Tarikh: Ahad 13 Januari 2008
Masa : 12.00 tgh - 12.50 tgh
( Nota : tarikh tertera di foto tidak betul )
Pandangan sudut hadapan/sisi kananPandangan sudut hadapan/sisi kiri
Sejarah Jugra Masa : 12.00 tgh - 12.50 tgh
( Nota : tarikh tertera di foto tidak betul )
Pandangan sudut hadapan/sisi kananPandangan sudut hadapan/sisi kiri
Jugra?
Tidak ramai yang tahu di manakah letaknya pekan tersebut. Malahan rakyat negeri Selangor sendiri terpinga-pinga apabila saya bertanyakan tentang lokasinya. Sayang sekali, bagaikan dilupakan begitu sahaja pekan kecil yang amat bersejarah ini.
Jugra terletak di daerah Langat, lebihkurang 10 minit perjalanan dari Pekan Banting. Dahulunya ia merupakan pusat pentadbiran negeri Selangor selepas dipindahkan dari Kuala Selangor & sebelum berpindah ke Kuala Lumpur & kemudiannya ke Shah Alam. Ia pernah menyediakan pelabuhan untuk kapal-kapal yang memudiki Sungai Langat dari Selat Melaka dalam misi perdagangan.
Jugra juga merupakan tempat bersemadinya Al-Marhum Sultan (Sir) Abdul Samad ibni Al-Marhum Raja Abdullah iaitu sultan Selangor yang ke 4 (marhum Jugra). Bangunan Sultan Abdul Samad di Dataran Merdeka, KL yang sangat popular itu telah diberi nama sempena nama baginda.
Pandangan sudut belakang/sisi kiri
Sejarah Masjid Masjid Sultan Alaeddin ini dikenali juga sebagai Masjid Bandar. Ianya dibina semasa pemerintahan Al-Marhum Sultan (Sir) Alaeddin Sulaiman Shah ibni Al-Marhum Raja Muda Musa, iaitu sultan Selangor yang ke 5 (1863-1938) Baginda merupakan cucunda kepada Al-Marhum Sultan Abdul Samad. Masjid ini telah dibina pada tahun 1905, seiring dengan pembinaan Istana Bandar bersebelahan dengan tapak masjid. Data tentang arkitek masjid ini tidak diketahui.
Lokasi Masjid
Masjid ini dibina di Kampung Bandar (sekarang Kampung Bandar Bersejarah), Kuala Langat, Selangor, lebihkurang 15-20 minit perjalanan dari Pekan Banting
menara & kubah
Ruang solat
terbuka
terbuka
Senibina Masjid
**Senibina masjid ini mempunyai ciri-ciri rekabentuk campuran India-Muslim dan Islam Timur Tengah. Ianya dikatakan mempunyai pengaruh senibina pemerintahan Deli di Medan, Sumatera Utara.
**Sekali pandang pada bentuk masjid, ada imbasan arca istana zaman silam dalam cerita-cerita dongeng Aladdin & Kisah 1001 Malam.
**Banyak pengubahsuaian & tambahan telah dijalankan, terutama sekali pada bahagian dalamannya. Keseluruhan dinding dalaman telah disolek dengan penyudah kayu beralur, manakala sebelah dalam kubah telah dilitupi dengan siling kayu dekoratif, dihiasi dengan motif Kalimah Shahadah & nama-nama Khulafa' Arrasyidin. Bentuk asal kubah dari dalam sudah tidak kelihatan lagi.
**Kawasan lapang tidak berbumbung yang pada asalnya merupakan laman terbuka tanpa lantai telah diratakan dan disudahi dengan lantai jubin sebagai ruang solat tambahan.
**Bangunan utama masjid yang berkubah dikelilingi oleh dinding tinggi bertingkap jeriji. Di setiap sudut terdapat menara yang sederhana tingginya. Di tengah dinding bahagian hadapan masjid pula dibina menara azan bersegi delapan yang mempunyai dua aras tinjauan, berkubah keemasan di puncaknya. Keseluruhannya ibarat kubu kota pertahanan yang mengelilingi sebuah istana raja.
Ruang solat utama
Ruang solat
Mimbar
Ruang
solat
solat
Mihrab
Menara
Masjid ini telah diwartakan sebagai Monumen Lama dan Tapaktanah Bersejarah
di bawah Akta Bendapurba pada
24 Julai 1980.
di bawah Akta Bendapurba pada
24 Julai 1980.
3 comments:
wah cantik sungguh masjid ni deri...ala ala classic gitu..
dah lebih 100 thn masjid ni rupanya...
pandai hang amik gambar..semua bagus2...macam pro gambar semua ni..
good job bro.
UncleJ:
Thank you bro. aku ambik gambar ni suka-suka saja untuk koleksi. Nasib aku sentiasa baik bila tiap kali ambil gambar, cuaca elok. Aku rasa elok juga aku share gambar2 masjid yang aku ambil ni dengan sesiapa saja yang berminat. Kadang2 tu bukannya senang kita nak sampai kesatu-satu tempat, terutama yang remote macam jugra ni....
Salam..
ini entry yang ku carik.. hehehe..
abg tau x pasal kisah mimbar masjid tu?
Kalau masa solat jumaat, khatib hanya akan berdiri di anak tangga je.. duduk pun kat tangga je.. tak naik sampai atas.. :)
Post a Comment