Friday, November 28, 2008

MCE

Balik dari ofis semalam, puteri kedua saya tersengih-sengih kat depan muka pintu.
"Yei yei... exam dah abis..!!"....sambil memeluk ayahnya yg semakin mengembang ni...

SPM dah sampai ke garisan penamat. Last sekali paper EST. Bila ditanya macammana dengan semua papers, dia cakap , "alhamdulillah... okay juga laa..."
Dari jawapan pendek macam tu, saya tahu yang dia tak berdepan dengan banyak masaalah. Saya yakin dia akan berjaya menuruti jejak langkah abang & kakaknya ke menara gading.

Teringat saya ketika menamatkan paper terakhir MCE dulu... Saya adalah antara 7 penuntut yang mengambil subject Lukisan. Orang lain dah lama habis... cuma tinggal kami saja yang masih terkapai-kapai di dalam exam hall. Jealous betul tengok diorang lepak-lepak kat hostel.

Malam-malam sebelum balik ke kampung masing-masing, kami buat bonfire dengan membakar semua nota-nota dan buku-buku kerja... perghhh.. gitu ler gila-gilanya budak-budak sekolah asrama yang semua penuntutnya lelaki... tak terkawal dek warden. Bila ingat balik, rasa kesian pulak kat warden kami tu... patut la garang semacam..
Sorry la Mr. Segaran, di mana saja anda berada...
Yang mana kaki merokok tu, dah tak sorok-sorok lagi dah... sedut hembus sedut hembus selambaderk saja.... Saya pun adakalanya tumpang sekaki dua walaupun masa tu masih pakai badge prefect... wakaka... kalo tak sedut tak macho lah katakan...

Paling saya ingat sekali ialah bunyi-bunyi kaca tingkap yang pecah dengan tiba-tiba saja di waktu malam yang sunyi... Bunyi kaca pecah tu pula akan disahut dengan sorakan dari semua dorms. Yang ni memang kerja budak-budak yang nak balas dendam sebelum meninggalkan sekolah, samaada diaorang ni biasa kena public caning ataupun hukuman-hukuman lain yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan. Tapi semuanya dah jadi orang-orang besar di sana sini dan sudah tentulah diaorang sedar akan ke`bodoh'an yang dilakukan tu.

Semasa menunggu keputusan MCE keluar, saya berkerja di ladang tebu Cuping selama lebihkurang 3 bulan. Gaji sebulan ada la dalam 150 ringgit. Kira besar lah saya rasakan masa tu.
Kerja saya tak susah. Bukannya menebang tebu, tapi sebagai `budak tulis tiket'.

(Untuk catatan sejarah kehidupan):
Driver traktor akan berulang alik mengambil tebu di petak yang mana tebunya telah dibakar & ditebang. Setiap kali driver datang saya akan memberikannya tiket yang dituliskan nama, jenis tebu(samada ratna ataupun NCO 10...kalau tak silap), nombor plate traktor, dll. Tiket ini akan diberi pada kerani kilang semasa driver tadi meng`unload'kan tebu-tebu tu di kilang. Gaji hariannya akan dikira berdasarkan apa yang tercatat di tiket tadi.

Dalam rumpun tebu inilah saya buka bekalan lunch, solat & borak2 dgn rakan sekerja sambil menunggu kedatangan traktor, juga sebagai tempat berlindung dari panas & hujan.

Bila dah tahu result, saya menghadiri temuduga ke oversea. Kemudiannya, saya daftar masuk semula ke sekolah berasrama penuh tersebut ke Lower six science class. Yang bestnya, kami tak belajar pun... masing-masing menunggu masa untuk dipanggil ke seberang laut. Seorang demi seorang dipanggil untuk menghadiri sessi briefing di KL sebelum berangkat ke O'sea.

