Tuesday, July 01, 2008

ISTANA JUGRA 1905

Awal bulan Jun lalu en.boss bagi tugasan yg amat mencabar sekali pada saya & rakan-rakan muda kat opis.... kena buat projek building conservation. Actually bunyi tugasannya taklah susah sangat...lebihkurang macam ni la commandnya:-

"You all pergi Banting, ambil gambar Istana Jugra seberapa banyak yang dapat, then ukur seluruh building luar dalam sampai kepuncak atap. Lepas tu balik ofis, draw balik pelan & pandangan seluruh bangunan. Sebulan lagi diorang nak tender..."

Jawapan kami pun senang jugak laa... "Ok boss...!!"
Dalam hati lain pula jawapannya..."Gila apa? Satu bulan nak siapkan pelan istana?" Kalau semua kat ofis ni buat projek ni pun belum tentu habis..."

Sebenarnya en.boss tak tahu betapa besar & luasnya compound istana lama tu. Saya tahu yang dia tak tahu sebab dia tak tahu pun kat mana Jugra tuh... Since saya dah pernah kesitu masa ambil gambar masjid Jugra dulu, saya pun cerita la kat dia sikit2 tentang istana yang dah lama ditinggalkan `kesepian' tu...

Dia cuma cakap..."We try our best..." We tu maksud sebenarnya `korang'... Korang tu maknanya saya & 2 rakan muda remaja kat ofis ni... sorang baru setahun bekerja & sorang lagi sedang buat praktikal... What else can I say... just get it over with!! Nanti periuk nasi terbang pulak...

Akhirnya ke sana lah kami, 100 km away... Kereta ofis tak ada, so kereta saya la yang jadi mangsa. 4 kali ulang alik baru la habis mengukur.. itu pun macam orang pakai seluar compang campeng, tak sempurna... Photo pulak ada la dekat2 seribu `keping' digital...

Selingan....
Masa mengukur tuh, buat2 tak dengar la bunyi2 pintu tingkap terbuka tertutup... anggap saja dipukul angin lalu... hehehe... Ada gak bilik & ruang yang camera Nikon saya tu tak dapat nak fokus... camera lens hanya bergerak ke depan & belakang. Bila 3 atau 4 kali cuba tak boleh juga, slow2 ler saya cabut ketempat lain... Ada dua bilik yang berkunci rapat.... Kata Pak Gad (Hj. Molyana... nak panggil Moly ke Yana..?) dia belum pernah membuka bilik2 tu sepanjang masa bekerja di situ, tak tahu apa ada kat dalam... jeng jeng jeng... Saya cuba intai kat celah bawah pintu, tapi cuma nampak sawang jer... tak berani nak tenung lama-lama, nanti ada pulak yang tenung balik... kwang kwang kwang.....

Siang malam pulun buat drawing, sampai malas nak buka blog sendiri.... Merayau keblog-blog lain lagi la tak masuk akal.. Akhirnya siap juga la beberapa hari sebelum tender date. Perghh... urat belikat ku jadi tegang macam dawai mata punai... tengkuk ku keras macam kayu tembusu...
Dalam sibuk tu, sempat jugak saya balik ke Perlis 3 hari melawat keluarga sbb dah janji dgn mak & ayah.

Kut-kut nak jamu mata, saya tempelkan beberapa keping photo Istana Jugra ni.

Ini sebenarnya merupakan bahagian belakang istana (Fasa 3 pembinaan) Sekarang menjadi anjung masuk pelawat...
Pandangan serupa... tapi menyenget sikit...
Kawasan taman larangan, masa dolu-dolu....
Photo ni diambil dari dalam kawasan mahkamah istana. Di pintu gerbang tertulis `JALAN KECELAAN' dalam tulisan jawi. Pesalah akan dibawa melalui pintu gerbang ini.
Yang ini barulah tangga masuk utama (yang asal) ke Sotoh & seterusnya ke Balairong Seri... (Fasa 2 pembinaan)
Istana paling awal sekali yang didiami oleh Sultan Abdul Samad.(Fasa 1)
Kiri : Pintu masuk ke kamar Sultan Alaeddin & isteri2 baginda
Kanan : Ruang mahkamah, menuju ke dapur & lokap








Kiri : Salah satu dari laman dalam istana
Kanan : Balai mengadap istana fasa 3








Begini lah rupa sebahagian dari hasil `perjuangan' saya & rakan-rakan muda tuh...
"Plans & elevations dah siap boss!!!"... lebihkurang 20 elevations semuanya....
En.boss maaanyakkk suker ati... sebab utamanya... dia saja yang tahu....

7 comments:

echah_syed said...

uishhh mcm penin pala cheQ tgk plan tu.. :(

kunadzri said...

ceQ tok sah tgok... nnti grenti kepala pusing punya.. teruk pulak cik abg nak picit..

Eita said...

thanks uncle.. tak sabar nk tunggu istana ni siap,, dan di buka tuk org ramai.. ita nk pi lagi.. :)

PaanMFR said...

Salam bang, x sabar rasanya nk tengok istana ni dibaik pulih dan dijadikan tempat pelancongan. Actually saya pernah menetap di Istana Bandar pada tahun 2000, program keluarga angkat di sana. masa tu saya form 5. Maahad Tahfiz dah ade bangunan baru waktu tu.. siang malam kami kt sana, madi kat kolah 4 segi dalam gambar tu.. dan mcm2 lah.. Alhamdulillah saya xde kene insiden ape2 waktu tu... Latest saya dtg bersama eita (abg ade komen kat blog die) sebab nk melawat mak angkat saya. Dan menjadi perkara wajib bagi saya utk singgah Masjid Kg Bandar.. dulu xde hiasan kayu dalam tu.. skang je dah lawa dah.. mmg superb.. nk jugak tahu selok belok istana tu.. dulu pergi pun x byk bilik dapat masuk.. :)

hana_ni said...

nie bkn istana jugra laa..
nie istana bandar nme nye..
istana jugra dkt2 dgn makam sultan abdul samad tuh..

kafsyah said...

salam,
saya nak tanya mcm mane dan dimana ye saya boleh dapatkan pelan istana ni? saya student politeknik port dickson saya kena buat assignment lukisan terukur dan saya pilih untuk buat pasal istana bandar ni....

Anonymous said...

salam..sy nur shazuanee malek, conservation design.UIAM,nurshazuanee@malaysiamaya.com bru je balik dr jugra laz week.kitorg amek coz buildng panthology dan wat pasai jugra,nk mintk jasa baik tuan berkenaan ngn drawing autocad...klu2 bole dpt detail....thank you...

 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Intydez