Friday, January 18, 2008

NOSTALGIA


KHAS BUAT UncleJ

Since hang dah buka cerita yang tak semena-mena mengembalikan nostalgia aku dan mengambil sempena minggu berkasih sayang Combi serta demam Bollywood yang melanda warga-warga blog Msjbox, aku nak cerita sikit kat hang tentang apa yang berlaku 30 tahun lalu…..


Ready….music on pleaZZe…..!!







Dalam perjalanan yang jauh menaiki keretapi dari Seremban ke Arau pada akhir November 1977…(ketapi pun macam ulat bulu…lambat giler!!) mata aku merah…bukan masuk abuk, bukan kena bedal ngan boyfriend miss Choy…tapi aku cuba menahan air mata aku ni (nanti…jgn kata aku tak macho…tunggu cerita abis dulu…..) dari merembes keluar gara-gara tidak dapat menahan sedih berpisah dengan korang semua. Bersalaman kita semua di stesen keretapi Seremban, berpeluk-pelukan (jgn salah sangka plak….) dan memberi lambaian terakhir masih lagi segar di ingatan aku.


“Woit…jantan la…..mana boleh nangis….tak macho!! Jangan jadi `jambu’ pulak!! ( kau ingat lagi ke istilah jambu ni? Kehkehkeh….sapa-sapa nak tahu, tanya UncleJ ) Itu lah pesanan & gurauan yang diucapkan dalam cubaan untuk menyembunyikan perasaan sebenar yang bergelodak di dalam jiwa masing-masing. Hampeh…mata merah macam udang terbakar pun nak berlagak macho lagi…hahaha..begitulah kerasnya hati SDARIAN….(we’re the sdarians…mighty mighty sdarians…rough tough sdarians…lagu yang selalu dinyanyikan ketika bersama-sama pasukan sorak sekolah…pom-pom boys…kekekeh)


Perghh…Sedih dan pilu betul-betul mencengkam perasaan aku ketika melambai pada kalian semua. Mungkin selepas ini kita semua takkan dapat bersua lagi. Akhirnya UJ, aku tewas kepada perasaan ku (oh tidak…tangan tengah tekup muka ni…malu…) Zasss, berhambur jugak air mata aku…citt..porah!! apara dei…bikin malu saja. Tapi, fikir-fikir balik nak malu pada siapa ya? Begitulah jiwa remaja…mengandaikan dirinya gagah perkasa sedangkan hatinya rapuh macam biskut Jacob.


Haa, macam itu lah keadaan aku masa tu UJ. Trajis!!! ( Kalau Norz nampak aku nangis masa tu, mesti dia reject pnyer…..) Ingat senang ke nak tinggalkan member-member yang bersusah senang selama 6 tahun kat hostel tu…..Semua dah jadi macam adik-beradik.


Semua orang ingat akan lirik lagu fofuler setiap zaman yang selalu dinyanyikan di setiap majlis perpisahan ni kan...
**Bertemu dan berpisah adat manusia biasa…
**Hilang di mata tapi di hati tidak lupa….

**Berdoalah kita agar aman dan sentosa…

**Semoga berjumpa pula kita disuatu masa…


Akhirnya Allah mempertemukan juga kita dalam perancanganNYA yang tersendiri. Seperti yang hang kata, kita tidak pernah bertemu dalam reunion & gathering yang dianjurkan sebelum ini. Itulah hakikat sebuah kehidupan. Manusia hanya bisa merancang, tapi Allah Azzawajalla jua yang menentukan. Di sebalik setiap pertemuan dan perpisahan itu ada hikmah yang tersembunyi. Seandainya kita bermuhasabah diri akan kita temui juga apa yang tersurat dan tersirat didalamnya.


Semoga Allah swt. mencucuri rahmatNya keatas roh rakan-rakan kita yang telah
mendahului kita kembali kerahmatullah. Berdoalah kita agar
Allahyarham Kamaruddin Yahya,
Khairul Anuar , Borhanuddin, Mat Rozi, Bahari Aban, Misran dan Roslen ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
Jangan kita semua lalai & lupa, kita akan menyusul juga di suatu masa nanti…….


