Thursday, December 04, 2008

DISEMBER YANG LESU

1980's plastic H2O container
Minggu ini memang sengaja saya khaskan untuk meng'cocacola'kan blog ini. Di sebabkan terlalu lama melalui proses hibernasi, kira-kira 3 bulan, segala perancangan untuk membuat n3 berkaitan dengan hobi saya ini menemui jalan buntu.

Bulan Disember selalunya saya anggap sebagai bulan lesu dalam dunia pembinaan. Hanya project on site saja yang berjalan lancar. Projek-projek yang masih dalam perancangan awal akan melalui proses pembekuan buat sementara waktu sehinggalah akaun syarikat diselaraskan. Kebanyakan pemaju-pemaju besar maupun yang kecil serta klien individu mengambil langkah berjaga-jaga dalam menanti kemunculan tahun baru. Putaran ekonomi yang tidak menentu mungkin menjadi penyebab utama pada kelesuan ini.

Bagi pekerja biasa yang bergantung pada gaji bulanan sebagai punca pendapatan, seperti saya ini, kelesuan ini dianggap enteng, malah tidak bermakna langsung, terutamanya pada generasi muda yang kurang peka dengan apa yang berlaku di sekeliling mereka. Tapi bagi seorang pemilik syarikat, ianya adalah satu impak yang boleh menggoyahkan kestabilan ekonomi syarikat.


Pekerja seperti saya akan menggunakan peluang masa lapang ini dengan melakukan aktiviti-aktiviti `layan-rasa-hati' seperti melayari internet, berbual kosong, berbalas-balas sms, blogging, fotopaging dan macam-macam lagi, terutamanya ketika bos tiada. Malahan, ada yang melangkah lebih jauh lagi seperti keluar ke panggung wayang, ke cyber cafe, pusat membeli belah, pusat snooker, pusat hiburan dan entah apa-apa pusat lagi yang bertaburan di luar pejabat.


Bukannya senang untuk menjadi pekerja yang berhemah dan berdedikasi pada syarikat. Bertahun-tahun lamanya sesetengah pekerja itu mencuba untuk menjadi pekerja contoh, yang penuh dedikasi & prihatin pada syarikat. Tapi keprihatinan mereka itu tidak menjangkau sejauh mana. Sebabnya bos-bos mereka tidak melakukan perkara yang sama sebagai satu tindakbalas yang diharapkan. Akhirnya mereka mengalah pada keadaan. Bagi yang terlalu kecewa, tindakan drastik meninggalkan syarikat adalah keputusan biasa yang diambil, kadangkala tanpa membahaskan pro dan kontranya.


Saya juga tidak terkecuali dari masalah ini. Adakalanya saya hanya berserah pada yang Maha Kuasa. Rezeki itu ditentukan olehNya. Kita hanya berhak untuk berusaha dan berdoa. Kesabaran adalah tonggak pada liku-liku kehidupan yang sedang kita semua lalui.


Happy blogging!!

My latest coca-cola collection (September - November 2008)

Paper cups













Glass ashtray
bottle cap openner & alas gelas
angpow from Taiwan & Hong Kong
children note books & McD mouse pad

No comments:

 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Intydez