Showing posts with label PAHANG DM. Show all posts
Showing posts with label PAHANG DM. Show all posts

Saturday, December 08, 2007

MASJID LENTANG, LEBUHRAYA KARAK,PAHANG DM


Tarikh tangkap gambaq: 17 Nov. 2007
Masa: jam 12.20 tengahari



Lokasi: Lebuhraya Karak. Sekiranya mai dari Karak/Kuantan, masjid ini berada di sebelah kiri....sikit saja sebelum jumpa Hutan Lipur Lentang. Dari lebuhraya, masjid ni tidak kelihatan kerana terlindung oleh lereng bukit & pokok-pokok.Tapi, papantanda ada....ikut saja... Deri singgah sat di Masjid Lentang ni masa balik dari Ketari, Bentong. Bukannya beghnti solat, tak masuk waqtu lehoq(zohor) lagi. Saja-saja nak tangkap gambaq, nak tambah koleksi gambaq mesjid. Banyak kali dah dok lalu kok ni tapi segan(malas) nak singgah.

Mesjid ni sunyi sikit, ghasa seghun(seram & gerun) jugak. Masa pi masjid Ampang Pecah dulu pun ada perasaan yang sama. Kalau lepas Isya' tu nak singgah soghang-soghang pikiaq dua tiga kali jugak la.... Keliling dia lapang, tapi tak dak ghumah dekat-dekat situ. Lepas kawasan lapang tu, hutan tebal saja yang kelihatan.Di atas bukit berdekatan ada sebuah bangunan, seperti sekolah. Mungkin menyusur jalan ke dalam sikit akan bertemu dengan penduduk. Masa Deri singgah tidak nampak kelibat sesiapa pun di situ untuk diajukan pertanyaan. Jadi, banyak persoalan tidak terjawab. Lain kali cuba lagi....






Yang syok sekali tu ghona(warna) dia la...ghona ros(pink) habih!! Ghasanya baghu cat.....Tinjau(cari, meninjau) jugak nama mesjid tapi tak kelih(nampak) pun. Depa tak dan(tak sempat) nak tulih lagi kut. Deri paling suka sekali dia punya mineret. Posisi dia agak jauh dari bangunan, macam mesjid lama Melaka. Cadang nak keghabat(panjat) jugak, tapi gayat. Lagipun kedeghat pun dah kughang la ni. Sat ni sampai atas dok teketaq-ketaq soghang-soghang nak buat macam mana? Nak panggil bomba mai pun bukannya ada dekat-dekat situ...















Kiranya ingin mencari ilham untuk berkarya, mai sini.
Tok sah dok pi jauh-jauh kepantai Laut Cina Selatan.
Percutian 3 hari 2 malam tanpa gangguan.
Betui ka............
malam-malam tanpa gangguan???
Cekalkan iman.....

MASJID LAMA BANDAR, BENTONG, PAHANG DM

Tarikh tangkap gambaq: 18 Okt 2007
Masa: jam 12.53 tengahari

Lokasi: Pusat Bandar Bentong, di sebelah kiri jalan sehala dari Ketari ke Raub. Bersebelahan dengan pasar besar, rumah-rumah kedai dan supermarket. Senang nampak.
Masjid ini telah ditukar kegunaannya menjadi Pusat Dakwah Daerah Bentong. Struktur bangunan asal tidak berubah, tapi banyak ruang tambahan dibina disekeliling bangunan terutamanya di bahagian hadapan menghala ke jalan utama.
Deri tak masuk ke dalam pun, jadi tak tau la Deri gena depa ubahsuai. Misti depa tambah banyak ruang pejabat & ruang kerja.

Bahagian kolah wuduk dok macam dulu lagi. Bahagian bumbung mesjid asai pun masih dikekalkan bentuknya. Pembesaq sogha(pembesar suara) pun kekal di situ, tak tau la berfungsi ka dak. Ghona(warna) dia pun mungkin ghona asai jugak. Kawasan lapang tepi bangunan ni depa jadikan tapak parking kegheta berbayaq. Rm1 sekali masuk.


