Showing posts with label JOHOR DT. Show all posts
Showing posts with label JOHOR DT. Show all posts

Thursday, February 07, 2008

MASJID (LAMA) KAMPUNG OLAK SEPAM, PAGOH, MUAR,JOHOR DT.

PAGOH, MUAR
Tarikh: Sabtu, 15 Disember 2007
Masa : 1.15 ptg - 1.30 ptg
Pandangan dari jalan masuk
Pandangan dari jalan masuk
Ketika berada di Masjid Sultan Alauddin Ri`ayat Shah 1, Deri bertemu dengan bilal masjid tersebut. Beliau menyarankan kepada Deri untuk bertandang ke Kg. Olak Sepam yg jaraknya lebihkurang 7 minit perjalanan dari Kg. Raja kerana katanya di sana terdapat sebuah masjid lama yg sudahpun ditinggalkan tetapi telahpun dipulihara olek pihak berwajib. Tanpa melengahkan masa Deri pun bertolak ke sana. Kampung ini terletak di penghujung jalan, di tepi sungai Muar yang ketika itu airnya melimpah keluar dari tebing. Pagoh baru saja lepas dilanda banjir dan Kampung Olak Sepam masih digenangi air sungai di beberapa tempat.











pandangan
sana sini










Sejarah masjid

Masjid ini telah dibina pada tahun 1931 di atas tapak masjid yang asal dan telah diperbesarkan 30 tahun kemudiannya.
Air pasang & banjir besar yang melanda pada tahun 1971 telah menenggelamkan keseluruhan ruang solat masjid ini. Oleh kerana itu sebuah masjid baru telah dibina di satu tapak yang lebih tinggi untuk mengelak dari tragidi yang serupa berulang.

Setelah begitu lama ditinggalkan tanpa jagaan, masjid lama ini menjadi usang dan hampir musnah.
Tindakan pintar yang diambil oleh pihak Jabatan Muzium & Antikuiti (JMA), mungkin daripada aduan orang-orang kampung yang perihatin, telah menyelamatkan masjid yang bersejarah ini dari musnah begitu saja. Kerja-kerja pemuliharaan (konservasi) telah dilakukan dengan mengekalkan rekabentuk asalnya dan siap sepenuhnya pada 12 April 2003. Ianya kini menjadi salah satu dari warisan sejarah negeri Johor.

Masjid lama Kg Olak Sepam ini telah dirasmikan pada 14 Oktober 2003 (18 Sya`ban 1424) oleh Menteri Besar Johor ketika itu, YAB. Dato' Haji Abdul Ghani bin Othman.

Pandangan penjuru hadapan
Pandangan penjuru belakang
Senibina masjid
**Dalam pemerhatian Deri, masjid ini mempunyai pengaruh Inggeris pada struktur tiang dan dinding batu bata di bahagian luarnya sehinggalah ke dinding `parapet'nya yang dihiasi dengan`decorative precast concrete balusters'.
**Sentuhan ciri-ciri senibina tempatan terletak pada pintu dan tingkap masjid sementara sedikit sentuhan senibina Aceh diterapkan pada bumbung dua tingkatnya yang beratap genting marsille.
**Kelihatan unjuran `lidah' yang agak ringkas pada 4 penjuru bumbung atas serta tunjuk langit sepertimana yang terdapat pada masjid-masjid di Melaka.
**Menara yang menonjol keluar dari bumbung belakang masjid tidaklah begitu ketara dari segi ketinggiannya. Bentuknya empat segi sama, dikelilingi dengan balustrade (mungkin konkrit) dan berkubah bentuk buah pear di puncak bumbung konkritnya.

**Hanya sebuah sahaja kubah yang sederhana besarnya menghiasi masjid ini pada bahagian atas bumbung mihrab.

**Bahagian dalaman masjid dipenuhi dengan tiang-tiang konkrit yang agak dekat jaraknya. Jarak bersih antara lantai & siling hanya lebihkurang 3.5 meter sahaja. Lantainya disudahi dengan lepa simen dan siling bahagian tengah masjid disudahi dengan kayu jalur.
** Tingkap kayu mempunyai jeriji kayu dekoratif di paras bawah, satu penerapan ciri-ciri senibina rumah melayu lama.
** Keseluruhannya masjid ini agak `simple', berbentuk empat segi panjang dengan bahagian mihrab saja yang terkeluar, tetapi sangat unik serta menarik sekali.
Ruang solat

Kubah




Ruang solat



Tingkap ala rumah melayu lama

MASJID JAMEK (BARU) KAMPUNG OLAK SEPAM


Kampung Olak Sepam terletak pada jarak 28km dari Pagoh

Sunday, February 03, 2008

MASJID JAMEK SULTAN ALAUDDIN RI`AYAT SHAH 1, KG. RAJA, PAGOH, MUAR, JOHOR DT.