My most adorable Biology teacher,
Mrs Kunapathy Arjuna




My lovely form 5 science Kelvin teacher,
Miss Choy Sook Leng





Cikgu kesayangan hamba, Pn Norzila Shaari
( form 5 Technical Ramsden)




Heart-throbbing teacher from Liverpool,
Miss Janet Billinge


27 comments:

Noushy Syah said...

yezzaa..!!

Uhuks uhuks SOB SOB...

ERRRR ni siapa yg nanes?? Uncle J ke Uncle Deri? Aiyak....tal macholah nanes mcm tuh..patutlah Uncle J makan jambu batu yea? Muahahahha...

Uncle Deri ke tuh? Wah wah that was you in 1977 right? Emm...I must say the one w/o glasses better than the right one:p..ERR I'm confused,was that in the pic you or Uncle J?

This is really nostalgia.Must be thrill and happy reminiscing right?

I wonder what Uncle J would say abt this entry...hehehhe..

Noushy Syah said...

p/s amboi2 heart throbbing teacher tuh...Nasib baik AUntie Norz....!! Selamat!!!

arsaili said...

salam..wahhh hensem gak uncle j masa rumaja...ahaks...what a small world..berpisah dan bertemu itu kuasa ALLAH...

muadzlife said...

hihihihihi..
tak tau nak komen lagu mana..
saya pun kalo terimbau kisah dulu (tp saya junir sket dari uncle2 nih) pun mcm2 perasaan ada...

TokNabe said...

Jejaka berkaca mata tu hensem jugak masa muda dia yek. keanggunan & kehenseman tu masih boleh dilihat hingga sekarang :D

kunadzri said...
This comment has been removed by the author.
nAzurAh said...

waaa sdihnyaa~ nnti yah abis spm pn tinggalkn kwn2.. uuuu~ :'

Jamal Abd Rahman said...

salam deri

thanks menempatkan hati ku diblog mu..whoaaa..skema habis!!

gelak besor bila baca dan tgk gambar entry ni..pepagi buta aku gelak sorang...hish..apsal la hang buh gambaq aku tu? malu weii...gambaq zaman toye...hahahaha

eh aku pun sebenarnya sama train gak dgn hang masa tu..train subuh dari seremban tu..tp aku turun kat KL...apa la nyusahkan diri dulu naik tren tu..naik bas Foh Hup kan senang...tp nak merasa naik tren last dgn geng semua, aku naik jugak la..

tak pulak aku nampak hang nanges masa tu..ke hang control macho habis masa tu? hehehe
mesti hang naik sama dgn Amoy jugak, turun Arau kan ?

lama aku tak tgk gambar ckgu cintun hang dulu tu...dulu tgk sikit punya cun, tgk gambaq skrg, nak tergelak pun ada...kelakor gambar cikgu2 tu..tp Miss Janet tu nampak cun jugak dlm gambar ni..*aku dah lupa langsung dgn minah salleh ni, sib baik hang buh gambar dia*

anyway thanks a lot for reminiscing those sweet moments 30 years ago...terharu aku baca entry hang ni..those were the days while we were young, wild and free...whoooaa mcm bunyik lagu pulak dah...in fact one the sweeter moments in my life mmg masa kat sekolah lah..

al-fatihah kpd geng yg dah pergi awal dari kita...tgk list tu tak sangka ramai jugak tu..moga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama org2 yg beriman..aminnn..

thanks again bro!

ps:panjang sungguh aku bg komen ni..dah mcm blog aku pulak dah..

norzailina said...

Apa yg best waktu tu, dek kekurangan guru2 warga tempatan, untung diorg dapat guru2 Mat & Minah Salleh. Merasalah belajar dlm bahasa Inggeris yg tiada slanga bangsa lain...

