Terkejut besar aku..... tetiba saja dengar macam bunyi siren... sayup2 saja pada mulanya. Makin lama makin kuat sehingga membingitkan telinga... apa ke jadahnya siang2 hari terang benderang ni dok wong weeng wong weeng.... orang nak tidur pun tak senang...
Pastu dengar pulak riuh rendah orang ramai menempik-nempik dari arah kiri & kanan ku... Ehh... suara macam aku kenal jek... Kalo tak salah aku, tu macam jeritan si Sheda. Pastu macam dengar suara Retna pulak bertempik sambil berlariiiiiii.... apa yang sebenarnya berlaku nih...Oiiii brader...!! Brader buat apa kat atas pokok tu.... turun cepattttt... Bomba dah datang bawa tangga nih...!!!
Laaa... rupa-rupanya aku terlelap kat atas pokok tembusu yang besar lagi rendang itu. Gamaknya disebabkan dek hembusan angin tempuhari yg sepoi2 bahasa tu yg membuatkan aku terbuai-buai hingga hanyut entah kemana... Haaaa...?? Tempuhari.....???
Astaghfirullahh hal`aziiim... dah 4 hari aku tertidur kat atas pokok??? Mesti anak beranak, kaum kerabat dan sahabat handai serta jiran2 teTANGGA & teLIF sibuk mencari aku... Ramai yang menganggap aku telah disembunyikan orang bunian kerana dua hari lepas Tok penghulu UncleJ & Tok Imam Sahrulia lalu bawah pokok tu, tapi tak nampak pun kelibat aku... Cikgu erobik, si Ecah Syed ngan cikgu Angriani pun selalu gak mencari ulam pucuk paku kat situ, namun bila ditanya oleh Kassim S peniup seksefon tu, tak der pulak diorang nampak apa-apa bila langut keatas.
Itulah andaian yang selalu kita dengar bilamana ada orang tetiba jer hilang dari pandangan ramai. Entah betul entahkan tidak. Namun kita tidak dapat menafikan tentang kewujudan makhluk2 halus yang merupakan jin2 yang bertaburan diatas muka bumi ini. Hanya mereka2 yang mendapat anugerah istimewa dari Allah sahaja yang dapat melihat kelibat dan merasa akan kehaziran makhluk2 halus ini. Makhluk2 halus ini kadang2 berasa seronok untuk mempamirkan diri mereka pada manusia yang menjadi pilihannya.... (ni yang seram nak taip nih...) Yer ler... kat dunia ni eksyen la dia sebab Allah bagi keistimewaan tu kat dia.... Tapi kat akhirat kelak lain pulak ceritanya.... Kita pulak yang boleh nampak `diorang' sedangkan `diorang' tak boleh nampak kita.... Padan muka hampa..!!
Isyyy... apsal la anjing menyalak lain macam jer kat luar tuh.... sayuuuuppp jer bunyi... mendayu-dayu pulak tuh. Sat naa... nak pi jenguk kat luar tu kut-kut ada apa-apa yang mencurigakan...
Ok... line clear...tetiba jer tengah aku taip cerita ni, menyalak pulak anjing sekor tuh... Hisyyy!!
Berbalik pada cerita tadi, lain pulak yang diceritakan oleh brader Rio. Katanya dia ada tanya ngan dua orang budak yang selalu main pondok-pondok kat tepi pohon tembusu tu...Mika & Puteri, tapi diorang kata tak nampak apa-apa pun kat atas pokok. Bila diulang tanya, Puteri cakap dia ada dengar bunyi macam orang tengah mengeghoih sambil gelak-gelak kecil. ( sah la masa ni aku tengah mimpi tengok minah saleh separuh bogel kat Great Yarmouth... dok gelak kuk kik kuk kit ngan brader Az....).
Sishoney punya cerita lagi ganjil... Dia kata petang semalam dia nampak kelibat burung Kasawari kat atas pokok tu.... Heran jugak macamman burung jenis tu boleh ada kat sini, dah tu boleh panjat pokok plak tuh... Apa lagi, sishoney yang memang terkenal sebagai penembak tepat tu pun mengacukan muncung senapang nya ke arah sasaran... Bila nak tarik picu, tetiba saja dengar bunyi beep beep dua kali & Kasawari hilang begitu saja.... Aneh sekali....
