Sunday, July 06, 2008

PERLIS INDERA KAYANGAN

Walaupun kat opis tu sibuk yang teramat sangat, masih sempat juga saya pulang ke kampung di Perlis masa cuti sekolah baru-baru ni. Habis angkut satu batallion... padat kereta saya tuh. Tak ada yang nak mengalah naik bas...masing-masing suka nak gayut ngan mak ayah... Tak pa, janji selamat sampai & balik KL...

Aktiviti biasa tiap-tiap kali balik kampung....

Shopping kat Padang Besar
Kedai yang mesti saya kunjungi
Ikut bapa ke kebun getah yang dipawahkan,
kalau musim buah pulak ke kebun buah2an.
Melawat sawah padi bapa kat tepi bukit... sangat mendamaikan....
Ada kalanya sempat juga singgah mencari rebung untuk buat sayur
ataupun campur ngan gulai ayam... slurppp.. sedap gilos....
Mengambil foto 4 generasi...
saya, anak lelaki, bapa & tok wan (kami panggil caQ..)

Friday, July 04, 2008

SELINGAN


Kejadian dua minggu lepas.
Jam 10.30 malam.
Lokasi : Pejabat.
-sedang berhempas pulas dengan kerja2 yang tiada kesudahannya....

Kringggg..kringggg... (kononnya nada hp saya la tuh... nada asal dirahsiakan.. ekehkeh...)

"Abah, bawa la member2 abah tu turun dalam 5 minit lagi... Kami dah nak turun dari KRU sekarang ni... Pra-dengar album dah habis... Pasni geng2 fanclub nak posing2 dulu kat depan KRU. Habis sessi posing mosing tu nanti, suh la diorang pulak datang amik gambar dengan dia..."

Gitu la lebihkurang bunyi di hujung talian...(talian ke?)

"Weihh.. korang semua...!! Jom turun cepat... Deeda dah panggil tu... nanti korang melepas pulak...!!", jerit aku ala2 komandan askar tengah sergah prebet2 nya. Tak ramai pun, 3 orang saja rakan muda aku tuh... sedang asyik bersengkang mata nak habiskan projek yang en.bos nak bawa pergi meeting esok pagi...

Dengan gaya malu-malu kucing, turunlah rakan2 muda tuh. Malu la konon nak berposing ngan artis... Dah la tu, tak mandi petang pulak... berserabai jer dari atas ke bawah... Tapi, ini lah peluang untuk berposing dengan artis tersebut... boleh lah diorang tayang gambar tu nanti kat cousin2 pompuan yang dok minat sangat kat artis tuh.

"Abang Nash... ikut sekali tau..."
Diorang ni bagi syarat pulak... Aku kena ikut serta, kalau tidak tak kuasa diorang nak pergi. Tambahan lagi, tengok2 kat depan KRU tu penuh dengan aweks cun ... Alahai... pemalu betul la rakan2 muda aku nih..... mengalahkan pompuan !! Ok la... jom cepat..!!


Klik...klikkk....klikkk.....
Surprise..... say cheesy wedgessss.....!!! Mula2 some of them ingat aku wartawan...
semua masih single....
yo....yo...!! watz up !!

Adam : "Uncle kerja kat mana?"
Aku : "Kat sebelah ni aje..."
Adam : "Eh, Deeda tak cakap pun..."
Deeda : "Dah cakap laa... awak jer yang tak ingat...."


Wednesday, July 02, 2008

SAJA NAK NGOMEL

Mari kita luangkan masa kejap... menguji minda...
Kita buat analisis siapa yang bersalah dalam masalah negara nih...
Papantanda ni cuba mengalu-ngalukan kedatangan pelawat ke Istana Bandar, Jugra, dalam negeri Selangor Darul Ehsan.

Kalau ikutkan karat besinya, sahlah papantanda tu dah lama kat situ.... tiang tu yang dipacak kemudian.... Tiang tu memang kena pacak ikut jarak yang ditetapkan... So, mamat yang pacak tiang tu cap jempol tak bersalah! Mamat yang pasang papantanda tu pun tak bersalah juga la....

Tapi kalau papantanda tu dipasang kemudian... memang mamat ni dah buat jenayah berat...!!

Apa hal sekali pun takkan la pihak yang terbabit tak dapat nak keluarkan modal untuk memindahkannya... alaa... ke depan sikit jadi laa... baru la ada maknanya..... Papantanda ni bukannya menunjukkan arah ke tandas awam... Ke istana yang amat bersejarah tuh..!!

Adeihhh... harap2nya tender untuk buat conservation istana tu nanti dimasukkan sekali dengan pemasangan signboard yang baru & di tempat yang sessuaiii....

