beginilah rupanya kerja-kerja membikin pelan-pelan bangunan di atas screen...
Kalau lama-lama tenung, mata pun naik pinar & berkaler-kaler jadinya....
Sahrulia & Kasawari mesti senyum tengok.....
Sengaja aku nak rakamkan kat sini kerja-kerja yang aku selenggarakan semasa menghibernasikan diri aku dari dunia blogging 3 minggu lepas. Aku bersyukur kerana Allah memberikan kesihatan & kekuatan fizikal & mental pada aku dalam tempuh tersebut. Kalau tidak, takkan mungkin akan dapat aku harungi situasi yang agak memeritkan itu.
Beberapa projek besar & kecil telahpun aku langsaikan di pejabat. Semuanya datang sekali gus. Geng sekerja kat opis pun cuma dua orang saja. Kedua-duanya pula baru setahun jagung bertugas, masih memerlukan tunjuk ajar dari aku. Kelamkabut kami bertiga menyiapkan kerja2 tersebut… tapi kira ok la, semuanya dah beres…!!
Ni la kerja2 yang aku maksudkan tuh..
(1) Sebuah sekolah menengah & sebuah sekolah rendah di satu tempat di Selangor. (
>>>Menyediakan detail construction drawings (dalam autoCAD)
>>>Menyediakan Submission drawings to relevant authorities, eg. JabatanBomba & Majlis Perbandaran >>>Menyiapkan contract drawings untuk di dokumentasikan.
(2) Mixed development kat satu tempat di KL yang merangkumi Hotel, Condo, Office & segala macam mak nenek kat dalamnya…. Mempunyai 3 blok 33 tingkat. (
>>>Projek ini masih dalam peringkat `priliminary stage’.
>>>Jadi, kerja-kerja banyak pada Presentation Drawings & Block Model.
>>>Banyak perbincangan.... pot pet
>>>Selalunya, dari pengalaman2 yang lepas, hanya 20% saja projek2 begini yang berjaya timbul kat muka bumi
>>>yang lain2 tu, tinggal lapuk kat atas kertas saja…
>>>Kalau projek ni menjadi kenyataan, maka akan kayaraya lah bos aku…aku ni macam biasa gak....
>>>Paling kuat pun bos akan bagi bonus lebih sikit dari biasa. Jadi kuli… gitu la…
(3) Dua buah Pusat Rawatan Kesihatan yang tak berapa mahal sangat ( lebih kurang 1 juta )
>>> Client asyik mesyuarat, datang opis bincang ngan aku & ubah layout saja….. bosan gak aku…
(4) Renovation sebuah rumah kawan bos aku yang kosnya alakadar ( tak sampai pun Rm 100 ribu )
>>>Kena sediakan drawings untuk submission to authorities.
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Dah la kat opis sarat… balik rumah pula kena siapkan beberapa projek part-time yang tetiba saja datang menggoda…. Nak tolak rezeki datang menggolek, sayang pulak rasanya… Nak tak nak, terima jer ler….
(1) Sebuah rumah banglo member aku ( Kos anggaran Rm 180 ribu)
>>>Design, working drawings & preparation for submission to authorities
(2) Sebuah surau & sekolah tahfiz ( Kos lebihkurang Rm 250 ribu )
>>>Design, working drawings & preparation for submissin to authorities
(3) Renovation sebuah rumah teres baru dibeli dgn kos Rm 400 ribu. ( Kos renovation Rm 200 ribu )
>>>Design, working drawings & preparation for submission to authorities
Bila dijumlahkan semua kos projek2 kat opis & kat rumah tuh, aku dah langsaikan kerja hampir2 Rm 547 juta dalam masa 3 minggu..… perghhhhh…
Dalam satu hari aku kena mengadap autoCAD selama 8 jam kat opis & tambah lagi 4 hgga 5 jam kat rumah…. Memang patut la aku maafkan diri aku ni sebab tak dapat nak berblogging. Masa tak buat autoCAD aku isikan dengan kerja2 lain, mostly jadi drebar anak2 terutamanya di hujung minggu. Jadi drebar Mem tokey buku tu ada la sekali sekala. Yang banyaknya masa Pesta Buku berlangsung hari tu…..
Asyik design rumah orang jer...
Bilalah agaknya dapat aku design rumah sendiri....????
8 comments:
waduh pak deri..bz banget sihhhh....
bla baca apa hang buat, aku maafkan hang tak pi rumah kwn2..kalau aku terus tutup blog kot dgn keje byk tu...
kalau lah dorang bg hang 10% drp kos tu...jadi milionaire hang kan? hehehe
pening aku tgk drawing autocad hang tu....mcm mana agaknya hang buat benda tu hari2...respek aku bro!
blog berkesan, teruslah menulis.
salam dari arsitek design rumah
Hello. This post is likeable, and your blog is very interesting, congratulations :-). I will add in my blogroll =). If possible gives a last there on my blog, it is about the Estabilizador e Nobreak, I hope you enjoy. The address is http://estabilizador-e-nobreak.blogspot.com. A hug.
>>>uncleJ~~~
sekarang ni dah ok bro... kembali normal buat seketika... esok lusa mungkin berulang kembali....
kalau diorang bagi aku satu persen pun dah cukup bagus bro... boleh la aku pi Stanford Bridge sebulan sekali tengok game....
memang pening ngan autoCAD ni bro... kalau tenung lama-lama, jalan2 pun nampak warna-warni... tapi aku dah sebati ngan kerja tu... cari makan bro....huhu...
wow berpinaQ biji mata noo :p
tp org ckp alah bisa tegal biasa..tak gitu abg e.
lumayan pak..kalo 1% x juta jutaan..
umah sendiri??dah plan nak tambah cawangan ker??
ade 3 lagi kosong tuh :D
cabuttttttttttt !
>>>combi~~~
kalao dengar pasal persen2 ni memang syok... mmg lumayan gilosis... tapi abuk pun tak dak sebetui-betuinya...
hehehe... umah yg sebuah ni pun dah tak larat nak `kemas' & maintain... mana la nak tambah cawangan...
alamak...mcm salah timing je buka entri ni... mcm femilar je..nengok!
kena cepat sign outni...
>>>jie~~~
awatnya jie... tak dan nak ajak minum kopi pun...
Post a Comment