Akhirnya masa saya juga sampai... saya dapat buat A-Level kat NORCAT King's Lynn, UK.
Good bye SDAR.
:okay:

Wednesday, November 26, 2008

TUAH SANG WALIT

Tak pernah langsung terlintas di fikiran aku ni bahawa satu hari nanti aku akan melibatkan diri dalam proses pembinaan beberapa buah `condominium' untuk Sang Walit ( atau walet, atau seriti, swallow maupun swiftlet dalam bahasa oghang putihnya ), sejenis burung layang-layang yang amat berharga sekali sejak beberapa tahun yang lalu. Apa taknya... satu kilogram sarangnya yang telah siap diproses akan dijual sampai Rm6,000 hingga Rm10,000. Perghhh... aku rasa macam nak tukar profession pulak...

Bila boss aku suruh siapkan preliminary design untuk rumah sang walit (aku lebih gemar menamakannya Kondo Sang Walit...) terlopong kejap aku.
"Betul ke ni boss?"
"3-storey reinforced concrete structure building?"
"Okay... berapa buah semuanya boss?"

"Buat masa ni 4 buah dulu. Later on kalau sambutan baik, client nak bina 46 buah lagi...."

Makin terlopong aku di buatnya.... Pada perkiraan aku secara rambang, sebuah kondo sang walit tu akan menelan belanja sebanyak 1/2 juta ringgit.


Dahsyat juga sang walit ni... Amat bertuah sekali sehinggakan manusia sanggup bina rumah bertingkat yang sangat kukuh untuk menempatkan kaumnya. Pastu nak jaga dia bukannya senang pulak tuh... kira macam berlagak sikit ler sang walit nih... macam manja2 anak bongsu gitu... Paling dituntut sekali, kondo sang walit ni mesti aman damai, tak ada gangguan, terlindung dari angin & matahari terik, kalis hujan dan kalis cahaya terang. Suhu pulak mesti antara 26-29 darjah celcius. Kelembapan pulak dalam 80-90.


Kalau semua tuntutan tu tak diberi keutamaan, sang walit akan angkat sayap ke tempat lain. Begitu lah.... Kalau pasal duit, manusia sanggup buat apa saja. Untuk burung pun mereka sanggup bersusah payah membina bangunan bertingkat yang kukuh dan terlindung dari segala bahana alam maya.


Bertafakur kejap aku sambil membayangkan keluhan mangsa-mangsa bencana alam di merata-rata ceruk & sudut dunia ini. Tak lupa juga akan mereka-mereka yang dhaif & hidup melarat tanpa perlindungan dari segala bala bencana. Tak ada siapa pun ingin membina rumah untuk mereka. Sekadar teratak buruk pun tiada siapa yang mahu dirikan. Ya lah.. kalau bina pun, bukannya mendatangkan apa-apa keuntungan....gitu gamaknya...


Berbalik kita pada kisah sang walit yang bertuah tadi. Katanya sang walet ni memang menjanjikan pulangan yang amat lumayan pada pemiliknya. Selepas 5-6 tahun memilikinya, segala modal yang dilaburkan akan turun ke angka sifar dan keuntungan akan segera dikecapi. Katanya sang walit ni jenis burung yang setia. Sekali hinggap dia akan beranak pinak & bermastautin di situ hingga ke akhir hayat. Anak cucunya pun akan mewarisi habitat yang sama... Kalau nak dapatkan curriculum vitae sang walit nih, boleh la browse kat internet.


Klik sini kalo nak senang >>> walit o walit

Namun yang pastinya, setakat ini aku sangat-sangat la enjoy menyempurnakan segala apa yang perlu dalam menyelenggarakan proses pembinaan kondo sang walit. Architectural drawings untuk kelulusan dari jabatan-jabatan berwajib dahpun diselesaikan & diajukan ke pihak-pihak berkenaan. Sekarang ni kami cuma menunggu arahan seterusnya dari client. Kalau dah dapat green light, kami akan prepare tender drawings & construction drawings pula.

Sebenarnya senang saja nak design kondo sang walit nih... serupa macam kotak mancis yang ditebuk di kiri kanan dindingnya. Bahagian dalamannya kosong saja. Kotak-kotak kayu dipasang pada siling konkrit dan di sinilah sang walit dengan setianya `mencetak wang untuk pemiliknya'.

Sungguh tak ku sangka... nak submit rumah banglo kediaman manusia hanya perlu ajukan drawing pada 3 jabatan yang berkaitan saja, manakala submission untuk Kondo Sang Walit pula kena pergi berurusan dengan 8 jabatan!!

