Monday, March 24, 2008

WARGA Msjbox ZIARAH SAUDARA KS - PREVIEW PHOTOS

Tarikh : Ahad 23 Mac 2008
Lokasi : Bandar Rinching, Semenyih, Selangor DE.

Alhamdulillah, dengan izin dari Allah swt. sebahagian dari warga
Msjbox termasuklah bos besarnya, Junaidix & PAnya, Shai telah dapat menghazirkan diri di Bandar Rinching untuk menziarahi rakan blogger, saudara KS. Foto-fotonya telah saya masukkan ke SINI untuk sesiapa sahaja yang ingin melihat & menciloknya.

KEK MSJBOX
KETIBAAN BOSS BESAR MSJBOX
SAUDARA KS & ISTERI


BUAH TANGAN DARI JUNAIDIX UNTUK KS
OLE-OLE DARI SHAI UNTUK KS




PEMBANTU JURUFOTO DERI

Saturday, March 22, 2008

HAPPY BELATED BIRTHDAY !!!

Minggu lepas sememangnya minggu yang amat sibuk sekali saya rasakan, tapi bukanlah minggu yang paling sibuk yang pernah saya lalui. Dalam `line' kerja saya, jadual padat adalah perkara biasa yang tak boleh tidak, harus saya lalui dengan tenang. Saya pernah tidak pulang kerumah selama dua minggu semata-mata untuk membereskan kerja. Makan minum, mandi manda & tidur2 ayam, semuanya di pejabat.

Saya langsung tidak berkesempatan untuk melayari internet & merayau-rayau kerumah rakan taulan & jiran tetangga. Disebabkan itulah maka saya tidak menyedari akan sambutan hari lahir mereka2 ini ;
1) Mummy Sofie : orang pertama yang saya kenali di alam fotopages
2) Dak Anis : yang cuma saya kenali sebagai satu karaktor di alam blogging.

"Happy Belated Birthday to both of you". Moga-moga Allah panjangkan umur, murahkan rezeki & tingkatkan iman anda berdua.



TERIMA KASIH SHAYZ

Sememangnya saya terlepas pandang pada award yang diberikan oleh Shay ini kepada semua bloggers yang selalu singgah ke blognya. Jadi... maaf ler Shay, ni baru uncle ada masa nak display kat sini... Ada masa nanti uncle nak display pulak kat dalam kabinet baru. Bukan PM saja yang ada kabinet baru.... uncle pun ada gak... hehehe...
Untuk perhatian semua, kabinet saya ni statik... yer lah... KAYUlah katakan...yang dibentuk, diraut & dicantikkan mengikut citarasa saya sendiri, sedangkan kabinet PM tu semuanya boleh bersuara & berfikir..... walaupun ianya juga dibentuk & diolah oleh PM sendiri... Kalau diorang semua tu tak bersuara, tak berfikir & tak bertindak secara rational, hanya menjadi pak angguk & pak sanggup, maka samalah juga tarafnya dengan kabinet KAYU saya tu.....

Eh, melalut pulak saya... salah majlis rupanya....


Tuesday, March 11, 2008

YANG BERHORMAT

Sejak bergelar Wakil Rakyat ni, hidup aku tak macam dulu lagi.... ya ler.. title pun dah bertukar.. dulu orang pakat hoi hoi saja panggil aku, sekarang ni tetiba jek dengan penuh kesopanan dan kesusilaan orang yang sama tu panggil aku YB... Yang paling kelakar sekali, ada pulak yang panggil aku Dato...!!! Aku sendiri pun tak tau sapa yang kurniakan pangkat tu... Nak kata dah menimang cucu pun belum lagi...

Memang betul laa apa orang kata... kaki bodek ni memang tak kira tempat dan masa... memang la muka tebal macam getah skrap. Dulu masa aku dok terpekik terlolong kat atas pentas kayu buatan segera depan warung bihun sup Mak Temah kening terangkat tu, cuba menerangkan tentang perjuangan suci aku & rakan-rakan se parti, diorang la juga yang mengeji & memaki hamun aku. Ada juga yang sanggup melontar batu-batu kelikir tepat kearah aku, kurang asam betul.!! Bila sebiji dua kena kat dahi ni, mula la diorang menari tergedik-gedik... macam beruk mak yei, kata adik aku...


