Saya rasa ramai di antara kita yang mempunyai minat serta hobi masing-masing yang datang dalam pelbagai bentuk, samada hobi melakukan sesuatu ataupun mengumpul sesuatu. Kita akan dengan rela hati menghabiskan masa, tenaga & wang ringgit semata-mata ingin memenuhi kehendak `minat' ataupun `hobi' kita itu. Dari pandangan orang lain yang tidak berada dalam ruanglingkup kita itu, perkara yang kita lakukan itu akan dianggap sebagai sesuatu yang membuang masa, merugikan tenaga dan juga boros!! Tetapi bagi kita yang terbabit, ia adalah satu kepuasan yang tidak dapat diungkapkan dengan mudah, sepertilah juga kepuasan perokok yang tidak mungkin dapat menceritakan kepada orang lain tentang kepuasan yang dia kecapi apabila dapat menyedut asap bertoksik ke dalam paru-parunya.
Saya juga pernah mencatat nama sebagai seorang perokok tegar selama hampir-hampir 15 tahun sebelum menarik diri dari `arena' tersebut. Ketika itu saya tidak pernah dapat meyakinkan orang lain maupun diri sendiri tentang`sifat-sifat kepuasan' yang saya kecapi dari merokok, walaupun saya tahu merokok itu sangat bahaya, seperti melakukan pembunuhan pada diri sendiri secara perlahan-lahan. (Maaf saya pohon dari mereka yang merokok, tapi itulah hakikat yang perokok sendiri sedia maklum.) Saya cuma menyedut asap beserta dengan segala kandungan toksik berbahaya itu dan akan berasa puas. Puas macammana? Entahlah... susah nak cakap...
Begitulah juga dengan hobi.Susah untuk menceritakan pada orang lain tentang kepuasan yang kita rasai. Namun, dalam pada kita melayan `nafsu' hobi ini, perlulah juga kita mengambil kira tentang tahap kewangan, terutamanya bagi kita yang sudah berfamili. Janganlah disebabkan hobi, kampung tergadai dibuatnya.
Dari remaja lagi saya sudah mula berjinak-jinak dengan hobi. Saya memulakan hobi dengan mengumpul setem. Tapi, setelah mempunyai lebih dari 11 buah album setem, hobi saya beralih arah kepada mengumpul wang siling & wang kertas. Yang ini kurang menyengat sikit sebab susah nak dapatkan koleksi dan terasa amat mahal terutamanya wang kertas.
Dari situ saya mula mengumpul bahan-bahan yang murah dan senang didapati. Saya amat sukakan bahan-bahan yang mempunyai design serta berkarektor. `Nafsu hobi' saya akan meronta-ronta untuk memilikinya, walaupun kadang-kadang saya terpaksa juga beralah. Sehingga sekarang saya masih mengumpul bahan-bahan seperti kotak mancis hotel, botol syampu hotel dan keychains dalam pelbagai bentuk & rupa.
Mengatasi semua itu, saya mula berjinak-jinak dengan hobi mengumpul barangan terbitan Coca-cola sejak dua tahun yang lalu. Namun, kebanyakkan dari koleksi yang saya miliki hanyalah yang murah-murah sahaja. Adalah juga satu dua bahan yang berharga agak sederhana. Sebenarnya saya tidak suka minum coca-cola, tetapi amat tertarik pada designnya. Bila disarankan untuk memboikot barangan coca-cola, saya merasa begitu bersalah sekali kerana tidak dapat melakukannya. Sekiranya design botol ataupun can baru keluar, saya akan terus membeli tanpa berfikir dua kali. Airnya akan saya beri orang lain minum....
Saya juga pernah mencatat nama sebagai seorang perokok tegar selama hampir-hampir 15 tahun sebelum menarik diri dari `arena' tersebut. Ketika itu saya tidak pernah dapat meyakinkan orang lain maupun diri sendiri tentang`sifat-sifat kepuasan' yang saya kecapi dari merokok, walaupun saya tahu merokok itu sangat bahaya, seperti melakukan pembunuhan pada diri sendiri secara perlahan-lahan. (Maaf saya pohon dari mereka yang merokok, tapi itulah hakikat yang perokok sendiri sedia maklum.) Saya cuma menyedut asap beserta dengan segala kandungan toksik berbahaya itu dan akan berasa puas. Puas macammana? Entahlah... susah nak cakap...
Begitulah juga dengan hobi.