Lepaih tangkap gambaq mesjid ni Deri dok kelibin(rewang2) bandaq Bentong tangkap gambaq bangunan2 lama. Masih banyak bangunan zaman British dulu yang masin dikekalkan bentuk asalnya. Tapi tak dan nak ronda lama sangat sebab hujan mula tughun, makin lama makin lebat. Tengok gayanya macam tak nak saghyat(berhenti). Lagipun isteri & mak mentua dok tunggu dalam kegheta. Nanti depa boring pulak . Jadi angkat kaki la Deri. Lain kali bila lalu kok ni ghasa nak tangkap gambaq lagi.....

MASJID JAMEK BENTONG, PAHANG DM

Tarikh Tangkap Gambaq: 18 Okt. 2007
Masa: jam 10.30 pagi


Lokasi masjid: Kalau mai daghi Raub, sebelum masuk bandaq Bentong, kelih dah sebelah kiri.
Kalau dari KL, lalu Ketari, masuk bandaq Bentong (jalan sehala) dulu. Tang kona nak pi Raub tu kelih dah mesjid ni. Kalau tak kelih tu, memang kena check mata & hati sekali...
Tapak mesjid ni memang tinggi daghi aras bandaq bentong, jadi pemandangan daghi atas ni ni memang best. Kat depan bulih kelih dataran Bentong (mungkin tak berapa sesuai kut....) Kat tepi tu bangunan mahkamah. Bukit bukau yang jauh mata memandang pun bulih dinikmati jugak. Tapi sebelah kanan pulak dok kelih tebing bukit saja la....


Deri lupa nak tengok papantanda perasmian mesjid ni. Tapi seperti tertera di depan masjid, ianya di bina pada tahun 2004. Rasanya ia dibina untuk menggantikan Masjid Lama Bandar Bentong yang sudah tidak dapat menampung jumlah jemaah yang semakin bertambah.
Kawasan sekeliling masjid sangat luas. Sayang sekali tidak dipagari dengan lebih banyak pokok-pokok rendang sebagai pelindung terik mentari, terutama di kawasan letak kereta. Mungkin juga ianya sedang dalam perancangan....tapi masjid ini telah tersergam sejak 3 tahun yang lalu!!!

Hak ni yang Deri selalu peghasan di mana-mana pembangunan pun. Pemaju kughang bagi keutamaan pada landskap. Nak tanam pokok tu macam buang duit la...Nak beli kat nursery mahal, nak upah tanam lagi, nak upah oghang jaga & siram lagi.....silap haghibulan, pokok tu mati pulak. Naya.....Last sekali depa tanam ghumput saja, tu pun ghumput lembu mughah yang campoq ngan lalang & duri keman. Pada Deri, keindahan serta serinya masjid akan lebih terpancar lagi dengan susunatur & perancangan landskap yang menarik. Jiwa kita akan lebih tenteram. Fikiran kita yang dok bercelaghu & berseghabut masa mai tu, hilang gitu saja..





Tempat letak kereta pula tak dak masalah langsung. Luas bukan main lagi. Banyak pulak tu...depan ada, belakang ada, tepi ada...bas rombongan cik Kiah pun bulih parking sini.







Menempatkan kemudahan lain seperti Dewan Taklimat, Dewan makan, Tandas & lelaki & wanita serta ruang wuduk yang luas. Terdapat juga 2 buah rumah yang sederhana besarnya, kemungkinan disediakan untuk imam besar masjid dan sesiapa saja yang berkaitan.



Masjid ini mampu menampung kapasiti jemaah yang besar jumlahnya. Ruang solat utamanya sangat luas dengan limpahan ruang solat tambahan di kiri, kanan dan hadapan.
Senibina dalamannya juga tidak keterlaluan.Struktur kubah tidak bercelaru. Tiang-tiang bulat penongkat struktur kubah bercirikan corak tiang Roman yang di modenkan serta dihiasi dengan arch antara satu tiang ke satu tiang yang lain.


Adunan ini membentuk keharmonian dalam gandingannya bersama-sama bentuk struktur kubah dan juga kubah itu sendiri. Warna putih biru yang dipilih adalah warna kegemaran Deri, pasai tu la Deri ghasa sedap mata memandang. Coooolllllll......seghupa dok isap cakelat `mint polar bear' saja.....







