Sunday, December 07, 2008

TANAH RUNTUH LAGI

Sabtu, 6 Disember 2008.

Dalam perjalanan pulang dari makan kenduri di rumah Lilihaslina Nasir di Bandar Rinching, Semenyih, office mate saya si Hafiz mengirim SMS bertanyakan tentang tanah runtuh di Bukit Antarabangsa. Dekat ke dengan rumah bos, tanya si Hafiz. Saya yang tak tahu apa-apa cerita tentang kejadian tersebut tidak memberikan respond yang positive.

Tapi, semasa melalui Middle ring road II menghampiri Hospital Ampang Puteri, kenderaan sudah mulai sesak. Di hadapan saya ada beberapa kenderaan Rescue 999 sedang cuba meloloskan diri di celah-celah kesesakan yang agak padat itu. Di seberang jalan pula beberapa kenderaan Jabatan Bomba & lori-lori mengangkut tanah kerap kelihatan melintasi kami. Dalam hati, saya dapat agak yang kejadian tanah runtuh ni pasti teruk.

Di sebabkan teringin sangat nak visit Jaya Jusco AU yang baru dibuka semalam tu, saya pun melencong ke sana sebelum pulang ke rumah. Hujan begitu lebat sekali. Tapi, peduli apa... Sampai saja kat JJ, mak datuk... nak masuk parking pun kena queue bagai nak gila. Lepas perbincangan tergempar dengan anak beranak, kami tukar haluan. Balik rumah lagi bagus!!

Sampai di rumah terus saya buka TV yang sedang membuat liputan secara langsung dari kawasan tragedi Bukit Antarabangsa. Wahh... dahsyatnya.... Saya teringat nak call bos. Panggilan saya tak berjawab. Dalam hati risau juga... At last bos sendiri yang call saya dan bagitau yang kawasan perumahan dia selamat. Dia juga bagitau yang Allahyarham Shaiful tu adalan anak Dato' Shah client kami. Barulah saya perasan... Semasa saya menonton temubual dengan Dato' Shah tu, saya tak perasan langsung. Begitulah bila ajal tiba...

Dah berapa kali tragedi tanah runtuh di kawasan ini berlaku, saya sendiri kurang pasti. Entah berapa sudah nyawa melayang akibat dari bencana kecuaian manusia di sini, saya juga tak pasti. Masih saya ingat lagi peristiwa dimana salah sebuah dari tiga blok Highland Towers di sekitar kawasan tersebut tumbang menyembah bumi pada tahun 1993. Semasa mendengar berita, saya dan rakan-rakan di pejabat terlopong, macam tak percaya pula. Tumbang?? Bila balik tengok TV, barulah kami percaya & tergamam... Dahsyat sekali.

Kemudiannya, beberapa kejadian berlaku lagi di kawasan berdekatan. Ramai yang tidak lupa akan tragedi ranapnya banglo Tan Sri Ismail Omar, Pengerusi Affin Bank pada tahun 2002 di Taman Hillview & peristiwa malang 2006 yang mengorbankan sebuah keluarga dan memusnahkan beberapa buah rumah di Kampung Pasir. Semua tragedi itu masih segar di ingatan saya.

Satu perkara yang paling segar sekali di ingatan saya ialah tentang ungkapan dari pihak-pihak atasan pada tiap-tiap kali berlakunya kejadian-kejadian sebegitu rupa. Semua sedia maklum akan `ungkapan' tersebut.

"We must put a stop to all these high risk terrain projects."

"Kita perlu mengkaji terlebih dahulu sebelum meluluskan projek-projek berisiko tinggi di lereng-lereng bukit & ditanah-tanah yang bercerun."

"Kerajaan negeri dan Majlis-majlis Perbandaran & Majlis-majlis Daerah perlu mengambil iktibar dari apa yang berlaku dan jangan sekali-kali memberi laluan mudah pada pemaju-pemaju projek yang senantiasa memikirkan tentang keuntungan tanpa memikirkan tentang keselamatan orang ramai."

Kini, saya mendengar lagi akan ungkapan yang serupa, tapi dari mulut-mulut yang berlainan. Setiap ungkapan akan dipanjanglebarkan, dibahaskan & dirumuskan di dada-dada akhbar untuk beberapa ketika dan akhirnya akan dilupakan secara perlahan-lahan. Paling lama pun, enam bulan. Selepas itu semua pihak akan bersikap seperti sediakala. Pemaju-pemaju, terutamanya yang sudah memasang cable yang kukuh, akan datang mengadap sambil membentangkan segala macam ciri-ciri keselamatan yang berteknologi tinggi yang akan di ambil dalam melaksanakan proses pembangunan yang dicadangkan. Segala teknik & taktik akan diambil dalam proses melobi. Selalunya mereka berjaya. Kerana apa?