Dalam kesibukkan orang ramai memerhatikan aku diturunkan dari pokok oleh ahli-ahli bomba yang diketuai oleh Shai tu, sekumpulan mak2 bonda kat atas pangkin kayu di tepi kolam ikan tu langsung tidak mempedulikan apa yang sedang berlaku. Sis E, Kujie, Mamaranggie, Jun serta rakan karibnya dari Australia, OD buat derkkk jer.... maklumlah, diorang tu sedang khusyuk mendengar Chef Norz berceramah tentang pemakanan berkhasiat untuk ibu-ibu mengandung... Kat tepi pagar pulak berdiri si Mat Gebu memandang kearah kereta bomba, tapi telinganya dipasang betul-betul untuk mendengar apa yang diceritakan oleh Norz. Minatnya tentang dunia masakan tak dapat dibendung lagi. Satu hari nanti akan dibukanya satu restoran yang terbesar sekali di Johor.... Mungkin itulah cita2 dan harapannya....
Begitulah sedikit gambaran tentang apa yang terjadi di Seri Gombak tempuhari. Gempar sekejap seluruh fasa-fasa disana. Kehilangan misteri Tok Siak masjid yang sibuk memacak bendera2 partinya di atas pokok2 & tiang2 letrik menjadi tajuk utama akhbar2 tempatan. Akhbar paling popular, The Msjbox sudahpun mendapat tempahan 100 ribu naskah untuk keesokkan hari. Bosnya Mr. Jun de Genius tersenyum bangga sambil merenung kearah kepulan awan di langit lestari. Hasil dari keuntungan ini dapatlah dibawa isterinya yang tercinta, Carneyz pergi menghirup udara segar Gunung Kinabalu.
Tebaloi yang rangup pemberian Tok Imam Sahrulia tempuhari dikunyah perlahan-lahan....
Notakaki :
Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata. Nama-nama yang disebutkan hanyalah nama-nama pinjaman dari rakan-rakan yang saya anggap karib di blogesfera. Sekiranya anda tidak bersetuju dengan pengambilan nama anda secara tangkap muat ini , sila beritahu secepat mungkin kerana saya tidak rela melihat terjadinya sesuatu insiden yang tidak disenangi nanti. Pada saya mungkin ianya satu gurauan sebagai penglipur lara, tapi mungkin pada sesetengah orang ianya dianggap keterlaluan dan berduka lara.... Maaf dipohon terlebih dahulu.
INILAH PERISTIWA SEBENAR YANG BERLAKU DI BUKIT BERDEKATAN DENGAN RUMAH SAYA DUA BULAN YANG LEPAS, SATU KEBAKARAN HUTAN YANG AGAK SEDERHANA, TAPI SERIUS DAN BOLEH MENDATANGKAN BENCANA SEKIRANYA IA TIDAK DIBENDUNG OLEH PIHAK BOMBA DAN PENYELAMAT.
Thursday, February 28, 2008
Penglipur lara - AKU DAN BOMBA
Saturday, February 23, 2008
CAMPING : MENYINGKAP DIARI USANG
Balik saja dari PD hujung minggu lalu, Deri terasa nak buat n3 yang satu ni. Tapi masa tak mengizinkan. Mula-mula tu sibuk dengan meng`upload’
Udah tu pula, Msjbox pulak sakit….Bos Junaidix pun pening kepala dibuatnya…Kesian la juga Deri kat Jun yang baru saja lega dengan Carneyz yang pening2 kepala masa kat PD hari tu…xper2…itu semua takkan dapat menghalang Deri dari membuat n3 ini….
Masa Deri sampai kat Pantai Seri Purnama hari tu dan melihat ketulan & benjolan kemah2 yang berderet dipacak oleh warga2 Msjbox… macam kilat otak Deri ni merentas masa kembali ke zaman menjadi pelajar A-Level di
Begini ceritanya.
Seminggu sebelum rakyat
Berjela-jela dia explain kat aku tentang cadangannya untuk ber`camping’…nak ronda pusing
Pendek cerita, dalam masa seminggu tu semua kelengkapan untuk ber`camping’ dah berada di depan mata. Perghhh, macam tak caya jer brader Deri ni… Basikal racing tu aku pinjam dengan brader Aizi. Dapur gas kecik, brader Az yang belikan. Khemah pun brader Az yang sediakan. Aku cuma jadi peneman brader Az. Risau juga kalau-kalau sakit demam kat tengah2 expedisi tu nanti… nak talipon kemana… pada siapa… bukan macam sekarang, semua orang jenjeng handphone kesana sini…. Bab mengayuh basikal tu aku tak pernah ragu dengan kebolehan fizikal aku masa tu…Yer la, umur pun baru melepasi 21 tahun….powerrrrr… Kalau sekarang ni minta maaf jer laa.. nak kayuh pi kedai mamak kat ujung jalan tu pun dah semput. Tok wan aku yang umur 98 tahun kat kampung tu lagi kuat kayuhannya….iskkk… kena build-up balik stamina nih….
