Bila TUA memperlihatkan kelibatnya, seiring dengan fizikal yang mula luntur dan lesu, kita mula terbayangkan kisah-kisah lampau semasa zaman kanak-kanak & zaman remaja yang tak akan muncul lagi. Ianya tinggal sebagai satu lipatan sejarah dalam hidup kita, tak kiralah sama ada pahit atau manis, masin, tawar…apa-apa saja mengikut citarasa. Bagi yang mendirikan rumah tangga dan beranak cucu, pasti saja kita akan bercerita pada mereka tentang kenangan & pengalaman yang kita lalui sepanjang perantauan kita merentasi masa tersebut. Itu akan terjadi secara otomatis, tanpa desakan atau provokasi dari sesiapa pun. Mungkin ianya sebagai satu cara mengisi masa terluang bersama anak cucu, ataupun ianya mahu diluahkan sebagai satu nasihat.…..satu kisah & tauladan.
Zaman persekolahan Deri merupakan zaman yang penuh dengan warna-warni….melayari alam remaja bersama rakan & taulan, yang semuanya lelaki, di sebuah sekolah berasrama penuh di negeri `kurang satu cukup sepuluh’.
Setiap detik & waktu, siang maupun malam, sentiasa bersama mereka. Susah dan senang bersama. Sebahagian dari kami menjadi seperti saudara yang tersangat rapat, sungguh akrab. Malahan pertalian kekeluargaan kami lebih rapat dari ahli keluarga sendiri.
Setelah selesai zaman persekolahan, masing-masing mengorak langkah menyusuri haluan sendiri. Berbekalkan keputusan peperiksaan SPM yang cemerlang, separuh dari kami melanjutkan pelajaran ke luar negara. Sebahagian lagi melanjutkan pelajaran ke menara-menara gading di seluruh Malaysia. Segelintir sahaja yang kembali meneruskan pengajian di tingkatan enam di sekolah yang sama. Sudah menjadi kelaziman, terdapat juga seorang dua yang hilang entah kemana. Seorang dari kami kembali kepangkuan Ilahi sebelum menerima keputusan SPMnya yang teramat cemerlang.
Kini, masing-masing duduk, berdiri & melangkah dengan gaya sendiri. Gaya yang dibentuk dengan jatidiri dan kekentalan hati. Ramai yang telah mengukir kejayaan. Apa sebenarnya erti kejayaan? Pada Deri, erti `kejayaan’ itu perlu dihalusi, adakalanya perlu mengikut tafsiran diri individu itu sendiri. Ibu bapa Deri, yang adakalanya dimasa lampau tidak dapat menghulurkan walaupun sepuluh ringgit sebulan semasa Deri di sekolah berasrama penuh dulu adalah merupakan dua insan yang amat berjaya mengikut tafsiran Deri. Kenapa? Tanya diri sendiri………anda juga akan mengucapkan kata-kata yang sama dengan Deri.
Setelah sekian lama tidak bertemu & bertanya khabar, terpatrilah satu `jarak’ diantara kami. Reunion & alumni diadakan di lokasi-lokasi terpilih, namun tidak ramai yang dapat menghadirkan diri. Buku pendaftaran akan hanya memuatkan nama yang sama pada setiap kali perjumpaan dianjurkan.
Kata seorang rakan, “setelah berjaya `menghadirkan’ diri di beberapa perjumpaan yang diaturkan, akhirnya aku tidak rela lagi memujuk hati ini untuk bertemu & berceloteh bersama. Ada kelainan pada senyuman, tuturkata & gelaktawa. Cara pergaulan & gaya bahasa sudah tidak sama lagi. Tajuk bicara juga ada kalanya janggal pada halua telinga aku”.
Bukanlah semuanya begitu, masih ada juga yang bersahaja seperti dulu. Rakan-rakan di dalam kelompok ini lebih afdal berbicara di warung-warung dan restoran mamak sambil menyedut buih-buih pada gelas teh tarik kaw!! Ketawa terbahak-bahak tanpa perlu memperlahankan suara untuk menjaga status. Tidak terdengar ucapan-ucapan ‘hello dato”, “hai prof” ataupun “how r u doc”, hanyalah ungkapan nama-nama samaran lama seperti `itik’, `ayam’, `belia’, `mungah’, `cilek’ dan berbagai-bagai lagi. Ini yang Deri rindukan.
Itulah lumrah alam & kehidupan. Masa mengubah segala-galanya. Rakan-rakan Deri yang selalu hadir di perjumpaan-perjumpaan yang dianjurkan selalunya terdiri dari mereka-mereka yang telah `berjaya’. Bak kata rakan Deri di dalam blognya untuk menggambarkan betapa ramainya cendikiawan serta professional yang hadir; “Terdapat ramai professor dari kalangan kami. Sememangnya dulu kami mempunyai jumlah pelajar-pelajar yang cemerlang. Saya percaya kiranya anda lontarkan seketul batu semasa perjumpaan makan malam kami, besar kemungkinan ia akan mengenai pemegang PhD ataupun MD.”
Hebat kan? Sememangnya situasi sebegini amat membanggakan. Namun disatu sudut yang berbeza, rakan-rakan yang ditafsirkan tidak atau kurang berjaya akan terkulat-kulat, tersengih-sengih mendengar perbualan yang sekali-sekala sahaja dapat difahami intipatinya. Kerana itu, ramai dari `golongan’ ini hanya terpahat nama mereka pada perjumpaan yang pertama kali saja. Selepas itu ada yang terus menyepikan diri. Biar pun bertembung di simpang yang sama, dia akan berusaha meloloskan diri ke arah yang berlainan.
Jelas sekali bukan Deri saja yang mempunyai tanggapan sebegini. Rakan yang merupakan seorang professor madya di sebuah universiti tempatan pernah merakamkan keluhan yang sama di ruang siber. Di akhir kata rakan Deri ini menulis;
".......bukan senang nak cari kawan yang masih maintain status 'quo' lama macam dia (saudara kami yang telah kembali ke Rahmatullah). Yang lain2 tu banyak juga yang dah berubah so kita kenalah adjust ikut keadaan. Maklumlah masing2 nak jaga 'macho', inferiority, superiority complex stuff so and so. That is probably the reason why we've been meeting about the same group of people and the absence of the same group of people as well. Nak kena pandai evaluate juga how people feel about us"
Five ordinal scale of `gratefulness of meeting a friend '
5 - Very grateful - (great if can meet again)
4 – Grateful - (great!!! Fine, see you again one fine day)
3 – Neutral - (Ok if you are around or not, ok if we meet again or not!)
2 - Pretend ok - (Hi hi, glad to meet you, emmm... you again!!!)
1 - Pure pretender - (eemmm, wish you are not around, but since you are here
I shake your hand, ok no harm)
cheers!!
No comments:
Post a Comment