Wednesday, November 26, 2008

TUAH SANG WALIT

Tak pernah langsung terlintas di fikiran aku ni bahawa satu hari nanti aku akan melibatkan diri dalam proses pembinaan beberapa buah `condominium' untuk Sang Walit ( atau walet, atau seriti, swallow maupun swiftlet dalam bahasa oghang putihnya ), sejenis burung layang-layang yang amat berharga sekali sejak beberapa tahun yang lalu. Apa taknya... satu kilogram sarangnya yang telah siap diproses akan dijual sampai Rm6,000 hingga Rm10,000. Perghhh... aku rasa macam nak tukar profession pulak...

Bila boss aku suruh siapkan preliminary design untuk rumah sang walit (aku lebih gemar menamakannya Kondo Sang Walit...) terlopong kejap aku.
"Betul ke ni boss?"
"3-storey reinforced concrete structure building?"
"Okay... berapa buah semuanya boss?"

"Buat masa ni 4 buah dulu. Later on kalau sambutan baik, client nak bina 46 buah lagi...."

Makin terlopong aku di buatnya.... Pada perkiraan aku secara rambang, sebuah kondo sang walit tu akan menelan belanja sebanyak 1/2 juta ringgit.


Dahsyat juga sang walit ni... Amat bertuah sekali sehinggakan manusia sanggup bina rumah bertingkat yang sangat kukuh untuk menempatkan kaumnya. Pastu nak jaga dia bukannya senang pulak tuh... kira macam berlagak sikit ler sang walit nih... macam manja2 anak bongsu gitu... Paling dituntut sekali, kondo sang walit ni mesti aman damai, tak ada gangguan, terlindung dari angin & matahari terik, kalis hujan dan kalis cahaya terang. Suhu pulak mesti antara 26-29 darjah celcius. Kelembapan pulak dalam 80-90.


Kalau semua tuntutan tu tak diberi keutamaan, sang walit akan angkat sayap ke tempat lain. Begitu lah.... Kalau pasal duit, manusia sanggup buat apa saja. Untuk burung pun mereka sanggup bersusah payah membina bangunan bertingkat yang kukuh dan terlindung dari segala bahana alam maya.


Bertafakur kejap aku sambil membayangkan keluhan mangsa-mangsa bencana alam di merata-rata ceruk & sudut dunia ini. Tak lupa juga akan mereka-mereka yang dhaif & hidup melarat tanpa perlindungan dari segala bala bencana. Tak ada siapa pun ingin membina rumah untuk mereka. Sekadar teratak buruk pun tiada siapa yang mahu dirikan. Ya lah.. kalau bina pun, bukannya mendatangkan apa-apa keuntungan....gitu gamaknya...


Berbalik kita pada kisah sang walit yang bertuah tadi. Katanya sang walet ni memang menjanjikan pulangan yang amat lumayan pada pemiliknya. Selepas 5-6 tahun memilikinya, segala modal yang dilaburkan akan turun ke angka sifar dan keuntungan akan segera dikecapi. Katanya sang walit ni jenis burung yang setia. Sekali hinggap dia akan beranak pinak & bermastautin di situ hingga ke akhir hayat. Anak cucunya pun akan mewarisi habitat yang sama... Kalau nak dapatkan curriculum vitae sang walit nih, boleh la browse kat internet.


Klik sini kalo nak senang >>> walit o walit

Namun yang pastinya, setakat ini aku sangat-sangat la enjoy menyempurnakan segala apa yang perlu dalam menyelenggarakan proses pembinaan kondo sang walit. Architectural drawings untuk kelulusan dari jabatan-jabatan berwajib dahpun diselesaikan & diajukan ke pihak-pihak berkenaan. Sekarang ni kami cuma menunggu arahan seterusnya dari client. Kalau dah dapat green light, kami akan prepare tender drawings & construction drawings pula.

Sebenarnya senang saja nak design kondo sang walit nih... serupa macam kotak mancis yang ditebuk di kiri kanan dindingnya. Bahagian dalamannya kosong saja. Kotak-kotak kayu dipasang pada siling konkrit dan di sinilah sang walit dengan setianya `mencetak wang untuk pemiliknya'.

Sungguh tak ku sangka... nak submit rumah banglo kediaman manusia hanya perlu ajukan drawing pada 3 jabatan yang berkaitan saja, manakala submission untuk Kondo Sang Walit pula kena pergi berurusan dengan 8 jabatan!!

Bertuah sungguh jadi Sang Walit !!

2 comments:

echah_syed said...

kat kg cheQ nun sang walit dok apartment berdinding kayu beratap zink.. :D

sang walit kampungan.. hiks :p

kunadzri said...

>>>combi~~~
Sang Walit kampungan ni kira dah common combi... dah banyak... Tapi yang dok kat condominium ni kira fenomena baru kat M'sia... walopun kat Indon dah lama depa buat... hebat la kan sang walit nih...

 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Intydez