Syok la ngomel... lapang jekk rasa dada....

Tuesday, July 01, 2008

ISTANA JUGRA 1905

Awal bulan Jun lalu en.boss bagi tugasan yg amat mencabar sekali pada saya & rakan-rakan muda kat opis.... kena buat projek building conservation. Actually bunyi tugasannya taklah susah sangat...lebihkurang macam ni la commandnya:-

"You all pergi Banting, ambil gambar Istana Jugra seberapa banyak yang dapat, then ukur seluruh building luar dalam sampai kepuncak atap. Lepas tu balik ofis, draw balik pelan & pandangan seluruh bangunan. Sebulan lagi diorang nak tender..."

Jawapan kami pun senang jugak laa... "Ok boss...!!"
Dalam hati lain pula jawapannya..."Gila apa? Satu bulan nak siapkan pelan istana?" Kalau semua kat ofis ni buat projek ni pun belum tentu habis..."

Sebenarnya en.boss tak tahu betapa besar & luasnya compound istana lama tu. Saya tahu yang dia tak tahu sebab dia tak tahu pun kat mana Jugra tuh... Since saya dah pernah kesitu masa ambil gambar masjid Jugra dulu, saya pun cerita la kat dia sikit2 tentang istana yang dah lama ditinggalkan `kesepian' tu...

Dia cuma cakap..."We try our best..." We tu maksud sebenarnya `korang'... Korang tu maknanya saya & 2 rakan muda remaja kat ofis ni... sorang baru setahun bekerja & sorang lagi sedang buat praktikal... What else can I say... just get it over with!! Nanti periuk nasi terbang pulak...

Akhirnya ke sana lah kami, 100 km away... Kereta ofis tak ada, so kereta saya la yang jadi mangsa. 4 kali ulang alik baru la habis mengukur.. itu pun macam orang pakai seluar compang campeng, tak sempurna... Photo pulak ada la dekat2 seribu `keping' digital...

Selingan....
Masa mengukur tuh, buat2 tak dengar la bunyi2 pintu tingkap terbuka tertutup... anggap saja dipukul angin lalu... hehehe... Ada gak bilik & ruang yang camera Nikon saya tu tak dapat nak fokus... camera lens hanya bergerak ke depan & belakang. Bila 3 atau 4 kali cuba tak boleh juga, slow2 ler saya cabut ketempat lain... Ada dua bilik yang berkunci rapat.... Kata Pak Gad (Hj. Molyana... nak panggil Moly ke Yana..?) dia belum pernah membuka bilik2 tu sepanjang masa bekerja di situ, tak tahu apa ada kat dalam... jeng jeng jeng... Saya cuba intai kat celah bawah pintu, tapi cuma nampak sawang jer... tak berani nak tenung lama-lama, nanti ada pulak yang tenung balik... kwang kwang kwang.....

Siang malam pulun buat drawing, sampai malas nak buka blog sendiri.... Merayau keblog-blog lain lagi la tak masuk akal.. Akhirnya siap juga la beberapa hari sebelum tender date. Perghh... urat belikat ku jadi tegang macam dawai mata punai... tengkuk ku keras macam kayu tembusu...
Dalam sibuk tu, sempat jugak saya balik ke Perlis 3 hari melawat keluarga sbb dah janji dgn mak & ayah.

Kut-kut nak jamu mata, saya tempelkan beberapa keping photo Istana Jugra ni.

Ini sebenarnya merupakan bahagian belakang istana (Fasa 3 pembinaan) Sekarang menjadi anjung masuk pelawat...
Pandangan serupa... tapi menyenget sikit...
Kawasan taman larangan, masa dolu-dolu....
Photo ni diambil dari dalam kawasan mahkamah istana. Di pintu gerbang tertulis `JALAN KECELAAN' dalam tulisan jawi. Pesalah akan dibawa melalui pintu gerbang ini.
Yang ini barulah tangga masuk utama (yang asal) ke Sotoh & seterusnya ke Balairong Seri... (Fasa 2 pembinaan)
Istana paling awal sekali yang didiami oleh Sultan Abdul Samad.(Fasa 1)
Kiri : Pintu masuk ke kamar Sultan Alaeddin & isteri2 baginda
Kanan : Ruang mahkamah, menuju ke dapur & lokap








Kiri : Salah satu dari laman dalam istana
Kanan : Balai mengadap istana fasa 3








Begini lah rupa sebahagian dari hasil `perjuangan' saya & rakan-rakan muda tuh...
"Plans & elevations dah siap boss!!!"... lebihkurang 20 elevations semuanya....
En.boss maaanyakkk suker ati... sebab utamanya... dia saja yang tahu....

 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Intydez