Ruang solat muslimah ditempatkan di aras mezanin. Ruang mihrab dan mimbar dekoratif diukir dengan halus dan berseni sekali.


Deri memang peminat seni ukiran melayu lama. Masa kecik selalu peghati Allahyarham tok Ku Jusoh mengukiaq di beranda ghumah. Deri ada jugak cuba-cuba ukiaq, tapi tak jadi sebab gopoh. Lagipun masa tu hati dok kigha nak pi main gasing saja....takpun(atau pun) pi tughun bendang tangkap ikan puyu. Petak bendang keghing pulak, ajak geng main wau `kikek' ngan wau `rang'. Kat Perglih tak dak oghang main wau bulan macam kat Kelantan. Wau `rang' tu akan dilepaskan tinggi-tinggi, diikat kukuh-kukuh(teguh) dan dibiarkan semalaman ataupun beberapa malam dengan bunyinya yang sayup-sayup kedengaran....RANGGGGG...Itu pasai la nama dia `wau rang'

Bila pi Bentong lagi, nak singgah tengok papantanda perasmian.
Nak kena cukupkan syarat!!!

Friday, December 07, 2007

MASJID TENGKU SULAIMAN, KETARI, BENTONG, PAHANG DM.


Tarikh tangkap gambaq: 18 Okt. 2007
Masa: jam 12.30 tengahari

Ketari adalah pekan kecik yang mesti kita tempuh sebelum sampai ke bandar Bentong, tak kigha la kita mai kok mana pun dari KL. Kok jalan lama ka, jalan baghu ka...misti jumpa. Tapi kalau kita mai kok jalan lama nak pi Bentong atau Raub, kita takkan lalu depan mesjid ni sebab bila sampai simpang tiga pekan ketari kita akan kona kekiri. Mesjid ni disebelah kanan simpang, tak jauh mana pun.....

Deri ni keghap jugak pi Ketari sebab ada adik beghadik belah pempuan. (kaum kerabat sebelah isteri). Ghumah mak sedagha (emak saudara) dia tak jauh daghi mesjid ni. Kalau kelui(laung) pun dengaq juga, tapi sayup-sayup la. Sebelum ni dok singgah solat saja, tak peghenah teghingat nak tangkap gambaq sebab masa tu tak mai lagi idea nak masukkannya ke dalam blog. La ni pantang kelih mesjid, nak beghenti saja pi tangkap gambaq. Tapi kalau bawa mem dgn. anak2 masa tu, kena timang2 sikit.....mana tau kut2 depa lemaih peghut(bosan) pula dok tunggu Deri dalam kegheta

Info masjid:
- merupakan masjid Daerah Bentong ( La ni tak tau la sebab dah ada Masjid Jamek Bentong yang dapat menampung kapasiti jemaah yang besar jumlahnya)
- Dirasmikan pada 5hb Mei1967 bersamaan 25 Muharram 1387 oleh DYMM Sultan Sir Abu Bakar Ri`ayat`ud-din
Al-Muadzam Shah Ibni Al-Marhum Al-Mu'tasim Billah Sultan Abdullah



Masjid ini dihiasi dengan sebuah kubah bawang besar ditengah-tengah ruang solat utama & di apit di kiri & kanannya oleh kubah berbentuk sama yang sedikit kecil. Selain dari itu, terdapat kubah yang berbentuk bawang kecil yang menghiasi lapan puncak menara, 4 disetiap sudut masjid, 2 dibahagian tengah & 2 di fasad hadapan masjid. Kalau dapat keghabat pokok nyok (panjat pokok kelapa) dan tangkap gambaq daghi atas memang hebat view dia....

Pintu kaca berbingkai besi keluli yang di cat hitam dengan panel kaca tetap berbingkai bentuk bulat di bahagian atasnya belum Deri temui dmana-mana setakat ini. Begitu unik. Selalunya panel di bahagian atas berbentuk separa bulat, ataupun segi empat, yang lazimnya. Kadar pencahayaan di bahagian ruang solat utama kigha boleh tahan la.....samar-samar yang mententeramkan jiwa.


Mimbar kayu dekoratif diukir sederhana, namun nampak menarik dengan kubah mini diatasnya, satu kesinambungan dari bahagian luar masjid.




