Tuesday, March 11, 2008

YANG BERHORMAT

Sejak bergelar Wakil Rakyat ni, hidup aku tak macam dulu lagi.... ya ler.. title pun dah bertukar.. dulu orang pakat hoi hoi saja panggil aku, sekarang ni tetiba jek dengan penuh kesopanan dan kesusilaan orang yang sama tu panggil aku YB... Yang paling kelakar sekali, ada pulak yang panggil aku Dato...!!! Aku sendiri pun tak tau sapa yang kurniakan pangkat tu... Nak kata dah menimang cucu pun belum lagi...

Memang betul laa apa orang kata... kaki bodek ni memang tak kira tempat dan masa... memang la muka tebal macam getah skrap. Dulu masa aku dok terpekik terlolong kat atas pentas kayu buatan segera depan warung bihun sup Mak Temah kening terangkat tu, cuba menerangkan tentang perjuangan suci aku & rakan-rakan se parti, diorang la juga yang mengeji & memaki hamun aku. Ada juga yang sanggup melontar batu-batu kelikir tepat kearah aku, kurang asam betul.!! Bila sebiji dua kena kat dahi ni, mula la diorang menari tergedik-gedik... macam beruk mak yei, kata adik aku...


Masa tu tak ada satu makhluk pun yang menyangka aku ni akan bergelar YB selepas PRU nanti, termasuklah aku sendiri. Setiap 4 atau 5 tahun sekali aku akan memperjuangkan perkara yang serupa, mempersembahkan manifesto yang mantap tetapi dipropagandakan sebagai mustahil oleh pihak-pihak tertentu. Media massa membedil aku dengan peluru-peluru berpandu tanpa belas kasihan. Hari-hari diorang belasah aku macam orang bersalah. Apa la salah aku.... Aku cuma menjalankan tanggungjawab sebagai seorang rakyat yang merdeka, yang diberi kebebasan & hak untuk menyampaikan pendapat di dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi.


Melalut pulak aku nih... itu cerita semalam... Hari ni langit sudah cerah di atas kepala aku. Walaupun bedilan peluru-peluru dari media massa tu masih lagi kedengaran, tapi bunyinya agak janggal, bagaikan peluru kosong dari produk plastik murah. Tak kisah la tu... memang adat manusia yang belum pernah gagal... sekali gagal dia kan jadi murung, bengong & biul sejenak. Yang jadi mereng pun ada gak...


Hari ini aku turun padang buat pertama kalinya untuk menunaikan tanggungjawab sebagai wakil rakyat. Bukan satu perkara yang senang rupanya... Calang-calang orang takkan sanggup berada di kerusi yang sedang aku duduk ni. Dalam situasi apa pun, aku mesti cool & berlagak macho...

Sememangnya aku diperhatikan ramai....

Senyumlah selalu wahai YB.... bisik hati ku.

Mengukur paras bahaya sebelum bantuan tiba

Sempat bergambar bersama-sama penduduk kampung yang masih mampu tersenyum. Yer la, bukan senang nak bergambar ngan YB...

Mangsa banjir yang masih berdegil untuk berpindah walaupun air sudah mencecah ke paras bahaya. Siap bagi senyuman lagi tuh...Jam menunjukkan pukul 3.40 pagi.

Beginilah keadaan rumah mangsa (yg di background nun...)yang ditenggelami air sedalam 1.8 meter selama 3 hari. Segala jenis perabot, barangan letrik, pakaian dll musnah sama sekali. Kerugian ditaksirkan sebanyak RM10,000. Kesian kan...

Masih aku ingat lagi semasa banjir yang sama berlaku dalam tahun 2002 dulu, semasa kawasan ini berada di bawah jagaan YB parti DEPA... mangsa sama yang kerugian sebanyak RM10,000 juga, hanya diberi gantirugi sebanyak RM200. Hebat.... nak upah lori angkut barang untuk dibuang pun tak cukup.... sedangkan mangsa2 banjir di kawasan ini majoritinya adalah ahli-ahli parti DEPA gak... Patut la sekarang ni mereka semua beralih arah untuk mengundi aku sebagai YB baru kat sini... Terima kasih di ucapkan kerana memberi kepercayaan kepada aku untuk menjalankan tugas dan menunaikan segala kata-kata aku sebelum pilihanraya lalu. Berikan sedikit masa kepada aku. Sekiranya aku gagal, hukumlah aku diPRU akan datang.

Salam semua.... heh..heh...heh... (gaya gelak ala YB...)


8 comments:

Jun said...

'smile'...x leh gelak mcm bese ni abg deri, tgh blaja senyum2 ala istri YB..mana tau kan? wahahaha...rasanya, x leh ar...
mak oiii...dok main air...smpai takat pinggang tu x mo pindah lagik? tu la namanya, rumahku syurgaku..apa2 pon tetap setia kat situ...
eh, abg deri bila plak jd YB ni? tunggu next elecyion, jun undi abg ekk...heeee

Qaseh Bidadari said...

salam yb...ape program terbaru YB?

:)

what everr said...

ohhhh YB...
hahahahaaa...
nnt daa dpt projek beso² jgn luper org bawahan erkk..
ahahaha

SisHoney said...

SALAM YB,(tapi lebih sedap uncle deri.....)

YB=YANG BAIK,YANG BERIMAN,YANG BERUSAHA,YANG BERKHIDMAT,YANG BERLAGAK,

agak yg mana satu jadi pilihan uncle...dari gambo yg sis nampak nie YANG BERKHIDMAT nampaknya..so TAHNIAH *smile

Jamal Abd Rahman said...

hmmm...dah entry perasan pulok.....wakakaa

tapi bagus hang tulis ni,...tak sangka mmg hang ada tokoh jadi YB Santan...hehehe

kalau lah betoi, alangkah seronoknya kan??? sapa sangka isteri novelis tersohor skrg dah jadi ADUN Selangor..

cayalah YB!!

Jie said...

Salam YB < sambil hulur borang nk mintak bantuan lembu nak beranak sulung....kehkehkeh


moga satu hari....kami boleh panggil YB Deri...

echah_syed said...

YB..jom minum ! combi order YB bayo :p

combi jadi PA datin ekk..nnt nak anto resume :D

nAz said...

yahahaha... banjir yg telah menenggelamkan seluruh rumah.. yaishhh takut plak bile tingat dulu...

 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Intydez