Masa tu tak ada satu makhluk pun yang menyangka aku ni akan bergelar YB selepas PRU nanti, termasuklah aku sendiri. Setiap 4 atau 5 tahun sekali aku akan memperjuangkan perkara yang serupa, mempersembahkan manifesto yang mantap tetapi dipropagandakan sebagai mustahil oleh pihak-pihak tertentu. Media massa membedil aku dengan peluru-peluru berpandu tanpa belas kasihan. Hari-hari diorang belasah aku macam orang bersalah. Apa la salah aku.... Aku cuma menjalankan tanggungjawab sebagai seorang rakyat yang merdeka, yang diberi kebebasan & hak untuk menyampaikan pendapat di dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi.


Melalut pulak aku nih... itu cerita semalam... Hari ni langit sudah cerah di atas kepala aku. Walaupun bedilan peluru-peluru dari media massa tu masih lagi kedengaran, tapi bunyinya agak janggal, bagaikan peluru kosong dari produk plastik murah. Tak kisah la tu... memang adat manusia yang belum pernah gagal... sekali gagal dia kan jadi murung, bengong & biul sejenak. Yang jadi mereng pun ada gak...


Hari ini aku turun padang buat pertama kalinya untuk menunaikan tanggungjawab sebagai wakil rakyat. Bukan satu perkara yang senang rupanya... Calang-calang orang takkan sanggup berada di kerusi yang sedang aku duduk ni. Dalam situasi apa pun, aku mesti cool & berlagak macho...

Sememangnya aku diperhatikan ramai....

Senyumlah selalu wahai YB.... bisik hati ku.

Mengukur paras bahaya sebelum bantuan tiba

Sempat bergambar bersama-sama penduduk kampung yang masih mampu tersenyum. Yer la, bukan senang nak bergambar ngan YB...

Mangsa banjir yang masih berdegil untuk berpindah walaupun air sudah mencecah ke paras bahaya. Siap bagi senyuman lagi tuh...Jam menunjukkan pukul 3.40 pagi.

Beginilah keadaan rumah mangsa (yg di background nun...)yang ditenggelami air sedalam 1.8 meter selama 3 hari. Segala jenis perabot, barangan letrik, pakaian dll musnah sama sekali. Kerugian ditaksirkan sebanyak RM10,000. Kesian kan...

Masih aku ingat lagi semasa banjir yang sama berlaku dalam tahun 2002 dulu, semasa kawasan ini berada di bawah jagaan YB parti DEPA... mangsa sama yang kerugian sebanyak RM10,000 juga, hanya diberi gantirugi sebanyak RM200. Hebat.... nak upah lori angkut barang untuk dibuang pun tak cukup.... sedangkan mangsa2 banjir di kawasan ini majoritinya adalah ahli-ahli parti DEPA gak... Patut la sekarang ni mereka semua beralih arah untuk mengundi aku sebagai YB baru kat sini... Terima kasih di ucapkan kerana memberi kepercayaan kepada aku untuk menjalankan tugas dan menunaikan segala kata-kata aku sebelum pilihanraya lalu. Berikan sedikit masa kepada aku. Sekiranya aku gagal, hukumlah aku diPRU akan datang.

Salam semua.... heh..heh...heh... (gaya gelak ala YB...)


TERIMA KASIH DAUN KELADI

Kerana terlalu sibuk dengan kerja-kerja di kantor, disusuli pula dengan demam pilihanraya umum ke12 yang sudahpun berlalu, Deri terpaksa menangguhkan n3 yang satu nih...
Tanpa lanjut bicara, Deri nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada rakan-rakan blogesfera yang sudi mengurniakan awards dalam pelbagai bentuk kepada Deri. Semuanya amat Deri hargai & akan di pamerkan di gerobok hadiah nanti. Tempahan sudah pun dibuat.


dari CHEF NORZ
Terima kasih buat Norz di atas pengiktirafan ini.
Walaupun rumah dekat jer, Deri kena jugak naik basikal pergi angkut hadiah...
xper2... hadiah punya pasal....


dari UMI-E
Terima kasih Sis e.
Berkawan biar beribu....haruskah dinilai satu persatu...?


dari ECHAH SYED
Terima kasih Combi.
Buku nota ku jadikan diari, buat menilai diri setiap hari.


dari ANGRIANI
Terima kasih Yani...
Kawan, rakan & taulan...Penyeri hidup kala kesepian.

 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Intydez