MUAR, JOHOR DT
Tarikh: Sabtu 1 Disember 2007
Masa : 11.29 pg - 11.54 pg.
Tarikh: Sabtu 1 Disember 2007
Masa : 11.29 pg - 11.54 pg.
Ramai orang Muar menamakan masjid ni sebagai Masjid Sultan Ibrahim 2 sebab segala ciri2 yang terdapat di sini merupakan satu replika kpd Masjid Jamek Sultan Ibrahim (MJSI) di seberang sungai, cuma ianya dibina lebih besar, luas, tinggi & agam lagi.
Lokasi: Di kawasan perindustrian Muar, Tanjung Agas, iaitu di tebing utara sungai Muar. Dari Tangkak ke bandar Muar ianya berada di sebelah kanan jalan sebelum merentasi jambatan Sultan Ismail (jambatan pertama). Kedudukannya bertentangan dengan Masjid Jamek Sultan Ibrahim di seberang sungai.
Pandangan di sana sini
Siap dibina: Dalam dok kalut nak pi JB, terlupa nak tengok papan perasmian. Bila rujuk kat internet, ada yang kata siap dlm tahun 1999 & ada yang cakap 2002. Deri akan check sendiri nanti.Kapasiti: Masjid ini katanya dapat memuatkan lebihkurang 5000 jemaah didalam satu masa.
Senibina :
**Replika kepada masjid Jamek Sultan Ibrahim (MJSI), bercirikan senibina Inggeris.
**Menara azannya lebih besar & setingkat lebih tinggi drpd MJSI.
**Rekabentuk dalamannya juga menerapkan nilai2 senibina dalaman MJSI. Perbezaan hanyalah dari segi bahan binaan, saiz & kehalusan seni pembuatannya.
**Siling di sini adalah siling plaster gypsum yang bercorak sedangkan siling di MJSI masih menggunakan siling fibreboard 4x4 ber`beading' kayu yang dicat.
**Lantai masjid ini disudahi dengan jubin manakala MJSI pula berlantaikan marmar putih bercorak. Ruang solat utama untuk kedua-dua masjid disudahi dengan permaidani.
**Bentuk/corak pintu2 masuk di sekeliling ruang solat utama adalah serupa dengan MJSI.
**Tiang2 Roman yang berjejeran di dalam ruang solat utama juga adalah versi yg sama, cuma di sini ianya berfungsi sebagai struktur penyokong tingkat mezanin & juga bumbung sedangkan di MJSI ianya sebagai penongkah bumbung sahaja.
**Bentuk dan saiz mimbar seakan-akan sama, tetapi tidak seiras. Kedudukan tangganya adalah serupa. Yang ketara berbeza adalah bahan buatannya serta seni ukirannya yang mana di sini ianya diperbuat drpd. kayu berukir halus sedangkan di MJSI ia dibuat dari logam yang diukir juga.
**Dinding belakang mimbar serupa dengan MJSI, cuma berlainan warna catnya.
**Ruang wuduk berbentuk bulat di kedua-dua masjid. Namun di sini ianya berbumbung kubah sedangkan diMJSI ruang wuduknya dibiarkan lopong utk menadah air hujan.
**Kedua-dua masjid dicat dengan warna yang serupa dibahagian luar bangunan, iaitu putih & biru. Di bahagian dalam warna catnya berbeza.
mimbar
Ruang solat
tambahan
tambahan
2 comments:
yaALLAH cantiknyerr !! ni sape punyer sentuhan deri??mmg dlm air ekk..kt sabah masjid bandaraya dibina ats air bekas tapak rumah setinggan..
tp skrg maintenance kurang dah x bape menarik cm dulu lagi..warna dia seakan masjid ni gak...
pic ni u yg ambik ker??mmg klass gituuuu
combi: semmgnya masjid ni cantik. skali tgk mcm istana, bknnya masjid. tapi masjid ni bukanlah masjid terapung,cuma dekat sungai saja..
tq...tq...tq...mmg pic ni deri yg ambik. mana brani ambik copyright org, nnti depa saman juta2.
Post a Comment