Thursday, April 23, 2009

DARI KL KE PADANG PAUH

Kata pepatah, sejauh mana seluang melaut, akhirnya pulang ke pantai jua... Tepat sekali dengan diri Deri. Tapi, bukanlah melautnya Deri kerana merantau membawa diri, cuma melanjutkan pelajaran & berkerja. Walaupun di mana Deri berada, namun di hati ini tetap menyimpan segala nostalgia hidup di kampung halaman, di tanah tumpah darah tercinta. Kampung halaman Deri, Kampung Padang Pauh, Perlis, sentiasa di hati. Di sinilah Deri dilahirkan, dibesarkan oleh ayahanda bonda tercinta & di sinilah Deri merentasi zaman kanak-kanak yang penuh dengan keriangan.

Sekali sekala Deri akan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ayahanda & bonda. Walaupun tidak sekerap mana, Deri tidak pernah lupa & insyaAllah tidak akan lupa sehingga ke akhir hayat. Sememangnya Deri dibuai dengan ulit lenggok kerja-kerja di pejabat yang berlapis-lapis silih berganti hadirnya, sehinggakan terbawa-bawa sehingga ke rumah, tapi tiba masanya Deri akan mengatur juga jadual untuk pulang ke kampung. Tugas sebagai 'anak' tak mungkin Deri abaikan. Begitu juga dengan janji Deri dengan Allah sebagai seorang 'suami & ayah'. Semuanya perlu diseimbangkan dengan teliti dan penuh kejujuran.

Bila berada di kampung, Deri terasa seperti ada satu suntikan semangat baru meresap ke dalam setiap urat & sendi tubuh ini. Rasanya dos untuk mengekalkan ketenangan fikiran dan kedamaian hati sememangnya ada di sini. Adakalanya Deri terasa seperti tidak mahu pulang berkerja di KL yang hingar bingar & penuh dengan segala kekusutan, kekalutan dan ketidakstabilan emosi.

Tapi, kehidupan ini perlu diharungi walau di mana sahaja Deri berada. Cabaran perlu ditempuhi. Untuk menjadi insan yang berjaya Deri perlu ada ketabahan & kecekalan hati dan perlu juga disaluti dengan keimanan dan kasih kepada Pencipta Yang Maha Agong, dan juga kepada kedua ibu bapa Deri.

Deri lapangkan hati untuk bertafakkur, bermuhasabah diri dan memohon keampunan dari Allah s.w.t kiranya hati kedua insan mulia itu pernah Deri lukai, sama ada sengaja atau tanpa di sedari. Semoga Deri tidak terkial-kial di akhirat kelak untuk mencari arah cahaya menuju ke syurga.....

Kampung halaman Deri dibesarkan
Mempelam "bemban" yang berusia lebih dari 100 tahun ini masih lagi berupaya berbuah lebat setiap musim.
Di sinilah tersimpannya segala kenangan di zaman kanak-kanak

12 comments:

Kasawari said...

Wah saujana mata memandang tu bro.. bagus bro.. dimana2 kita berada..pasti kita ingat kg halaman tu bro...

kuIna said...

apasal tak jenguk sy kat Bohor temak nie...

Anonymous said...

mempelam bemban dan sawah padi.....masih ingat...suatu petang dibulan posa sekampung mencari anda & pak jeh... -cm

kunadzri said...

bro Kasawari >>>
Memang best kalau ingat kampung... tapi pemandangan sawah padi sekarang ni xsama mcm dulu lagi.. dah xder org main layang2 di musim menuai.. dah xder budak2 main bola dlm petak sawah yg kering di musim kemarau...

kunadzri said...

kuina >>>
ooo, duk kat Bohoq Temak kaa... sana sawah padi lg sayup mata memandang...

kunadzri said...

Cik Meloq>>>
peristiwa yang menggempakkan kampung padang pauh... pak jeh duk ingat lagi ka..?

Kasawari said...

Bro..

memang .. kanak2 sekarang dah tak main layang2.. tak main guli.. dan tak main gasing.. semua dah main games.. main psp ler.. main ps2 ler .. tu ler.. kdg2 tengok anak2 sendiri pun dia org tak terdedah dgn permainan2 rakyat ni bro..

zaman dah berubah.. cuma pastikan dia org sentiasa Allah dan tidak lupa diri..

kunadzri said...

bro Kasawari..>>>
you are absolutely right!! pasal tu la bebudak sekarang ni kurang ada OTOT sikit.. body banyak lemak sebelum tua. Kalau bro tengok gambar2 kelas dulu2, susah nak jumpa murid yg body `besau2'... kan? Tapi, skrg ni... mmmmmm...penuh ngan lemak mcD, KFC, etc, etc.....

Sis Lin said...

aduhh sejuk mata memandang kan..tentu meriah klu beraya dlm keadaan suasana kg mcm tu..ini lin blk kg,tp sampainye bandar KL..huk3x...

Sis Lin said...

opss sambung sikit...
byk ke tanam pokok2 buah2 tu uncle? klu musim buah lg meriah blk ek..kasi roger2 le ye,leh lin dtg dgn 'si putih' tu..hehehehe

kunadzri said...

sis-lin>>>
kalau lepas subuh keluar ke sawah padi, rasa macam nak lepak kat situ sampai berjam-jam lamanya... mmg menyegarkan...

kat keliling rumah uncle tu penuh ngan macam2 jenis pokok buah2an... paling banyak mangga... bole bole.. takat nak roger2 tu no problemo... :)

D'Rimba said...

Kurindu kedamaian abadi kampung halaman sangat harmoni.......

 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Intydez