Senang saja jawapannya. Projek berisiko tinggi selalunya adalah projek mewah dan akan menelan belanja yang begitu tinggi. Ramai hartawan & jutawan yang akan melabur dalam projek-projek sebegini, samada dari dalam maupun dari luar negara. Ini akan menjana ekonomi negara. Seperti yang kita tahu, orang-orang kaya lebih suka menetap di kawasan-kawasan tinggi. Kalau banglo, lot-lot atas bukit & lereng bukit menjadi tumpuan. Lagi tinggi, lagi mahal kos untuk sekaki persegi tanahnya sebab pemandangannya lebih menarik. Begitu juga dengan bangunan bertingkat seperti apartmen mewah ataupun kondominium. Tingkat paling tinggi sekali akan dibina penthouse (atau pun emper) dan akan dijual dengan harga yang teramat mahal, namun berebut-rebut jutawan kita membelinya. Di sekeliling Lembah Kelang ini, di mana lagi terdapat kawasan landai yang boleh dimajukan sebagai kawasan perumahan? Yang tinggal cuma kawasan bukit yang bercerun dan berisiko, samada rendah ataupun tinggi bergantung pada penilaian pihak-pihak berkuasa.

Paling mengarut sekali, setiapkali berlakunya tragedi seperti ini, saya lihat setengah-setengah parti politik akan memasukkan jarum mereka secara halus dan tidak disedari umum. Mereka akan datang menunjukkan simpati dan menghulurkan bantuan, tapi nama partinya perlu disebutkan di semua media massa. Dalam tragedi kali ini, begitu minima sekali liputan serta temubual yang dibuat dengan saudara Azmin Ali, ahli parlimen kawasan tersebut. Teringat pula saya akan satu babak dalam cerita P.Ramlee, Madu Tiga... Lebih kurang begini bunyinya...
"En. Jamil tu baikkan ayah..." kata Sarimah.
"Baiiikkk....Baik ada makna tu..." balas bapanya secara berbisik.

Sudah 15 tahun berlalu sejak dari tragedi ngeri Highland Towers, tapi ungkapan pertama dulu hanya tinggal sebagai ungkapan politik saja. Projek-projek berisiko tinggi bukannya berkurangan, malah tumbuh bagaikan cendawan. Kalau di Kuala Lumpur ni, selain dari kawasan tragedi, lihat saja kawasan-kawasan elit di sekitar Bangsar & Damansara dan juga kawasan-kawasan sub-urban seperti Ampang, Ceras, PJ, Subang Jaya, Petaling Jaya. Malahan di tempat saya pun, di Gombak yang pada sekitar tahun 80an dulu dikatakan `tempat jin bertendang', rumah-rumah mewah di pinggiran bukit bercerun dibina tanpa henti. Jika kita teliti, pemaju atau pemilik persaorangan projek-projek tersebut sanggup mengeluarkan kos yang amat tinggi untuk membina retaining wall yang kadangkalanya hampir 12-15 meter tingginya.

Okay lah, tak payah cerita panjang.... sekadar meluahkan rasa mual saya terhadap ungkapan-ungkapan yang selalu saya dengar di kaca TV maupun di dada-dada akhbar. Kalau ada blogger yang mual apabila mendengar isu ketuanan melayu dibahaskan baru-baru ini, saya pula merasa mual bilamana ungkapan sama diluahkan dalam isu keselamatan pembinaan projek-projek berisiko tinggi.

Antara wang & keselamatan, yang mana satu agaknya menjadi pilihan manusia?
Tepuk dada tanya selera.

5 comments:

kuIna said...
This comment has been removed by the author.
kuIna said...

prkara biasa di malaysia, bila tragedi masing2 nk tonjol diri kononnya simpati, tuding jari sana sini, org tu silap org nie salah, pastu senyap sunyi, sepi sehingga tragedi berulang kembali...

Eita said...

erm tu la kan tanah runtuh bagun2 pagi terpanjat tgk berita ada tanah runtuh.. tak putus bunyi bomba gan polis..

tak tahu nk salahkan sapa.. nk ckp pun sudah..

kunadzri said...

>>kuina>>
tepat sekali kuina... kata tak boleh bina rumah kat cerun, tapi lot2 banglo tepi rumah teres kami tu, yang cerun kategori maut gilos, pun depa nak bina juga... tak larat komplen dah... buat petition pun tak dak response...

reason depa: lot2 tu semua dah diluluskan, dah ada orang beli... dah tak boleh buat apa-apa lagi. Akta lain depa boleh ubah, takkan akta keselamatan penduduk mcm ni depa xboleh ubah...

kunadzri said...

>>eita>>
itu la yang sedihnya eita...
at least kita bangun pagi dengar berita ttg tanah runtuh... diaorang tu bangun pagi tengok rumah dah tak ada, nyawa dah tiada... dan sekarang ni dok berperang dengan emosi... kiri kanan org dok tuding menuding siapa yang salah...

last sekali jadi mcm highland tower.. tiada siapa yg salah.. tanggung sendiri segala kepiluan & kehilangan harta benda & nyawa..
Nasib kita sebagai rakyat marhain di negara serba boleh...

 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Intydez