PAGOH, MUAR
Tarikh: Sabtu, 15 Disember 2007
Masa : 12.33 tgh - 1.08 ptg
Masjid ini didirikan atas nama Masjid Jamek Kampung Raja, Pagoh.









"Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah. Inilah kubur yang cemerlang, Al-Marhum Sultan yang suci, Sultan Alauddin Ibni Sultan Mansur Shah, Ibni Sultan Muzaffar Shah, rahmat daan kesejahteraan Allah barang terlimpah keatas roh mu wahai wali Allah yang terpilih"
makam sultan
Begitulah yang tertulis di dalam bahasa Arab pada batu nisan makam Sultan Alauddin Ri`ayat Shah yang terletak bersebelahan dengan masjid yang Deri kunjungi. Batu nisan ini ditempah khas dari Aceh dan diukir dengan khat kalimah Al-Quran.
Pandangan dari aras jalanraya
Pandangan sudut hadapan/sisi kanan
Sejarah Sultan
Sultan Alauddin Ri`ayat Shah merupakan sultan Melaka yang ke 7, memerintah dari tahun 1477-1488. Baginda terkenal dengan sikap adil, bertanggungjawab & tidak bergantung kepada Bendahara Tun Perak dalam mentadbir negeri. Semasa hayatnya baginda sering berehat di Kampung Raja. Baginda mangkat disyaki dari perbuatan khianat & jenazahnya disemadikan di sini. Begitu juga dengan permaisuri baginda.

Kampung Raja sudah ada sejak zaman kerajaan Melaka. Sebuah istana pernah ujud di sini. Sultan Ahmad Putera Sultan Mahmud telah berundur & bertahan di Pagoh selepas Melaka dikalahkan oleh Portugis

Pandangan sudut hadapan/sisi kiri
Pandangan sudut belakang/sisi kiri
Pandangan belakang
Senibina masjid.
**Deri tidak dapat mencari keistimewaan yang terdapat di masjid ini. Bentuk senibinanya adalah biasa, mungkin dibina sekitar 1970an untuk menggantikan masjid asalnya yang didirikan daripada kayu lebihkurang 250 meter dari situ. Masjid asalnya dibiarkan usang dan runtuh menyembah bumi.
**Meskipun tempat ini merupakan tempat kunjungan orang ramai, namun pihak berwajib tidak begitu mengambil peduli tentang `ketrampilan' masjid. Ketika Deri berkunjung ke sini, `rupaparas' masjid ini amatlah menyedihkan. Catnya seperti sudah lama benar tidak mendapat sentuhan terkini. Pemandangan di bahagian belakang masjid sangat-sangat memilukan.
**Bahagian dalaman masjid tidak banyak beza dengan masjid-masjid kampung yang lain.
**Pada Deri, sekiranya masjid ini masih bernama Masjid Kampung Raja, mungkin ianya tidak begitu meninggalkan kesan yang ketara. Tetapi kerana ianya sudah bertukar nama kepada Masjid Jamek Sultan Alauddin Ri`ayat Shah 1, maka ianya perlulah dinaiktaraf dari segi fasad luarannya maupun seni hiasan dalamannya.

ruang solat utama
kubah




mimbar

Monday, January 21, 2008

MASJID JAMEK KAMPUNG AIR MANIS, BT. 30, KULAI, JOHOR DT

KULAI, JOHOR DT
Tarikh: Ahad 2 Disember 2007
Masa : 5.38 ptg - 5.51 ptg

Pandangan sudut hadapan/sisi kiri (anjung masuk utama)
Dalam perjalanan pulang dari Sedenak, setelah melewati Pekan Air Bemban, Deri singgah di Masjid Jamek Kampung Air Manis yang terletak di sebelah kanan jalan. Masjid ini Deri dah nampak semasa melalui jalan yang sama untuk ke Sedenak tadi. Dari segi senibina masjid, tidak ada apa-apa yang istimewa. Segala keperluan asas untuk sebuah masjid disediakan.

Pandangan sisi kiri (anjung masuk utama)
Ruang solat utama

Mimbar





Tabung antik

Sunday, January 20, 2008

MASJID JAMEK AS-SOLIHIN, KG. BARU SEDENAK, KULAI, JOHOR DT.

KULAI, JOHOR DT
Tarikh: Ahad 2 Disember 2007
Masa : 5.20 ptg - 5.30 ptg

Pandangan sisi kiri (anjung masuk utama)
Sejenak di Sedenak......
Kalaulah tidak kerana ingin berjumpa dengan seorang rakan blogger di situ, mungkin tidak sampai Deri kat tempat yang agak jauh juga dari jalan besar. Untuk ke Sedenak, kita perlu memandu lebihkurang 10 Km mendaki bukit melalui ladang kelapa sawit, dari jalan besar ke JB dari Pekan Air Bemban.

