Sunday, January 20, 2008

MASJID JAMEK AS-SOLIHIN, KG. BARU SEDENAK, KULAI, JOHOR DT.

KULAI, JOHOR DT
Tarikh: Ahad 2 Disember 2007
Masa : 5.20 ptg - 5.30 ptg

Pandangan sisi kiri (anjung masuk utama)
Sejenak di Sedenak......
Kalaulah tidak kerana ingin berjumpa dengan seorang rakan blogger di situ, mungkin tidak sampai Deri kat tempat yang agak jauh juga dari jalan besar. Untuk ke Sedenak, kita perlu memandu lebihkurang 10 Km mendaki bukit melalui ladang kelapa sawit, dari jalan besar ke JB dari Pekan Air Bemban.

Masjid As-Solihin ini tidak jauh beza bentuknya jika dibandingkan dengan sebuah banglo setingkat. Yang membezakannya adalah anjung konkritnya yang terdapat sebuah kubah berbentuk bawang besar/labu berwarna emas di atasnya. Terdapat juga sebuah menara kerangka besi keluli yang diletakkan sebuah kubah bawang kecil berwarna emas di puncaknya. Kedua-dua kubah inilah yang menyerlahkan keunikkan masjid ini.

Kawasan lapang di sisi kiri masjid di tarkan untuk kemudahan letak kereta.
Masjid ini Deri kira memerlukan sedikit kos untuk dicat baru dibahagian luarnya kerana warna lamanya sudahpun pudar dan terkopek di sesetengah tempat, terutama di bahagian anjung dan dapur/tandas.

Pandangan sudut hadapan/sisi kiri (anjung masuk utama)
Ruang solat utama

Anjung






Mimbar

2 comments:

Kasawari said...

Hampir 24 tahun saya menetap di Senai/Kulai, tidak pernah saya masuk ke Sedenak.. he he he.. Paling dekat pun saya ke Legend Golf Resort berhampiran di situ..

Sekali pandang masjid ini seakan akan Masjid Felda Taib Andak Kulai (Mawi world!)..

Jika Bro ada masa dan waktu, mungkin boleh berkongsi masjid masjid di negeri Melaka.. pasti menarik seni bina susun atur masjid di sana..

Terima kasih bro.. lihat masjid.. teringat diri ini masih jauh untuk lebih dekat kepadaNYA..

kunadzri said...

Kasawari:
Kalau lah tak kerana Mat Gebu, mungkin kami sekeluarga juga takkan sampai ke Sedenak. Agak jauh juga kedudukannya, tapi suasananya aman sekali.

Mawi World!! Yezzer...saya dah pergi kepejabat MW & beli souvenirs. Belum sampai hajat nak ke Felda Taib Andak.
He's great in his own way. I really admire him & selama 3 tahun simpan all articles ttg dia. Cammana pun some people disagree with me..people have their own perceptions.

Tentang masjid2 Melaka, saya dah kumpulkan foto2 11 buah masjid termasuklah beberapa masjid lama seperti Tengkera, Kg Duyung, Alai dll. Insya-Allah foto2 tersebut sedang menunggu giliran untuk di`n3'kan kat sini.

Memang betul bro. Berada di dalam masjid amat mendamaikan. Terasa betapa kerdilnya diri kita ini. Saya memang sukakan rekabentuk masjid sebab semuanya berbeza. Tujuan blog ini diadakan adalah untuk saya kongsi bersama tentang keindahan masjid kita, dengan sesiapa saja yang menjengah kesini. Kebanyakkan kaum wanita jarang sekali melihat dengan terperinci ruang2 di dalam masjid. Ramai yang tidak mengetahui tentang menara azan, mihrab maupun mimbar. Semoga dapat kita manfaatkan n3 saya ini bersama-sama.

The photos may not only be seen by our naked eyes but also by the heart.

 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Intydez