Showing posts with label SELANGOR DE. Show all posts
Showing posts with label SELANGOR DE. Show all posts

Thursday, January 24, 2008

MASJID SULTAN SULEIMAN, KLANG, SELANGOR DE

KLANG, SELANGOR
Tarikh: Ahad 30 Disember 2007
Masa : 10.15 pg - 12.05 tgh

Pandangan hadapan
Pandangan sudut hadapan/sisi kanan
Sejarah masjid
Masjid ini telah dibina pada tahun 1932, sempena pengisytiharan Klang sebagai pusat pentadbiran negeri Selangor. Ia adalah satu pemberian dari kerajaan British kepada Sultan Sir Alaeddin Sulaiman Shah, Sultan Selangor yang ke 5. Perasmian masjid ini telah di sempurnakan oleh baginda sultan pada tahun 1934 dan dikenali dengan nama Masjid Suleiman Jamiur Rahmah.

Masjid ini pernah dijadikan masjid negeri Selangor sehinggalah terbinanya Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam. Sekarang ia dimasyhorkan sebagai Masjid Diraja Klang.


Pandangan sisi kanan
Pandangan sudut hadapan/sisi kiri
Lokasi Masjid
Masjid ini terletak di Kampung Jawa, Klang, berdekatan dengan Bukit Istana & Hospital Tengku Ampuan Rahimah. Makam Diraja Klang turut ditempatkan bersebelahan dengan masjid ini.

























Pandangan
sana sini




















Senibina Masjid

**Terpegun sebentar Deri bila memandang kepada rekabentuk masjid ini, sangat menarik sekali. Konsep rekabentuknya agak berlainan dari mana-mana masjid yang pernah Deri kunjungi. Dari hasil bacaan, ada yang mengatakan ianya mempunyai pengaruh campuran senibina Islam Moorish dan senibina Inggeris. Ada pula yang mengatakan ianya berkonsepkan Art Deco. kerana elemen dekoratif yang minima digunapakai di sini. Penggunaan geometri yang mudah pada pelan masjid juga menjurus kepada Art Deco.
**Masih terdapat unsur-unsur klasikal terutama pada tiang, namun ianya agak minimal. Kubah masjid berbentuk separuh bulatan (separa hemisfera) berwarna kuning telur (tidak keemasan) Kubah besar ruang solat utama dikelilingi oleh beberapa kubah yang lebih kecil
**Terdapat 8 menara kecil disekeliling masjid dan satu menara besar lagi tinggi dibahagian tengah laluan masuk dari anjung utama. Menara ini juga dihiasi dengan kubah kuning di puncaknya.
**Arkitek yang merekabentuk masjid ini ialah L.Keste Vend.
**Masjid ini boleh menampung lebihkurang 1000 jemaah dalam satu masa.
**Masjid yang ada sekarang ini telahpun melalui beberapa proses pengubahsuaian dalaman & dikawasan `courtyard' bangunan asal. Rekabentuk asalnya bagaikan sebuah palang seperti yang selalu digunapakai dalam pelan gereja-gereja di Eropah. Namun sekarang bentuknya sudah kelihatan seperti segi empat.

**Ruang solat utamanya berbentuk oktagon (segi lapan) di bahagian bawah dan mula bertukar ke bentuk bulat pada aras 10 meter. Sebelah dalam kubah utama boleh dinaiki kerana ianya mempunyai dua aras seperti balkoni. Aras keduanya boleh diakses dengan `catladder'. Ada satu lapisan kerangka besi dekoratif dibawah kubah digunakan untuk menyokong `gelas warna' yang disusun ber`pattern'. Apabila cahaya matahari menembusi kubah, kilauan warna-warni akan terpancar di atas lantai ruang solat. Ianya memberi satu impak yang amat menarik.
**Serambi asal masjid juga berbentuk oktagon. Dari ruang solat utama ianya dicabangkan ke empat arah - mihrab, anjung masuk sisi kanan, anjung masuk utama & ke tempat wuduk di sisi kiri, berdekatan dengan Makam Diraja.




Ruang solat
utama








Laluan masuk




Tempat wuduk






Kubah

Laluan ke tempat
wuduk



Mimbar







Mihrab




Mimbar





**Tempat wuduknya adalah yang asal, tetapi kolah wuduk telahpun diubahsuai. Kolah yang asal berada pada aras tanah. Kolah sekarang telah dinaikkan keparas 600mm dan disediakan pili air.
**Pintu pagar besi dekoratif di setiap laluan masuk ber`arch' adalah yang asal.
**Lantai asal disudahi dengan marmar putih dengan kambi (skirting) marmar setinggi 400mm. Sayang sekali ianya telah ditutupi dengan jubin baru.
**Mihrab telah diubahsuai. Mihrab asal berlantaikan marmar dan mempunyai pancaran cahaya lampu dari lantai tersebut. Sekarang ini, seperti semua masjid-masjid di Malaysia, ruang solat utama sehingga ke mihrab disudahi dengan permaidani. Dinding mihrab disaluti dengan plaster gypsum dekoratif .
**Mimbar kayu keras dengan susur tembaga asli dekoratif adalah yang asal.
**Gelas-gelas berwarna yang terdapat di bahagian atas dinding ruang solat utama adalah yang asal. Ini adalah ciri-ciri rekabentuk gereja-gereja Eropah.
**Masjid ini mempunyai kawasan lapang yang luas & disediakan rumah petugas-petugas masjid serta wakaf.




