Edisi terhad "Hidup Ala Coke" ni kalau tak silap saya dikeluarkan pada tahun 2007. Memang gambarannya penuh dengan keceriaan & warna warni. Lain negara lainlah designnya, tapi konsepnya serupa... dari dalam botol coke bersembur-sembur keluar segala macam warna-warni hehidupan & keriangan. Tapi kalau masa minum coke tu jangan la disemburkan pulak coke tu kat muka member... gerenti tak ada keriangannya....
1) Yang kat bawah ni adalah produk Malaysia. Jumlah edisi terhad ni cuma 3 saja (kalau ada lagi, tolong bagitau saya...), Semangat, Rentak & Selera...Hidup ala Coke. Kesemua isi kandungan 'can' adalah 325mL, standard `can' kat Malaysia. Kat atas ada tertera "satu KITA, sama cita rasa". Boleh gunapakai ke?
Kalau interested nak tengok produk dari lain-lain negara, sila klik kat sini >>>COKE<<< ataupun kat horizontal "Top Bar" COKE, nunnnn... kat atas....
Wednesday, December 31, 2008
COKE- EDISI HIDUP ALA COKE
Saturday, December 06, 2008
COKE-VARIETY OF FLAVOURS
Mungkin ramai yang tak mengetahui tentang pelbagai perisa coca-cola yang terdapat di pasaran. (alamaks... I sound like a coke promoter already maa...) Selalunya kalau di kedai-kedai atau di restoran-restoran biasa tu cuma terdapat carbonated (original) flavour & carbonated vanilla flavour saja. Kadang-kadang adalah juga terjual coca-cola lights.
Besides those flavours, there are some other flavours that can be purchased at certain mini/super/hyper/markets around KL and surrounding towns. Overseas products are normally sold at superstores like Cold Storage, SOGO, Jaya Jusco, Giants, Tesco, etc. Bagi collector macam saya ni, asal saja berkunjung kemana-mana shopping complex, saya akan terus menuju ke rak minuman.
Let's have a quick browse at some of those different flavours mentioned...
(From Dubai, Australia, Hong Kong & USA)

(From Malaysia)

(From USA)




(From Japan. (Contents: 500 ml)


view more pics HERE (COLA)
Friday, December 05, 2008
COKE-FIFA WORLD CUP EDITION
2002 FIFA World Cup Limited Edition - Korea/Japan
Product of Malaysia. Contents: 325 ml.


Thursday, December 04, 2008
DISEMBER YANG LESU
Minggu ini memang sengaja saya khaskan untuk meng'cocacola'kan blog ini. Di sebabkan terlalu lama melalui proses hibernasi, kira-kira 3 bulan, segala perancangan untuk membuat n3 berkaitan dengan hobi saya ini menemui jalan buntu.Bulan Disember selalunya saya anggap sebagai bulan lesu dalam dunia pembinaan. Hanya project on site saja yang berjalan lancar. Projek-projek yang masih dalam perancangan awal akan melalui proses pembekuan buat sementara waktu sehinggalah akaun syarikat diselaraskan. Kebanyakan pemaju-pemaju besar maupun yang kecil serta klien individu mengambil langkah berjaga-jaga dalam menanti kemunculan tahun baru. Putaran ekonomi yang tidak menentu mungkin menjadi penyebab utama pada kelesuan ini.
Bagi pekerja biasa yang bergantung pada gaji bulanan sebagai punca pendapatan, seperti saya ini, kelesuan ini dianggap enteng, malah tidak bermakna langsung, terutamanya pada generasi muda yang kurang peka dengan apa yang berlaku di sekeliling mereka. Tapi bagi seorang pemilik syarikat, ianya adalah satu impak yang boleh menggoyahkan kestabilan ekonomi syarikat.
Pekerja seperti saya akan menggunakan peluang masa lapang ini dengan melakukan aktiviti-aktiviti `layan-rasa-hati' seperti melayari internet, berbual kosong, berbalas-balas sms, blogging, fotopaging dan macam-macam lagi, terutamanya ketika bos tiada. Malahan, ada yang melangkah lebih jauh lagi seperti keluar ke panggung wayang, ke cyber cafe, pusat membeli belah, pusat snooker, pusat hiburan dan entah apa-apa pusat lagi yang bertaburan di luar pejabat.
Bukannya senang untuk menjadi pekerja yang berhemah dan berdedikasi pada syarikat. Bertahun-tahun lamanya sesetengah pekerja itu mencuba untuk menjadi pekerja contoh, yang penuh dedikasi & prihatin pada syarikat. Tapi keprihatinan mereka itu tidak menjangkau sejauh mana. Sebabnya bos-bos mereka tidak melakukan perkara yang sama sebagai satu tindakbalas yang diharapkan. Akhirnya mereka mengalah pada keadaan. Bagi yang terlalu kecewa, tindakan drastik meninggalkan syarikat adalah keputusan biasa yang diambil, kadangkala tanpa membahaskan pro dan kontranya.
Saya juga tidak terkecuali dari masalah ini. Adakalanya saya hanya berserah pada yang Maha Kuasa. Rezeki itu ditentukan olehNya. Kita hanya berhak untuk berusaha dan berdoa. Kesabaran adalah tonggak pada liku-liku kehidupan yang sedang kita semua lalui.
Happy blogging!!
Wednesday, December 03, 2008
COKE-RAMADAN EDITION
Nak dapatkan `coke can' yang ni sememangnya tak susah...Harga biasa & dijual di merata-rata... from superstore to mamak stall... It was specially designed for the Ramadhan 1429 edition and came in two common flavours, carbonated original & carbonated vanilla. Sampai sekarang masih dijual....... Product of Malaysia. ( Contents : 325 ml )
Date juice drink. ( contents: 240 ml )
Click HERE for more photos.
Tuesday, December 02, 2008
COKE-OVERSEA'S PRODUCT
Original product of Japan. Bought at Giant supermarket, Taman Samudera. Quite costly. Not easy to find this type of aluminium bottle around the city. Only sold at certain shops especially those which sell imported Japanese products. The taller bottle contents is 400 ml while the other one is 300 ml.
More photos HERE
Monday, December 01, 2008
COKE-OLIMPIK BEIJING 08.08.08
Koleksi Olympic Beijing 2008 versi Malaysia ni dah lama dalam simpanan. Tapi di sebabkan masa yang tak mengizinkan, maka terperap saja kat dalam almari, tak sempat nak buat n3.

