Bertuah sungguh jadi Sang Walit !!

Monday, November 24, 2008

DARI LENSA D-40

2nd CHOCOLATE CAKE COMPETITION
SABTU 22 NOVEMBER 2008
GREAT EASTERN MALL, JLN. AMPANG, KUALA LUMPUR.
Dapat jemputan jadi jurufoto sambilan Sabtu lalu. Sessi 4 jam yang memenatkan, tapi menyeronokkan. Kebetulan kerja-kerja di pejabat dah beres. Dapat juga lapangkan otak yang berserabut dua tiga bulan lepas....
Berdesup-desup lensa ku membedil di celah-celah bedilan jurufoto2 professional yang membanjiri majlis. Ada yang tepat ke sasaran, ada yang sipi & banyak yang tersasar. Maklum sajalah, kita bukannya pro... orang ramai sangat. Kek banyak...artis pulak ramai... sesak!!
Macammana pun , dalam beratus-ratus foto yang mengenai sasaran tu, bolehlah aku kongsi sikit kat sini. Lain2 tu aku nak masukkan ke dalam fotopages... Bila nak masukkan tu tak taulah...
Bila senang-senang nanti...Juri-juri yang dipertanggungjawapkan.
The winner of The Most Creative Chocolate Cake
The winner of The Best Chocolate Cake & 2nd Runner up for the Most Creative.Nak masuk celah-celah diorang ni la yang amat meletihkan....

My all time favourite singer..... baru sekarang boleh dapat posing dengannya....
Aduss.. tingginya kau Amber.....bukan senang nak dapat peluang posing dgn model camni..
she's really a beautiful & sweet person....
Billbora, the best publicist in Malaysia...Pardon me if I'm wrong!
Dapat juga aku posing dengan Erra, Emran & Norzailina (Ketua Juri)


SILA KLIK KAT SINI UNTUK STORI-MORI SEPENUHNYA

Friday, November 21, 2008

LIFE

Well my friend, my dad said to me once.... If we look down we'll see roots and roots will lead us to the past. On the other hand, if we look up we'll see the sky and feel the gustly wind. The wind will swipe us to the future, to the unknown destiny.
What do you think?

Well....Let me think... you really give me a headache bro.... Can we have both of them at the same time?



Hey dude...definately not!! Keep on thinking... I've made up my mind.

Wednesday, November 19, 2008

PROJEK, BOS & KULI

Lepas satu, satu lagi projek datang...

Yang hairan tu, semuanya datang dalam keadaan yang agak kelamkabut. Semua client mahukan projek siap macam mee segera. Boss memang suka sangat la dapat projek macam ni. Lagi cepat site possession, lagi lebar senyum boss. Nanti kantong akan padat berisi. Makin cepat la boss kaya. Kalau aku berada dalam situasi boss, mungkin aku pun begitu jugak. Tapi, sayang seribu kali sayang... walaupun aku chief kat sini, aku masih lagi kuli boss, salah seorang yang menjadi mangsa keadaan. Aku terpaksa turun padang bersama-sama yang lain untuk merealisasikan kerja-kerja urgent yang agak tak masuk akal. Bukannya tak boleh diselenggarakan, tapi memandangkan kakitangan yang sedikit & `agak rapuh', aku terpaksa mengorbankan masa yang tersaaaangat la banyak di pejabat. Masyuk tu memang la masyuk, tapi dalam umur yang dah nak mencecah ke separuh abad ni, aku dah tak gemar lagi berlama-lamaan di pejabat. Rugi rasanya beli rumah kalau asyik menghabiskan masa kat pejabat saja... Dolu2 tu cerita lain....tidur kat pejabat pun tak jadi masaalah.

3 bulan solid kami dihujani dengan projek2 yang datang silih berganti. Semuanya nak disiapkan serentak, dalam masa yang amat singkat. Mula-mula tu sekolah rendah & menengah... dahpun under construction...