Masjid As-Solihin ini tidak jauh beza bentuknya jika dibandingkan dengan sebuah banglo setingkat. Yang membezakannya adalah anjung konkritnya yang terdapat sebuah kubah berbentuk bawang besar/labu berwarna emas di atasnya. Terdapat juga sebuah menara kerangka besi keluli yang diletakkan sebuah kubah bawang kecil berwarna emas di puncaknya. Kedua-dua kubah inilah yang menyerlahkan keunikkan masjid ini.

Kawasan lapang di sisi kiri masjid di tarkan untuk kemudahan letak kereta.
Masjid ini Deri kira memerlukan sedikit kos untuk dicat baru dibahagian luarnya kerana warna lamanya sudahpun pudar dan terkopek di sesetengah tempat, terutama di bahagian anjung dan dapur/tandas.

Pandangan sudut hadapan/sisi kiri (anjung masuk utama)
Ruang solat utama

Anjung






Mimbar

Wednesday, January 16, 2008

MASJID JAMEK UNGKU TUN AMINAH, KG. PASIR, JB., JOHOR DT

JOHOR BAHRU, JOHOR DT
Tarikh: Ahad 2 Disember 2007
Masa : 2.52 ptg - 3.20 ptg

Pandangan hadapan (anjung masuk utama)
Pandangan dari penjuru belakang/sisi kanan
**Dalam perjalanan pulang ke KL dari Danga Bay, JB., Deri sekeluarga melalui jalan pintas ke Senai/ Lebuhraya JB-KL. Dalam dok tinjau2 cari stesen minyak Shell, terpandanglah akan masjid ini. Dekat pulak tu dengan stesen minyak. Jadi, kami pun berhenti rehat & solat jamaq qasar kat sini sebelum meneruskan perjalanan.

**Dipapantanda terukir ; Batu asas bangunan masjid ini telah diletakkan oleh yang amat berhormat Dato' Haji Othman bin Hj. Mohd Saat, Menteri Besar Johor pada hari Jumaat, 24 Jamadilakhir 1387, bersamaan dengan 29hb. September 1967. Allah peliharakan Sultan.


**Kubah masjid berbentuk payung mengambil inspirasi dari senibina masjid negara rasanya (Masjid Negara siap dibina pada tahun 1965). Bumbung anjung masuk utama yang asal berbentuk minangkabau. Tapi anjung tambahan telah di `perspexkan'. Bentuk modennya agak tidak serasi dengan yang asal. Pada Deri, itulah yang kecacatan yang selalu terdapat pada bahagian tambahan di mana-mana masjid pun di negara kita ini. Dalam kerja-kerja menaiktaraf masjid maupun kerja-kerja pengubahsuaian yang minimal, jarang sangat diambil kira tentang keserasian ataupun keharmonian dengan bangunan asal. Mungkin ianya tidak ada perancangan awal ataupun disebabkan kos pembinaan yang tidak mencukupi. Architectural value selalunya diketepikan sama sekali. Apa-apa pun, bersyukurlah....


ruang solat utama & mimbar










kubah payung & tempat wuduk









Pandangan sisi kanan
Pandangan belakang
Selepas rehat Deri pi isi minyak kereta dan meneruskan perjalanan pulang.
Namun ada sedikit perubahan.
apakata kalau kita singgah sejenak di Sedenak?


MASJID INDIA, JOHOR BAHRU, JOHOR DT.

JOHOR BAHRU, JOHOR DT
Tarikh: Ahad 2 Disember 2007
Masa : 12.00 tgh - 12.10 tgh

Pandangan dari sudut belakang/sisi kanan (pintu masuk utama)
**Semasa pusing-pusing dalam bandar JB, Deri terpandang pada kubah dan menara sebuah masjid (Masjid India) yang agak menarik kerana ia mempamirkan sentuhan moden. Mencari jalan ke sana tidaklah sukar sangat.
**Masjid ni terletak dikawasan bandar JB yang lama rasanya (lupa nak tengok nama jalan), sebab sederet bangunan berdekatan dengannya adalah bangunan2 lama era British. Deri tak masuk ke dalam sebab nampak macam ianya bertutup rapat. Lagipun masa tidak begitu mengizinkan untuk berlama-lama di situ. Di dalam kereta yang agak padat tu pula, masing-masing seperti sudah keletihan dan lapar.....
**Dari luar, nampak macam masjid ini 3 tingkat. Selalunya dimana-mana pun mesjid India akan di bina beberapa tingkat untuk memuatkan ruang2 keperluan lain disebabkan kawasan tapak mesjid yang agak terhad.

Pandangan dari sudut hadapan/sisi kanan (pintu masuk utama)
Pandangan hadapan

 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Intydez