Monday, May 19, 2008

SAYA & COCA-COLA



Saya rasa ramai di antara kita yang mempunyai minat serta hobi masing-masing yang datang dalam pelbagai bentuk, samada hobi melakukan sesuatu ataupun mengumpul sesuatu. Kita akan dengan rela hati menghabiskan masa, tenaga & wang ringgit semata-mata ingin memenuhi kehendak `minat' ataupun `hobi' kita itu. Dari pandangan orang lain yang tidak berada dalam ruanglingkup kita itu, perkara yang kita lakukan itu akan dianggap sebagai sesuatu yang membuang masa, merugikan tenaga dan juga boros!! Tetapi bagi kita yang terbabit, ia adalah satu kepuasan yang tidak dapat diungkapkan dengan mudah, sepertilah juga kepuasan perokok yang tidak mungkin dapat menceritakan kepada orang lain tentang kepuasan yang dia kecapi apabila dapat menyedut asap bertoksik ke dalam paru-parunya.

Saya juga pernah mencatat nama sebagai seorang perokok tegar selama hampir-hampir 15 tahun sebelum menarik diri dari `arena' tersebut. Ketika itu saya tidak pernah dapat meyakinkan orang lain maupun diri sendiri tentang`sifat-sifat kepuasan' yang saya kecapi dari merokok, walaupun saya tahu merokok itu sangat bahaya, seperti melakukan pembunuhan pada diri sendiri secara perlahan-lahan. (Maaf saya pohon dari mereka yang merokok, tapi itulah hakikat yang perokok sendiri sedia maklum.) Saya cuma menyedut asap beserta dengan segala kandungan toksik berbahaya itu dan akan berasa puas. Puas macammana? Entahlah... susah nak cakap...

Begitulah juga dengan hobi. Susah untuk menceritakan pada orang lain tentang kepuasan yang kita rasai. Namun, dalam pada kita melayan `nafsu' hobi ini, perlulah juga kita mengambil kira tentang tahap kewangan, terutamanya bagi kita yang sudah berfamili. Janganlah disebabkan hobi, kampung tergadai dibuatnya.

Dari remaja lagi saya sudah mula berjinak-jinak dengan hobi. Saya memulakan hobi dengan mengumpul setem. Tapi, setelah mempunyai lebih dari 11 buah album setem, hobi saya beralih arah kepada mengumpul wang siling & wang kertas. Yang ini kurang menyengat sikit sebab susah nak dapatkan koleksi dan terasa amat mahal terutamanya wang kertas.

Dari situ saya mula mengumpul bahan-bahan yang murah dan senang didapati. Saya amat sukakan bahan-bahan yang mempunyai design serta berkarektor. `Nafsu hobi' saya akan meronta-ronta untuk memilikinya, walaupun kadang-kadang saya terpaksa juga beralah. Sehingga sekarang saya masih mengumpul bahan-bahan seperti kotak mancis hotel, botol syampu hotel dan keychains dalam pelbagai bentuk & rupa.

Mengatasi semua itu, saya mula berjinak-jinak dengan hobi mengumpul barangan terbitan Coca-cola sejak dua tahun yang lalu. Namun, kebanyakkan dari koleksi yang saya miliki hanyalah yang murah-murah sahaja. Adalah juga satu dua bahan yang berharga agak sederhana. Sebenarnya saya tidak suka minum coca-cola, tetapi amat tertarik pada designnya. Bila disarankan untuk memboikot barangan coca-cola, saya merasa begitu bersalah sekali kerana tidak dapat melakukannya. Sekiranya design botol ataupun can baru keluar, saya akan terus membeli tanpa berfikir dua kali. Airnya akan saya beri orang lain minum....

Koleksi tin.
Koleksi botol kaca & plastik.
Koleksi jam
Koleksi pakaian
Koleksi kenderaan
Koleksi radio & torchlight
Koleksi rojak....
termasuklah keychains, sticker kertas & magnet, lighter, lencana dan apa saja dari jenama coca-cola
Setakat ini cuma itulah sahaja koleksi saya.
Yang mahal-mahal tu tak mampu saya miliki.






Friday, May 16, 2008

PEARL OF THE ORIENT-ROUND 2

PULAU PINANG, RASANYA SAYA NAK PI LAGI.....:astig:


Kat Penang saya sengaja menginap di hotel dalam bandar Georgetown berhampiran dengan menara Komtar supaya senang untuk saya dengan mem melawat kawasan warisan dan tempat-tempat bersejarah. Tambahan lagi masjid-masjid lama banyak yang berada di sekitar bandar tersebut. Dah lama saya mengidam untuk melawat bandar yang penuh dengan tempat-tempat bersejarah itu. Begitu juga dengan mem... tujuan utamanya nak melawat muzium & Fort Cornwallis, nak jumpa dengan Francis Light....
Pemandangan bandar Georgetown dari atas bumbung hotel.Muzium yang menarik & mengisi sumber sejarah yang amat menarik.Fort Cornwallis di Padang Kota Lama. Jangan lupa mai sini bila berada di Penang...Bayaran masuk cuma Rm1.00... berbaloi bagi yang meminati sejarah.Jangan lupa posing kat sini.... bukan senang nak dapat feel macam nih...Saya memang peminat setia senibina terutamanya bangunan-bangunan bersejarah, tak kira samada bangunan tinggalan penjajah atau bangunan warisan bangsa. Setiap lorong dalam bandar lama Georgetown saya pusing dan ambil foto. Mem dah faham dan sedia maklum dengan minat saya ini. Saya letaklah satu dua gambar kat sini... lain-lain tu akan masuk kat fotopages nanti.
City Hall, dari dulu, kini & mungkin selama-lamanya...?NAGORE DARGHA SHERIFF, tempat keramat katanya.... mula-mulanya saya ingatkan sebuah masjid lama yang bercirikan senibina India....Terlupa pulak saya apa nama bangunan nih... saya tertarik dengan warnanya..
Lim Kongsi, salah satu dari Kongsi-kongsi yang banyak terdapat di bandar lama Georgetown.
Clock Tower di Jalan Kota Lama
Sculpture di bulatan Old Clock Tower... buah pala ke tu sishoney/mummy sofie...?
Pemandangan ini saya rakam semasa melawat masjid terapung Tanjung Bungah. Pangsapuri 5-tingkat disebelah kanan foto itu adalah penempatan nelayan yang dilanda tsunami pada 2004 lalu. Bot-bot yang tengah parking tu adalah bot-bot mereka.... Sesuatu yang agak berlainan dari biasa....
Selain dari jalan-jalan cari masjid & tempat bersejarah kat Penang, saya dengan mem sempat juga mengatur pertemuan dengan rakan-rakan dari alam siber yang menetap di sana. Pada hari pertama kami berdating dengan Sishoney dari petang membawa ke isya'. Sishoney membawa kami makan malam di Gurney Drive, jalan yang menghala ke Batu Feringghi. Mak datuk... susah betui nak cari parking kat situ. Sepanjang-panjang persisiran pantai, berjela-jela kereta & manusia... Jenuh saya pusing keliling... Ingatkan nak belanja Sishoney... tapi dia lagi cepat membuat bayaran.
Terima kasih banyak Sis... esok-esok mai KL, uncle belanja Sis pulak....
Pada hari kedua pula kami berdating dengan Mummy Sofie, kenalan saya dari Fotopages yang ditemani oleh suaminya, sdr. Shamsul Agil dan baby Sofie yang sangat comel & hyperactive tuh. Mummy Sofie bawa kami makan kat kawasan Datuk Keramat.
Terima kasih banyak Sham... pasai ceq sudi mai jumpa abg e & kak Ina. Pastu sanggup pula beghembun sampai dekat2 nak tengah malam walaupun ceq sekeluarga baghu nak baik demam... Mai KL nanti jangan lupa koling2 abg e pulak naa...
At last, uncle Deri dapat juga cubit pipi Sofie tuh... asyik dok tayang dalam FP saja selama nih...
Dua papan iklan dibawah ini menarik perhatian saya. Timbul berbagai persoalan ketika memandang kelibat kedua-duanya sepintas lalu. Saya serahkan kepada anda semua untuk menilainya dari perspektif masing-masing. Dari zaman sekolah lagi mata saya dilatih untuk memerhati, mengamati, menilai & mengkritik setiap arca yang melintasi kelibat saya. Namun, penilaian manusia itu tidak serupa. Kepelbagaian dari sudut menginterpretasikan sesuatu itulah yang mewarnai kehidupan & mencerna tahap sosio budaya masyarakat majmuk kita ini.
SELAMAT BERIMAGINASI.....
:wave:

Wednesday, May 14, 2008

PEARL OF THE ORIENT

bising
A PICTURE TELLS A THOUSAND WORDS....

1. MASJID KAPITAN KLING
Mengambil sempena nama Caudeer Mohudeen iaitu seorang ketua kaum India Muslim yang bergelar Kapitan Kling. Merupakan masjid tertua di Pulau Pinang & terletak di persimpangan Lebuh Pitt & Chulia Street. Mula dibina pada tahun 1801. Masjid sekarang adalah masjid yang dibina semula pada tahun 1916
Nota peluru : 107 das.

2. MASJID MELAYU LEBUH ACHEH
Masjid ini diasaskan oleh Tunku Syed Hussein Aidid, seorang kerabat diRaja Acheh berketurunan Arab. Dibina dalam tahun 1808. Senibina campuran bercirikan Islam, Timur & Eropah, juga dipengaruhi senibina Cina Islam, Anglo-India kurun 19 & Moorish.
Nota peluru : 48 das.

3. MASJID BENGGALI
Bangunan asal masjid ini dibina oleh sepoi East India Company yg tiba dari Bengal pada 1803. Terletak di Lebuh Leith. Bangunan sekarang adalah bangunan yang didirikan semula dan dirasmikan pada 26 Disember 1958 oleh Tunku Abd. Rahman Putra Al-Haj.
Nota peluru : 12 das.

4. MASJID JAMEK SIMPANG ENAM
Bangunan asal masjid ini diasaskan oleh Haji Wahab pada tahun 1897. Terletak di Jalan MacAlister berdekatan dengan menara Komtar. Ruang tambahan telah dibina di bahagian belakang bangunan masjid.
Nota peluru : 8 das.

5. MASJID NEGERI PULAU PINANG
Bangunan masjid yang berbentuk bulat ini diilhamkan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada tahun 1968 & dirasmikan pada 29 Ogos 1980 oleh Yang DiPertuan Agong ketika itu, Sultan Hj. Ahmad Shah. Terletak di persimpangan Jalan Air Hitam & Green Lane.

Nota peluru : 57 das.

6. MASJID TERAPUNG TANJUNG BUNGAH
Bangunan masjid ini terletak berhampiran dengan pantai peranginan Batu Feringgi & dibina mengunjur sejauh 300 meter dari pantai yang pernah dilanda Tsunami pada 2004 lalu. Ianya siap dibina pada Januari 2005 & dirasmikan pada 16 Mac 2007 oleh Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi.
Nota peluru : 48 das.

 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Intydez