Pertemuan semula 2 sahabat lama ini benar2 menjadi gempaq seisi rumah...Tahukah UJ bahawa kami (selama beberapa hari selepas pertemuan kita tu) tidak bercakap tentang hal lain kecuali you berdua? Ia memang memberikan impak yg cukup besar sehinggakan anak2 mulai melihat alam persekolahan dari aspek yg berbeza ~ mereka lebih menghargai perhubungan sesama rakan kini!

Kalau tak silap saya, Janet Billinge adalah Programme Director (IT Applications, Open Office, Web-Enabled Databases) di Birkbeck Univ of London ~ sumber internet (pix looks like her..). http://vili.dcs.bbk.ac.uk/dept/staffperson05.asp?name=janet

kunadzri said...

UNTUK SEMUA YANG MEMBERI KOMEN DI SINI SAYA UCAPKAN BERBANYAK-BANYAK TERIMA KASIH

kunadzri said...

noushy: Nasib baik UncleJ tak saman...kalau tak, nanes uncle Deri..Tapi mana bleh saman..tak macho lah kan? Lagipun Blues gang must be on the same platform, wright? UncleJ sengaja sorokkan pic dia yang ensem tuh....low profile dari dulu smp sekarang.....used to be a very... very dedicated librarian kat skolah dulu, always smile & maintained cool all the times.

kunadzri said...

noushy: mana tak heart-throbbing nyer.. whenever she passed by our class, all heads would automatically be twisted to one side...so kelakar... boys are boys...

kunadzri said...

arsaili: wa'alaikumsalam...UncleJ mmg hensem boy, baik hati, rajin kerja, suka bergurau..( UJ, kau kena belanja aku nih...)Mmg betul..kalau Allah tak nak temukan, jln selisih bahu pun tak perasan....

kunadzri said...

muadzlife: Nostalgia ni mmg sesuatu yang pasti dimiliki & akan dimiliki. Mengimbau kenangan lama sangat2 menyeronokkan. Kalau masa re-union tu, mmg tak ada perkara lain yang diperkatakan... Asyik cerita dolu2 gak yang keluar...pastu sama2 ketawa...

kunadzri said...

toknabe: Mmg benarlah apa yang diucapkan tu... jejaka hensem sepanjang masa...

kunadzri said...

nazurah: nanes yah, nanes... tapi yah x der can nak naik ketapi mcm abah... ko jln kaki jerk sambil berhamboran air mata....huhuhu..syian anak abah..meh cni nak peyuk...

kunadzri said...

UncleJ:
wa'alaikumsalam...
Sebenarnya aku nak jawab kat dlm blog hang, tapi nanti panjang sangat...so aku jawab kat cni saja, bole taruk gmbar skali.
Mana ada toye gambar tu...hensem power tuh....

Eh, tak tau plak yg hang naik train skali ngan kami. Lain gerabak kot..ke aku sibuk tahan air mata smpai kelabu asap semua kat depan mata? Agaknya sedey sgt kut...
Amoy mmg lah slalu balik skali. Kami pakai warren ticket yg sama.

Tengah remaja dulu mmg bnyk perkara2 `bodoh' yg kita lakukan. Ngan cikgu pun bole tangkap `cintun' tuh.... Kalau aku ceritakan bab `bodoh' ni mmg tak cukup page...Kisah2 jambu, kisah silatA vs silatB, kisah ngorat budak kantin, kisah kaki isap rokok, kisah antu awang bongsu, kisah ragging, april fool....mcm2 lagi lah...

Aku pun terperanjat dgn pemergian misran & roslen baru2 ni. Bila ajal tiba, takkan kita dapat menghalang nya. Sedih, tapi itulah ketentuan Ilahi.

kunadzri said...

norza: nak jawab gak ke? meh dok kat cni nak jawab.

BTW, thnx a lot on ur info ttg Janet Billinge tu. Yes, I think that's her.. the eyes, the mouth & the hair...still looks the same.. wah, mmg hebat btul lah dia...

Jamal Abd Rahman said...