Tempat wuduk pun kira unik juga, berbentuk bulat dari kolahnya hinggalah ke dinding, apron & bumbungnya. Sayang sikit sebab tiangnya empat segi. Pada Deri lebih harmoni kalau di bulatkan bentuk tiangnya. Barulah ada kesinambungan....Cewah, komen konon......arkitek yang design tu sikit punya nak pecah kepala pikiaq, pandai2 saja kita ni yang dok tughun bendang nak komen.....


Dari apa yang Deri tengok, masjid ini menempatkan rumah2 pekerja ( mungkin untuk imam, bilal dll) selain dari wakaf dan bangunan tandas yang berasingan.




Tuesday, November 27, 2007

Masjid Bukit Fraser,Pahang DM


Tarikh tangkap gambaq: 15 Okt. 2007
Masa: jam 4.30 ptg

Lepaih jalan meghata ceghok(merata ceruk), naik bukit tughun bukit, kona sini kona sana, Deri singgah mesjid ni untuk solat jamaq asaq & lehoq(`asar & `zohor). Ambik ayaq(air) sembahyang sejuk gedi(terlalu sejuk)....!!! Allhamdulillah, mesjid ni nampak `hidup' jugak la. Azan akan berkumandang bila masuknya waqtu solat. Dari segi senibina tu besa(biasa) saja, tak dak apa yang nak di ceghita. Luaq dalam sederhana segala-galanya.

Pandangan dari luar pagar masjid, dikawasan letak kereta
bersebelahan dengan Banglo Tioman & Banglo Bentong.



Mesjid ni adalah mesjid baghu menggantikan mesjid lama di atas bukit di tepi The Paddock, lebihkughang setengah km daghi situ. Depa kat situ bagitau Deri yang mesjid lama tu di bina dalam tahun 60an, kemudiannya ghetak, pasai tu la tak digunakan. Katanya bahagian yang ghetak tu adalah bahagian kubahnya (berbentuk payung....dok teghopong tapi tak beghapa nak kelih atas bukit tu) Deri cuba naik ikut tangga kok tepi bukit tu, tapi semak sangat sampai tak bulih nak ghedah langsung. Lalang tinggi nya mak datuk!!! Saspen nak lalu, mana la tau kut-kut berjhembab(bertembung) dengan ppsssss.....Ayon ajak pi jugak, tapi tak bulih la...membahayakan diri!! Dalam hati ni dok meghungut sakan, awat la depa tak peceghah sikit kawasan tu. Buat malu kompeni saja....







Masjid Lama di atas bukit bersebelahan dengan The Paddock.
Pikiaq dua tiga kali nak keghabat sampai atas.






Deri nak ceghita sikit ni...
Tengah dok solat, Deri tedengaq sogha(suara) oghang dok maghah anak dia dalam mesjid. Lecce(leceh) betui la depa ni....dalam mesjid pun hingaq(bising)....pekun betui...(perkataan untuk marah...pekak gitu). Mai ceghok mana punya oghang la....

Hilang khusyu' solat Deri yang tak berapa khusyu' ni...

Habih solat Deri kelih(nampak) soghang budak dalam umoq 15 tahun, (tapi badan besaq gabai) dok tegedang (terlentang) lepak kat pintu masuk mesjid. Setengah badan dok dalam mesjid, setengah lagi dok luaq masjid (ruang solat jugak). Yang gegham tengok tu pasai dia tak tanggai kasut......tu yang pak dia (mungkin jugak caq(atuk) dia) dok hingaq tadi ni. Tapi budak tu tak makan saman sikit pun. Cemuih(menyampah) betui tengok .... Apa lagi, Deri pun stare kat dia macam singa nak makan oghang (berlakon jer tu..). Nasib baik dia belah cepat, kalau tidak, ingat nak pi sound saja. Jenih telinga capang ni memang kena jentik sikit.

"SILA TANGGAL KASUT"
Namun ada juga yang tak faham bahasa !!!

Pandangan sudut hadapan/sisi kanan yang mungkin
memerlukan sentuhan cat baru

Mimbar kayu dengan seni ukiran yang sederhana


Sahaja aku niat iktikaf di masjid ini kerana Allah Ta`ala.









 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Intydez