Wednesday, March 05, 2008

MASJID SELAT, MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH

BANDAR MELAKA
Tarikh: Ahad, 16 Disember 2007
Masa : 2.18 ptg - 3.19 ptg

Pandangan dari jalan masuk
Pandangan hadapan
Catatan sejarah menunjukkan bahawa masjid-masjid di negeri Melaka telah mula dibina sejak kurun ke14 lagi iaitu sebelum kedatangan Parameswara. Masjid-masjid ini dibina oleh masyarakat Islam yang wujud di sepanjang pantai Melaka. Deri berkesempatan mengambil gambar-gambar menarik beberapa buah masjid lama yang bersejarah semasa melawat Melaka 3 bulan yang lalu.

Untuk entry kali ini Deri belum bersedia memuatkan info & gambar-gambar masjid lama negeri Melaka yang bersejarah ini. Deri ingin berkongsi tentang keindahan sebuah masjid terapung yang moden, dibina oleh kerajaan negeri di Pulau Melaka, iaitu sebuah pulau buatan manusia, satu kawasan tanah tambak yang mengunjur ke laut selat Melaka, di Melaka Tengah. Masjid ini di namakan Masjid Selat ( The Strait Mosque ).

Tidak banyak info yang Deri dapat tentang masjid moden yang unik ini. Jadi buat masa ini memadailah Deri muatkan nota dari pandangan Deri sendiri serta muatkan di sini foto-foto menarik yang Deri captured semasa lawatan kesana.
Pandangan sudut hadapan/kanan
Pandangan sisi kanan
Pandangan jarak dekat sisi kanan
Pandangan sisi kiri
Sedikit sebanyak nota dari sudut senibina :
**Rekabentuk masjid ini berkonsepkan senibina masjid lama negeri Melaka. Paling ketara sekali di mana kedudukan menara azannya jauh terpisah dari bangunan utama masjid. Menara ini terletak di sebelah kanan laluan ke pintu masuk utama.
**Rekabentuknya kelihatan agak simple, tidak berserabut dan amat menarik sekali. Bangunan utamanya yang memuatkan ruang solat & dek/serambi tinjau diperindahkan dengan sebuah kubah besar, satu-satunya kubah yang terdapat di masjid ini. Kubah yang berwarna keemasan & dibaluti dengan warna biru bercorak ini diapit oleh 4 buah menara kecil di setiap sudut.
**Arch besar yang memaparkan cermin bercorak & berwarna-warni menghiasi ruang tengah setiap fasad. Ada sesetengah bahagian diselangseli dengan lattice besi keluli/aluminium bermotifkan corak islam yang menarik.
**Menara azan/utama menirus kepuncak pada ketinggian 2 kali ganda bangunan utama. manakala menara-menara kecil pula disudahi dengan bumbung genting merah yang mempunyai bentuk bumbung masjid lama.
**Keempat-empat fasad utama masjid memaparkan ciri-ciri yang sama, namun tidak serupa jika diamati secara terperinci.
**Bangunan khas yang menempatkan tandas serta tempat wuduk lelaki & wanita dibina berasingan di kiri & kanan laluan masuk ke ruang solat utama & dihubungkan dengan laluan pejalan kaki bertutup.
**Seperti kebanyakkan masjid-masjid di Malaysia, tempat letak kasut kerangka besi `tangkap muat' disediakan di laluan pejalan kaki tersebut, sesuatu yang Deri rasa tidak harus berlaku dalam senibina sebuah masjid yang gah & menelan belanja yang besar.
**Masjid ini dibina bertongkahkan cerucuk konkrit tetulang & mengunjur ke laut. Ia akan kelihatan seperti terapung di permukaan air laut Selat Melaka apabila air pasang. Namun Deri tidak berpeluang untuk berada dalam situasi begini. Deri akan datang lagi ke sini jika diizinkan Allah untuk menikmati waktu matahari terbenam & air pasang.



