At the same time, muncul pulak projek perumahan kat Klang, dalam 200 unit semuanya. Yang ni memang paling dahsyat dalam sejarah. Dalam masa 2 bulan semua perkara kena siap...Mula-mula tu presentation drawings. Then rempit buat tender drawing untuk showhouse. Next, proceed with working drawing for submission to relevant authorities. This stage was considered to be the scariest part of the whole process. Several changes were made either by the client or by some other personels. Miraculously, we escaped through those hard moments...tanpa kecederaan parah....But I spent nearly 150 hours a month buat overtime!! Sendi tua ni bagai nak tercabut dibuatnya.

Siap saja submission, terus buat tender drawing. Tak payah tunggu approval... Memang sekarang ni macam tu. Projek jalan dulu, approval belakang kira... Punya la nak cepat... Akhirnya, segala-galanya beres pada 10 November lalu. Dalam 3 bulan bekerja, aku cuma cuti masa Raya saja. Itu pun nasib baik la boss tutup pejabat seminggu.

Ingatkan nak rileks habis-habisan... Rupa-rupanya kena siapkan pula another projek kalut... sebiji banglo kat Melaka. Masa diberi cuma seminggu saja untuk buat submission. Nasib baik.... beres jugak.

Tup-tup mai pulak lagi satu projek mee segera... kali ni lagi best... 4 bijik rumah 3 tingkat di Melaka untuk buat submission. Bukannya rumah orang, tapi rumah burung walit @ layang-layang. Interesting... my new encounter in the design business. Kalau ada masa nanti, aku nak abadikan tulisan tentang rumah burung walit ni.


  • Dalam kelamkabut tu sempat juga sambut raya kat opis....
  • hujung sekali tu boss aku.

Thursday, November 13, 2008

13 NOVEMBER DALAM KENANGAN

Hari ini, 25 tahun yang lalu.

Peristiwa 13 November 1983 masih jelas terpahat di ingatan. Walau bagaimana pahit sekali pun, ketentuan Ilahi wajib di telan. Peristiwa ini juga telah sedikit sebanyak merobah liku-liku perjalanan hidup saya, juga melarik satu corak baru dalam arca kehidupan saya seterusnya. Sehingga sekarang saya tidak pernah membicarakan peristiwa ini bersama-sama ayah & ibu, walau secebis jua. Saya tahu, hati ayah & ibu bagai disiat sembilu. Tapi, kekuatan iman ayah & ibu jugalah yang menjadi pemangkin kami sekeluarga untuk menerima hakikatnya. Justeru itu, saya simpan saja segala-galanya dalam ingatan.

Semoga Allah swt. mencucuri RahmatNya ke atas roh adik-adik dan datuk saya yang dikasihi, yang telah lama meninggalkan kami. Semoga Allah swt. menempatkan roh datuk saya dalam golongan orang-orang yang beriman dan ber`amal soleh. Saya tahu, adik-adik saya sedang menunggu kehadiran ibu dan ayah di sana untuk menghulurkan tangan-tangan mereka dan memimpin ibu & ayah ke syurga.

Seperti biasa, hati saya terasa sayu bilamana membicarakan tentang peristiwa ini......

UTUSAN MALAYSIA : DATUK BERSAMA 2 CUCU TERBUNUH DILANGGAR LORI

KANGAR, 13 Nov.- Tiga orang yang terdiri dari seorang datuk dan dua orang cucunya, terbunuh akibat dirempuh oleh sebuah lori di Jalan Kaki Bukit di sini, pagi ini.

Encik Hashim bin Awang, 65, menemui ajal bersama dua dari cucunya itu, Sofina, 12, dan Rahimah binti Yahaya, 6, dalam kecelakaan pukul 7.30 pagi itu. Seorang lagi cucunya Sayani, 13 cedera parah akibat kemalangan ngeri itu.

Lori itu datang dari arah Kangar dalam perjalanan ke Kilang Simen Bukit Keteri, Cuping.
Pemandunya yang berumur 30 tahun dalam aduan pada polis mendakwa bahawa ia ternampak sebuah lembaga hitam dan kenderaan itu tidak dapat dikawalnya lalu merempuh keempat orang itu di sebelah kanan jalan tersebut.

Untuk menjaga keselamatannya, pemandu yang membawa lori tersebut dari Kuala Ketil, Kedah itu terus pergi membuat pengaduan di Balai Polis Kangar.

