Thursday, December 20, 2007

MASJID JAMEK SULTAN IBRAHIM, MUAR, JOHOR DT.

MUAR, JOHOR DT
Tarikh: Sabtu 1 Disember 2007
Masa : 10.20 pg - 11.20 pg.

Pandangan sisi kiri, dari jalan masuk utama
Masjid ini adalah salah satu masjid yang tercatat di dalam `wish list' Deri. Memang dok terketaq-ketaq nak pi sebab dok dengaq ceghita dia memang best. Masjid lama zaman British....Mana tau kut-kut depa renovate ka, apa ka...tak dapat la Deri nak jamah kesenian aslinya.

Pandangan hadapan

Bila sampai saja kat Muar, masa dok kat atas jambatan sungai Muar tu dah nampak dari jauh mesjid ni. Di seberang sana pula nampak tersergam indah masjid Sultan Ismail, ia itu replika masjid Sultan Ibrahim ini, cuma ia lebih besar dan gah.





Berhenti sat kat bandar, call Hafiz tanya dia macammana nak menuju ke mesjid tu sebab jalan dia banyak jalan sehala. Dah dapat petunjuk tu, sekali gus saja pandu, sampai la Deri ke destinasi





Macam tak percaya Deri dah sampai kesini..... Seghonok bukan main.
Sayang sikit sebab masa tu ada kursus motivasi remaja....jadi penuh dengan kereta. Tak dapatlah nak ambil good shots. Anyway...ia tak lah menjejaskan sangat `sessi fotografi' Deri.




Pandangan sisi kanan, dari sebelah sungai

Pandangan belakang
Angin dari laut bertiup agak kencang sampai tangan dok pegang kamera ni pun tak stabil. Habih satu mesjid tu Deri keliling. Ruang dalaman pun habih ronda. Hajat nak panjat ke menara, tapi masa tak mengizinkan. Kalut nak pergi JB sebab mem besaq ada temujanji dengan seseorang. Memang best aura mesjid ni....feel....... tak dapat nak ceghita. Rasa nak mai sekali lagi, insya-Allah...Senibina dia memang hebat!!!

Ruang solat utama

Mimbar kerangka
logam
dekoratif
yang antik




Ruang
solat
tambahan










Kolah





Info masjid :

*Di bina pada sekitar 1927
*Dirasmikan oleh Tengku Mahkota (Sultan Ismail) pada 28 Feb. 1930.
*Senibina Inggeris berbumbung limas beratap genting lama.

*Parapet yang agak tinggi sekeliling bangunan.
*Di hiasi dengan tiang roman diluar & dalam.

*Lantai marmar putih di ruang solat tambahan
*Ruang wuduk terbuka, tidak berbumbung di atas kolah besar berbentuk bulat

*Mimbar logam antik. (kena cari maklumat)


Belakang mimbar











Pandangan dari seberang sungai,
dari Masjid Sultan Ismail, Tanjung Agas.

No comments:

 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Intydez