Deri

Nak komen keje bodoh kat sekolah dulu:
- jambu: apsal ek jadi gitu? sebab semua lelaki kot...tp alhamdulilah tak de dgr yg terus hidup songsang..
- silat cerk: hang join dulu ka? sampai la ni aku konpius lagi..apsal nak sorok2?
- cintun dgn anak melos kantin: wakaka..paling lawak ni..ada jugak tu..

tapi lifestyle budak sekolah asrama skrg mmg jauh berbeza dgn time kita dulu...dulu dok asrama kira luxury habis, skrg dah terbalik, dok rumah lagi selesa to most of them..

Noushy Syah said...

LAAAAAAAA...Rupanya tu gamba Uncle J masa muda, muahahhaha...I really confused coz it looks like you a lil bit, muahahaha..ampunnnn!Kalau tidak mmg sah Uncle Deri kena saman tehehhehe...

p/s ahakss, lain betul quality photo dizaman tuh..hikss, nak gelak tuat2 lagi ni bole ke? muahhahahha..<---evil laughs, bukan gelak apa just the pics dulu kala nampak funny sikit, tapi Uncle J tetap maintain wooo..

kunadzri said...

UncleJ: muahahaha..gelak besar aku baca komen hang !!!

-jambu : aku pun tak dengar mana-mana jambu yang hidup songsang. aku rasa kalau sapa2 yg biasa `suntut' @ `sel..' mana2 jambu dulu mesti nyesal tahap nak gila punyer...tambahan lagi bila nampak jambu dia dah berjambang... muahahaha !!!

-silat cerk: aku tak join, malahan aku ni musuh ketat. mungkin hang tak tau yang kami (prefects)buat operasi menangkap diorang pada satu malam yg amat menggerunkan. Aku cuma bersenjatakan kayu hoki kiranya mereka menghunuskan keris. Kalangan kami mmg ramai pesilat gayung, tapi aku cuma pesilat `seru' yg dah pencen bila diorang declare silat tu songsang. Diorang balik tgh malam ikut laluan longkang belakang kantin. Kami semua ready kat atas..menyorok nak ambush..wuisyyy...saspen giler bro...nasib baik diorang menyerah, kalau tak...aduh...tak dapat aku bayangkan...mesti jadi sejarah hitam punya. Mlm tu jugak kami bawa diorang jumpa HM. Sampai ke pagi aku tak bole tido.......

Another incident, masa aku jadi food committee. Kami buat operasi menyiasat & menangkap pencuri bahan 2 makanan kat dining hall. Sama jugak la...senjata aku cuma kayu hoki...Ini pun menggerunkan jugak...

cintun ngan minah kantin: haaa..ini lagi best punyer crita. Aku selalu makan free kalau kau nak tau.. muahhaahaa...Masa last day dia kasi aku diary dgn mcm2 madah yg ditulisnya sbg kenangan. Aku pun tak tau berapa banyak lagi member2 lain dapat...kekekeh. Sampai obersi aku dah tak ingat...ayoyo..bodoh punyer kerja...kelakor habis...

Mula la aku merapu ni bro...
itupasal la aku kata tadi, kalau nak criter tak cukup page....

The last paragraph yg hang cakap tu mmg betul. Zaman dah berubah bro...

kunadzri said...

noushy: Laaaa..gamba tu mmg gamba UncleJ (pakai specs) & gamba Uncle Deri (without specs). Memamg tak tahan tengok gamba dulu2...asyik nak ketawa saja...
Pics quality masa tu was'nt that good. lagipun gamba tu scan dari school magazine 1977...lagi la teruk...

Noushy Syah said...

Uncle Deri,

Ohh from scanning..no wonder...:)

Kasawari said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Jamal Abd Rahman said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Kasawari said...

Satu entri yang menarik untuk diimbaukan... pasti UncleJ akan terkenang zaman zaman mudanya dulu.. Tahniah Bro..

kunadzri said...

Kasawari: Memang itulah tujuan saya memaparkan kembali kisah zaman lampau anak-anak muda yang yang jauh dari keluarga, membesar menjadi remaja tanpa ibubapa di sisi mereka. Ukhwah kami yang begiru erat bak adik beradik lagaknya. Banyak kenangan & nostalgia di minda.
Terima kasih bro kerana sudi komen.

 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Intydez