Friday, January 11, 2008

MASJID KOLAM AIR, JOHOR BAHRU, JOHOR DT

JOHOR BAHRU, JOHOR DT
Tarikh: Ahad 2 Disember 2007
Masa : 9.32 pg - 9.46 pg
Pandangan dari sudut hadapan/sisi kanan
Pandangan dari sudut hadapan/sisi kiri
Dalam perjalanan dari Jalan Langkasuka, Larkin menuju ke bandaraya Johor Bahru, Deri singgah tangkap gambaq mesjid Kolam Air. Malam tadi masa lalu kok ni dah terpandang mesjid ni. Mesjid ni cukup simple tapi unik. Menara dia menarik perhatian Deri. Ruang solat utama sangat lapang. Di sediakan aras mezanin untuk muslimah. Dan(sempat) juga bersembang dengan salah seorang petugas kat situ. Dia approach Deri sebab dok klik sana, klik sini.....lain macam saja....skeptikal kut....Habaq la kat dia tugasan Deri ni, baghu la nampak dia senyum sikit. Deri sedaq yang la ni dalam mesjid pun banyak baghang2 lesap...pasai tu lah petugas mesjid mesti berhati-hati.
Petugas tu bagitau yang ada sebuah lagi mesjid yang sebijik macam mesjid ni kat Johor ni. Tapi tak ingat pulak Deri mesjid mana. (tak bawa buku nota masa tu). Mesjid Kolam Air ni dirasmikan sekitar tahun 1987 katanya.
Terima kasih di atas info yang diberi....lupa nak tanya nama petugas tu....



ruang solat
utama





Pandangan dari sudut belakang/sisi kiri
mimbar kayu dekoratif
Masa tengah dok cakap dengan dia, imam masjid lalu jauh sikit daghi situ(as informed by petugas tu)...Muda juga oghangnya. Deri senyum & bagi salam pelan2, tapi tengok macam serius saja, tak balas senyum pun....so, what else should I do.....terus saja Deri belah. Immediately my mood flew away...gone with the wind!! Deri senang depressed dengan orang yang susah membalas senyuman orang lain. Terdetik di dalam hati ini...
.............................berapakah sebenarnya harga sebuah senyuman?

2 comments:

Kasawari said...

Bro,
Masjid ni saya suka.. selalu gak singgah jemaah di sini.. sebab senang parking kereta tepi jalan..

Dalam masjid ni pun tenang (semua masjid bila kita masuk hati akan rasa tenang.. Allahu Akbar!)..

Thanks Bro.. perbagai kan lagi n3 tentang senibina masjid..

UncleJ pasti minat ni.. he he

p/s; datang JB singgah lah Kulai.. dah jumpa Isteri.. bila pulak nak jumpa Suami.. he he.. no phone saya ada pada Kak Norz..

umi_e said...

ermmmm soalan bro .............................berapakah sebenarnya harga sebuah senyuman?

Senyuman yang ikhlas tidak ternilai harganya... sebab tu ada orang susah nak senyum kot... sebab mahal sangat :P :D

 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Intydez