Butiran
anjung





Arch




Pagar besi



Deri amat berterima kasih kepada insan
yang memberi banyak info tentang masjid ini
ketika melakukan lawatan.

Monday, January 21, 2008

MASJID ALAEDDIN atau MASJID BANDAR, JUGRA, KUALA LANGAT, SELANGOR DE.

KUALA LANGAT, SELANGOR
Tarikh: Ahad 13 Januari 2008
Masa : 12.00 tgh - 12.50 tgh
( Nota : tarikh tertera di foto tidak betul )

Pandangan sudut hadapan/sisi kananPandangan sudut hadapan/sisi kiri
Sejarah Jugra
Jugra?
Tidak ramai yang tahu di manakah letaknya pekan tersebut. Malahan rakyat negeri Selangor sendiri terpinga-pinga apabila saya bertanyakan tentang lokasinya. Sayang sekali, bagaikan dilupakan begitu sahaja pekan kecil yang amat bersejarah ini.


Jugra terletak di daerah Langat, lebihkurang 10 minit perjalanan dari Pekan Banting. Dahulunya ia merupakan pusat pentadbiran negeri Selangor selepas dipindahkan dari Kuala Selangor & sebelum berpindah ke Kuala Lumpur & kemudiannya ke Shah Alam. Ia pernah menyediakan pelabuhan untuk kapal-kapal yang memudiki Sungai Langat dari Selat Melaka dalam misi perdagangan.

Jugra juga merupakan tempat bersemadinya Al-Marhum Sultan (Sir) Abdul Samad ibni Al-Marhum Raja Abdullah iaitu sultan Selangor yang ke 4 (marhum Jugra). Bangunan Sultan Abdul Samad di Dataran Merdeka, KL yang sangat popular itu telah diberi nama sempena nama baginda.
Pandangan sudut belakang/sisi kiri
Pandangan sudut belakang/sisi kanan
Sejarah Masjid
Masjid Sultan Alaeddin ini dikenali juga sebagai Masjid Bandar. Ianya dibina semasa pemerintahan Al-Marhum Sultan (Sir) Alaeddin Sulaiman Shah ibni Al-Marhum Raja Muda Musa, iaitu sultan Selangor yang ke 5 (1863-1938) Baginda merupakan cucunda kepada Al-Marhum Sultan Abdul Samad.
Masjid ini telah dibina pada tahun 1905, seiring dengan pembinaan Istana Bandar bersebelahan dengan tapak masjid. Data tentang arkitek masjid ini tidak diketahui.


Lokasi Masjid

Masjid ini dibina di Kampung Bandar (sekarang Kampung Bandar Bersejarah), Kuala Langat, Selangor, lebihkurang 15-20 minit perjalanan dari Pekan Banting

















menara & kubah













Ruang solat
terbuka















Senibina Masjid

**Senibina masjid ini mempunyai ciri-ciri rekabentuk campuran India-Muslim dan Islam Timur Tengah. Ianya dikatakan mempunyai pengaruh senibina pemerintahan Deli di Medan, Sumatera Utara.

**Sekali pandang pada bentuk masjid, ada imbasan arca istana zaman silam dalam cerita-cerita dongeng Aladdin & Kisah 1001 Malam.

**Banyak pengubahsuaian & tambahan telah dijalankan, terutama sekali pada bahagian dalamannya. Keseluruhan dinding dalaman telah disolek dengan penyudah kayu beralur, manakala sebelah dalam kubah telah dilitupi dengan siling kayu dekoratif, dihiasi dengan motif Kalimah Shahadah & nama-nama Khulafa' Arrasyidin. Bentuk asal kubah dari dalam sudah tidak kelihatan lagi.

**Kawasan lapang tidak berbumbung yang pada asalnya merupakan laman terbuka tanpa lantai telah diratakan dan disudahi dengan lantai jubin sebagai ruang solat tambahan.

**Bangunan utama masjid yang berkubah dikelilingi oleh dinding tinggi bertingkap jeriji. Di setiap sudut terdapat menara yang sederhana tingginya. Di tengah dinding bahagian hadapan masjid pula dibina menara azan bersegi delapan yang mempunyai dua aras tinjauan, berkubah keemasan di puncaknya. Keseluruhannya ibarat kubu kota pertahanan yang mengelilingi sebuah istana raja.
Ruang solat utama


Ruang solat






Mimbar







Ruang
solat







Mihrab





Menara




Masjid ini telah diwartakan sebagai Monumen Lama dan Tapaktanah Bersejarah
di bawah Akta Bendapurba pada
24 Julai 1980.