Dari remaja lagi saya sudah mula berjinak-jinak dengan hobi. Saya memulakan hobi dengan mengumpul setem. Tapi, setelah mempunyai lebih dari 11 buah album setem, hobi saya beralih arah kepada mengumpul wang siling & wang kertas. Yang ini kurang menyengat sikit sebab susah nak dapatkan koleksi dan terasa amat mahal terutamanya wang kertas.
Dari situ saya mula mengumpul bahan-bahan yang murah dan senang didapati. Saya amat sukakan bahan-bahan yang mempunyai design serta berkarektor. `Nafsu hobi' saya akan meronta-ronta untuk memilikinya, walaupun kadang-kadang saya terpaksa juga beralah. Sehingga sekarang saya masih mengumpul bahan-bahan seperti kotak mancis hotel, botol syampu hotel dan keychains dalam pelbagai bentuk & rupa.
Mengatasi semua itu, saya mula berjinak-jinak dengan hobi mengumpul barangan terbitan Coca-cola sejak dua tahun yang lalu. Namun, kebanyakkan dari koleksi yang saya miliki hanyalah yang murah-murah sahaja. Adalah juga satu dua bahan yang berharga agak sederhana. Sebenarnya saya tidak suka minum coca-cola, tetapi amat tertarik pada designnya. Bila disarankan untuk memboikot barangan coca-cola, saya merasa begitu bersalah sekali kerana tidak dapat melakukannya. Sekiranya design botol ataupun can baru keluar, saya akan terus membeli tanpa berfikir dua kali. Airnya akan saya beri orang lain minum....
Koleksi tin.
Koleksi rojak....
termasuklah keychains, sticker kertas & magnet, lighter, lencana dan apa saja dari jenama coca-cola
termasuklah keychains, sticker kertas & magnet, lighter, lencana dan apa saja dari jenama coca-cola
Yang mahal-mahal tu tak mampu saya miliki.
7 comments:
perghhh dasyat ni peminat gila coca cola.. suka saya sangat2.. sebab kemerah-merahan... saya ingat bro suka pepsi cola sebab warna biru.. he he
jet sudah sedia eh bro.. bagus ler tu.. saya dah bekhemah dah kat Moscow ni.. he he
sok jgn lupa terlena pulak.. nanti habis semua coca cola ni dibawa lari.. he he
merah my fav kaler..!
nak join bole dak?? join merah coca cola jek :p
cutelaa abg e..hobi ni :)
~ abe cheQ pun berenti sedut asap ni bila dia buat keputusan nak kawin sbb takut efect baby kat dlm perut..dgr mcm lawak mr bean kan..tp ni la pengorbanan dia pd famili :)
~ kalo sume org bole buat cam gini tutup laa kilang rokok :D
Wah...menarik sungguh kan... saya pun ada hobi gak tapi hobi saya tak pernah bertahan lama hehehehehe
* rasanya ada juga beberapa items 'coca-cola' di rumah (bukan untuk koleksi) bolehlah dipindah tangankan kepada bro yang akan menjadanya dengan lebih baik ;)
** nak kena cari manalah dicampakkan atau diselitkan... hehehehehe
huahuahuahuahuahua...ni memang fanatik coca-cola..boleh panggey tv3 nie wat interview tayangan selama 30 saat...hiks...suker gak yani tengok kaler² melah nie...merah tanda berani...ahaks...sekarang nie warna garang cenggini yg glamour kan...cuba laaa bangunan² kerajaan kaler merah...mesti ari² geng selembu, selembu seladang nak gi tanduk...ahaks...apa laa yg yani merepek nie...sahihhhh!!! dah manun....:p
wah.
sgt kagum.
sgt cantek.
trus kn usaha mngumpul eyh uncle~!
heee.
hai...sy norfa dari sebuah production house.
saya dlm usaha utk menerbitkan sebuah rancangan TV yang berkaitan dengan minat / hobi yg boleh dijadikan panduan dan semangat utk masyarakat diluar. Oleh itu sy tertarik dgn koleksi anda dn jgk apa yg telah anda nyatakan pd artikel ini. di harap anda dpt menghubungi sy melalui email ini norfa08@yahoo.com.my
Mungkin sy boleh dptkan kebenara dari anda untuk bersama-sama menjayakan program TV ini. terima kasih.
bro kalau free lawatlah pulak blog coke saya yang tak seberapa nie...
http://ahkaba.blogspot.com/2009/01/coca-cola-bottle-malaysia.html
Post a Comment