projek tersebut sanggup mengeluarkan kos yang amat tinggi untuk membina retaining wall yang kadangkalanya hampir 12-15 meter tingginya.
Okay lah, tak payah cerita panjang.... sekadar meluahkan rasa mual saya terhadap ungkapan-ungkapan yang selalu saya dengar di kaca TV maupun di dada-dada akhbar. Kalau ada blogger yang mual apabila mendengar isu ketuanan melayu dibahaskan baru-baru ini, saya pula merasa mual bilamana ungkapan sama diluahkan dalam isu keselamatan pembinaan projek-projek berisiko tinggi.
Antara wang & keselamatan, yang mana satu agaknya menjadi pilihan manusia?
Tepuk dada tanya selera.
Saturday, December 06, 2008
COKE-VARIETY OF FLAVOURS
Mungkin ramai yang tak mengetahui tentang pelbagai perisa coca-cola yang terdapat di pasaran. (alamaks... I sound like a coke promoter already maa...) Selalunya kalau di kedai-kedai atau di restoran-restoran biasa tu cuma terdapat carbonated (original) flavour & carbonated vanilla flavour saja. Kadang-kadang adalah juga terjual coca-cola lights.
Besides those flavours, there are some other flavours that can be purchased at certain mini/super/hyper/markets around KL and surrounding towns. Overseas products are normally sold at superstores like Cold Storage, SOGO, Jaya Jusco, Giants, Tesco, etc. Bagi collector macam saya ni, asal saja berkunjung kemana-mana shopping complex, saya akan terus menuju ke rak minuman.
Let's have a quick browse at some of those different flavours mentioned...
(From Dubai, Australia, Hong Kong & USA)
(From Malaysia)
(From USA)
(From Japan. (Contents: 500 ml)
view more pics HERE (COLA)
Friday, December 05, 2008
COKE-FIFA WORLD CUP EDITION
2002 FIFA World Cup Limited Edition - Korea/Japan
Product of Malaysia. Contents: 325 ml.
Thursday, December 04, 2008
SELAMAT HARI RAYA EIDUL ADHA
Untuk semua rakan-rakan blog & fotopages, saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Eidul Adha, maaf zahir & batin. Moga Allah Ta'ala sentiasa memberi rahmat & keampunan Nya pada kita semua.
DISEMBER YANG LESU
Bulan Disember selalunya saya anggap sebagai bulan lesu dalam dunia pembinaan. Hanya project on site saja yang berjalan lancar. Projek-projek yang masih dalam perancangan awal akan melalui proses pembekuan buat sementara waktu sehinggalah akaun syarikat diselaraskan. Kebanyakan pemaju-pemaju besar maupun yang kecil serta klien individu mengambil langkah berjaga-jaga dalam menanti kemunculan tahun baru. Putaran ekonomi yang tidak menentu mungkin menjadi penyebab utama pada kelesuan ini.
Bagi pekerja biasa yang bergantung pada gaji bulanan sebagai punca pendapatan, seperti saya ini, kelesuan ini dianggap enteng, malah tidak bermakna langsung, terutamanya pada generasi muda yang kurang peka dengan apa yang berlaku di sekeliling mereka. Tapi bagi seorang pemilik syarikat, ianya adalah satu impak yang boleh menggoyahkan kestabilan ekonomi syarikat.
Pekerja seperti saya akan menggunakan peluang masa lapang ini dengan melakukan aktiviti-aktiviti `layan-rasa-hati' seperti melayari internet, berbual kosong, berbalas-balas sms, blogging, fotopaging dan macam-macam lagi, terutamanya ketika bos tiada. Malahan, ada yang melangkah lebih jauh lagi seperti keluar ke panggung wayang, ke cyber cafe, pusat membeli belah, pusat snooker, pusat hiburan dan entah apa-apa pusat lagi yang bertaburan di luar pejabat.
Bukannya senang untuk menjadi pekerja yang berhemah dan berdedikasi pada syarikat. Bertahun-tahun lamanya sesetengah pekerja itu mencuba untuk menjadi pekerja contoh, yang penuh dedikasi & prihatin pada syarikat. Tapi keprihatinan mereka itu tidak menjangkau sejauh mana. Sebabnya bos-bos mereka tidak melakukan perkara yang sama sebagai satu tindakbalas yang diharapkan. Akhirnya mereka mengalah pada keadaan. Bagi yang terlalu kecewa, tindakan drastik meninggalkan syarikat adalah keputusan biasa yang diambil, kadangkala tanpa membahaskan pro dan kontranya.
Saya juga tidak terkecuali dari masalah ini. Adakalanya saya hanya berserah pada yang Maha Kuasa. Rezeki itu ditentukan olehNya. Kita hanya berhak untuk berusaha dan berdoa. Kesabaran adalah tonggak pada liku-liku kehidupan yang sedang kita semua lalui.
Happy blogging!!