**Rekabentuk dalamannya juga simple tetapi berkesan & praktikal. Kubah utamanya disokong oleh 4 buah tiang konkrit berbentuk silinder bertapak empat segi sama. Sebuah chandelier yang sederhana besar tergantung di bahagian tengah kubah yang dicorak dengan warna biru tua.
**Selain dari ruang solat utama di aras bawah, ruang solat tambahan disediakan di aras mezanin untuk menampung lebihan jemaah. Namun saya berpendapat bahawa aras ini belum lagi digunakan memandangkan masjid ini agak terpencil dari kesibukan masyarakat bandar.
**MImbar masjid diperbuat dari kayu yang diukir sederhana kehalusan seninya dan bentuknya seakan-akan menara yang berbumbung & berkubah bawang biru.
**Suasana tenang & nyaman terasa sekali semasa berada di dalam ruang solat utama terutamanya ketika angin laut bertiup sepoi2 bahasa merentasi ruang tersebut.
**Dek/serambi tinjau disediakan di sekeliling bangunan utama masjid sebagai tempat berehat sambil menikmati pemandangan indah Selat Melaka.
Ruang solat utama
Rekabentuk dalaman




























Terfikir sejenak di fikiran Deri. Apakah rasanya menunaikan solat sunat tahajjud dipenghujung malam diruang solat masjid terapung ini? Mungkinkah kekhusyukkannya bertambah...ataupun bila terapung-apung begini, lagilah hanyut fikiran kita entah kemana bersama-sama deruan ombak & air laut Selat Melaka....


8 comments:

Jie said...

cantiknya... mcm Opera House !

^aNgRiAni^ said...

bravo...bravo...memang tantekkk...pandai abg cari angle yer...lovely sgt...

kunadzri said...

~~~jie>>>
memang cantik jie... tapi mcm biasa la... untuk pameran jer... jemaah tak ada pun...

~~~angriani>>>
cantik yani... tapi ada satu angle abg e tak dapat nak ambil sebab sampan tak der.... nak berenang pun tak boleh... ekehkeh...

echah_syed said...

canteknyer!! ini laa idea anak melayu kan abg e..sape sangka?? betol dak....

atau arkitek dia org luar.. :(

masjid yg cantek cam gini kalo tak dijaga abis hancuss kan..air takde,paip rosak sbb ramai yg sakit mental ~ vandalisma.

mmg terer laa abg e..pro 0o0o0o0

Kasawari said...

Bro.. baru dapat komen dan baca entri ni secara teliti he he. dok sibuk kempen sana sini..

Wah ni kira masjid macam masjid terapung eh..

lawa kan senibina nya.. cuma sekrang ni trend masjid atas air kan.. macam dah tak cukup tanah pulak.. dari segi pengudaraan memang lah sejuk kan.. tapi kalau air laut.. mesti melekit kan..

saya ni dan Aiman tengah tunggu masjid besi Putrajaya tu siap.. kita orang tertarik dengan senibinanya.. nanti dah siap boleh bro menembak kat sana eh.. he he

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
kunadzri said...

memang cantik masjid ni combi... unik design dia. kalo balik semenanjung nanti, singgah la kat sana... abg e rasa arkiteknya orang tempatan juga sebab bukannya murah nak upah orang luar. Lagipun arkitek2 tempatan sekarang ni hebat2 belaka.

bab vandalisma ni memang sebati betul dengan orang2 kita. Kalau pergi mana2 masjid pun, mesti tandas dia yang jadi sasaran... abg e pun kurang faham pasai apa jadi gitu...

kunadzri said...

~~~kasawari>>>
saya rasa ini salah satu dari masjid terapung kat malaysia kut selain dari kat KTrengganu & Penang...

Memang betul kata bro.. berlumba-lumba diorang buat masjid atas air... tapi orang tak pegi jemaah pun... Sedih sikit lorr... Kat darat pun sama gak...

 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Intydez