Ketika perlanggaran ngeri itu berlaku, Encik Hashim, bekas ketua stesen bas Syarikat Perkongsian Melayu Perlis, bersama-sama tiga orang cucunnya itu sedang berjalan pulang setelah pergi membeli kuih untuk sarapan pagi.

Menurut polis, Allahyarham Hashim dan Sofina mati serta merta di tempat kejadian manakala Rahimah mati dalam perjalanan ke Hospital Kangar.

Seorang keluarga mereka memberitahu Utusan Malaysia bahawa kecelakaan tersebut berlaku kira-kira 25 meter sahaja dari lorong masuk ke rumah mereka.

Orang-orang yang berkejar ke tempat itu untuk menolong begitu terharu apabila mendapati Sofina masih menggengam kuih yang baru dibeli itu meskipun ia sudah terbujur di situ manakala seliparnya, kakak dan adiknya bertaburan.

Sofina, seorang murid yang pintar dan mendapat 5A dalam peperiksaan penilaian darjah lima dan telah diterima melanjutkan pelajaran di sebuah sekolah berasrama penuh manakala adiknya, Rahimah yang belum bersekolah sudahpun pandai menulis dan membaca.


Bapa kanak-kanak itu, Encik Yahaya hanya seorang pemandu kenderaan di Ladang Tebu Cuping, tetapi mempunyai anak-anak yang pintar dalam pelajaran.


Seorang darinya, ............................................................. ......................................... MARA.


Wakil rakyat kawasan Paya, Encik Taib Ismail adalah antara mereka yang turut menziarah ketiga jenazah itu sejak di bilik mayat Hospital Besar di sini hingga ke rumah mereka di Batu 3 3/4, Padang Pauh, Jalan Kaki Bukit.

THE STAR : GRANDPA, GIRLS DIE IN CRASH

ALOR STAR, Sun.- A pensioner and his two grand-daughters were killed when they were run over by a lorry at Kaki Bukit in Perlis this morning.

Police identified the pensioner as Hashim Awang, 65, and the two girls as Safina Yahaya, 12, and her sister Rahimah, six.

Hashim and Safina, a Standard Six pupil of Sekolah Kebangsaan Paya, died on the spot at the 6th km. Kaki Bukit-Kangar main road while Rahimah died on the way to Kangar General Hospital.

A third sister, Sayani, 13, was seriously injured and was admitted to the intensive care unit of the hospital.

Police said Hashim and his three grand-daughters were walking home after buying cakes for breakfast at a nearby coffee shop. They were only about 0.5km away from home when the accident occured about 7.30 am.

Passing motorists stopped to help take the four to the hospital.

The 30-year-old lorry driver lodged a report at the Kangar police station about 9 am.


Wednesday, November 12, 2008

MENGEMAS RUMAH


Tender drawings dah settled. Dua hari lepas dah hantar kat Quantity Surveyor sebanyak 17 sets, bersamaan dengan 1207 keping A1 sheets, merangkumi working drawings & detail drawings. Ada lagi 3 sets yang perlu diagih-agihkan kepada consultants, ie. Civil & Structural Engineer, Mechanical & Electrical Engineer untuk simpanan kami sendiri. Sikit masa lagi proses tender menender projek pun akan bermula. Perang besar antara ikan-ikan bilis maupun jerung akan berlaku dan segala tektik & teknik akan dihasilkan....

Habis satu tanggungjawab....!! Walaupun ada lagi projek yang sedang menanti, aku rasa nak ambil masa sikit untuk mengemaskinikan blog yang dah naik kulat ni. Sekadar datang mengemas, mencuci sawang & menebas lalang kat laman saja... Tapi, itupun rasanya dah mencukupi buat masa ini.

Selak punya selak bawah karpet lama terjumpa pulak lukisan yang aku buat masa ambil A-Level kat UK tahun 1979 dulu. Belek depan belakang masih elok lagi...Dah 29 tahun, dah jadi barang antik... Jadi, terfikir pulak untuk aku frame & gantungkan kat rumah yang dah ku kemaskan ni. Untung betul zaman digital ni...




 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Intydez