Wednesday, November 28, 2007

Masjid Jamek Ar-Rahimah Kuala Kubu Baru, Selangor DE



Tarikh tangkap gambaq: 16 Okt. 2007
Masa: jam 3.00 ptg


Tangga ke ruang solat di tingkat atas

Daghi puncak Bukit Fraser tughun pi ke kaki bukit dekat The Gap ada la 10 Km. Daghi situ pula dok pusing stereng kegheta ke kighi ke kanan sampai ke empangan Kuala Kubu, almost tak dak jalan lughuih, sejauh 30 Km. Sejauh tu la jugak Deri ghedah dalam ujan lebat yang teramat sangat. Nak beghenti pun tak dak tempat yang sesuai. Mata ni tak berqelip(tidak berkelip) pun, dok focus kat jalan ghaya, sambei(sambil) tu dok jeling2 sikit kat bukit sebelah kighi jalan, mana tau kut2 ada tanah ghuntuh ataupun pokok tumbang. Pengalaman yang sungguh menyaspenkan, tapi anak bini tak tau apa-apa....depa hanyut dalam mimpi masing2., tidoq sampai tak sedaq mana2. Alhamdulillah, akhirnya selamat sampai ke empangan, baghu jumpa jalan lughuih(lurus)...Apa lagi, tekan minyak la...konon nak pedeghaih(memecut) kegheta. Tut tut(tiba2), coihhh... kegheta polis keluaq mai daghi satu simpang. Deri kelih kok cerghmin(cermin) yang dia dok pedudun(kejar) kegheta kami. Seghupa macam dalam movie daa...Deri pun perpelan(perlahankan) kegheta, bawa dalam 70km/jam, buat bodo saja...Dia ikut lagi.....sampai lebihkughang 3km dia pun give up, teghuih patah balik. Selamat Deri....kalau tidak ni tergbang rm100 bayaq saman....


Sampai KKB Deri pi caghi mesjid Jamek ni sebab
dok kelih (nampak) menara dia daghi jauh lagi. Hujan tak beghenti lagi, masih lebat. Lepaih solat baghu pusing tangkap gambaq.

Masjid Ar-Rahimah dirasmikan pada 1 Nov. 2002 (25 Syaaban 1423) oleh DYMM Sultan Shariffuddin Idris Shah, sepertimana tercatit kat atas papantanda perasmian. Kigha umuq dia lebihkughang 5 tahun la. Tapi sayang sekali sebab atap dia dah bocoq sakan, betui2 kat ruang solat utama.
Ayaq ujan tughun macam ayaq terghjun(air hujan mencurah-curah bagaikan air terjun) kok celah salah satu`kipas pengudaraan' di kawasan berhampiran kubah. Habih basah lencun kapet(carpet). Kalau tengah solat Jumaat ujan lebat tughun, naya la sapa yang dok tang tu....Deri agak depa dah pebaik(perbaiki) dah kut la ni

Pandangan sudut hadapan/sisi kanan menuju ke ruang
wuduk dan tandas


Mesjid ni memang luas, boleh menampung kapasiti yang besaq. Agaknya pasai tu la Mesjid Ampang Pecah dah jadi lengang, seghupa macam tak dak oghang ambik pahadui dah. Selain daghi ruang solat muslimin & muslimah depa sediakan macam2 kemudahan lain kat tingkat bawah spt. dewan ,pejabat dan lain2 yang berkaitan. Senibina dia bulih tahun jugak. Sapa yang tengok dia tafsirlah sendiri.

Pandangan di ruang solat utama(atas) & ruang solat luar(bawah)

Nak bagi tafsiran tentang senibina ni kena oghang2 tertentu saja yang bulih. Kalau silap tafsir, hanguih(harus) kena semboq(sembur) dengan cabai bughung(cili padi) nanti. Kawan Deri ghamai jugak la yang jadi Arkitek. Masing2 kalau bagi komen tentang satu bangunan tak perghenah yang seghupa, mesti lain punya.....Peringkat Arkitek Ijazah cakap lagu ni, peringkat Master cakap lagu tu. Peringkat PhD pulak ceghita lagu lain. Yang lebih pada akademik kona kok ni...yang praktis arkitektur pula kona kok nu....Jaghang sekali yang sama pendapat depa. Nak tunjuk ego pun ada la jugak tu....

Mimbar kayu dekoratif

Seghupa macam oghang juai pasemboq jugak la. Kadang2 adunan dia tak sama walaupun bahannya sama jenih. Kuah pun lain2 ghasa jugak. Begitu jugak dengan oghang yang dok komen penyanyi. Oghang besa(orang biasa) macam kita ni kata mamat tu dah sedap sangat dah nyanyian dia. Tapi, oghang2 seni lain pulak komen depa. Tengok saja la konsert AF tu. Depa komen ada unsur2 professionalisme, mengambilkira perkara2 tertentu yang berkaitan dengan kesenian, pernafasan, lantunan sogha(suara), bla bla bla...Kita yang dengaq depa komen pun tak paham apa yang dihuraikan.


Lumrah alam.



 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Intydez