31 Ogos 1980 >>
Dengan sedikit doa dan harapan, kami berdua pun memulakan kayuhan. Target pertama kami ialah camping site di Dower House, Thetford. Jaraknya lebih kurang 45 batu (72 km) dari
Camping site kat
Next…1 September 1980>>
Pagi-pagi lagi kami dah mulakan kayuhan menuju destinasi seterusnya iaitu
Setelah melalui pekan kecil Hoxne & Diss, kami pun selamat sampai ke Saxmundham. Aku ingat lagi, kami singgah di Diss untuk membeli barang2 keperluan memasak. Ciput jer… sardin, minyak masak, tangki gas kecil, potato crisps & air minuman. Camping site kat sini memang class, ada tasik lagi…Macam semalam juga, sampai situ kami pun pacak kemah, tinggal barang dan merayau… senja baru balik mandi & memasak…Time sembahyang, bentang sejadah kat tepi kemah jer…Sebelum tidur kami sembang2 sikit sambil bincang2 akan perjalanan seterusnya…
Begini lah rupanya kemah kami bila siap dipacak. Dulu2 banyak kemah murah camni…` A’- frame type… janji bole tidur jer… barang2 lain semua sepah kat luar. Esok baru kutip & buang…
Singgah posing depan kincir angin kat Hoxne.
Kenangan kat pekan kecil Diss. Beg kat belakang aku tu boleh tahan juga beratnya. Lupa pulak nak timbang berapa kilo…
Kat depan tasik di
Adehh… letih laa.. panjang la pulok cerita ni. Baru 2 hari….Bila mula cerita macam2 memori digital aku terpantul keluar…nak berenti kat sini dulu. Ada kelapangan nanti baru sambung cerita kami silap jalan masuk ladang ternak babi, cerita aku hampir kena sedut masuk bawah lori tanker & cerita kami lepak kat pantai Great Yarmouth & Cromer cuci mata tengok mat2 & minah2 saleh sunbathing & mandi manda separuh bog… & ada juga yang terus bog… biasa la tu…. Aku & brader Az pulak yang kemalu-maluan, sebab kami berpakaian lengkap…. Isyyy, terbalik kot pulak laa….
Tuesday, February 19, 2008
AT LAST...GAMBAR DAH SIAP....
Monday, February 18, 2008
WARGA Msjbox DI PORT DICKSON - PREVIEW PHOTOS
Hari 1
Tarikh : 16hb. Februari 2008
Lokasi : Pantai Seri Purnama
Ketibaan Kak e bersama anak2 gadisnya...perhatikan deretan khemah2 di belakang tuu...wowee!
Norz bersama Nazurah & Nazifa masing2 dah sedia nak jamu selera...
Apakah agaknya yg menarik perhatian Kasawari dengan Tuah (hubby Sheda) tuu?
Izali dengan isteri & tiga orang anak2 yg comel2 belaka...
Tarikh : 17hb. Februari 2008
Lokasi : Pantai Telok Kemang
Friday, February 15, 2008
MASJID NEGARA, WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
Tarikh: Isnin 3 Disember 2007
Masa : 12.30 tgh - 2.00 ptg
Tarikh: Ahad 9 Disember 2007
Masa : 10.00 pg - 12.00 tgh
Sebulan sebelum hari Kemerdekaan, Majlis Kerja Persekutuan memutuskan untuk mendirikan sebuah masjid sebagai tanda penghargaan kepada bekas Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj terhadap segala jasa beliau kepada rakyat.Niat ini diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja selepas kemerdekaan dan setelah dibina Tunku tidak mahu masjid ini dinamakan sempena nama beliau. Beliau mencadangkan ianya dinamakan `Masjid Negara'.
Tugasan diberikan kepada satu kumpulan arkitek dari Jabatan Kerja Raya Persekutuan yang diketuai oleh Baharuddin Abu Kassim (Dato). Selainnya ialah, Hisham Al-Bakri (Dato) & Howard Ashley (UK). Kajian dilakukan terhadap masjid-masjid di India, Pakistan, Iran, Turki, Arab Saudi, UEA & Sepanyol.
Akhirnya terlahirlah sebuah masjid yang mempunyai identitinya sendiri & yang terbesar di Asia Tenggara ketika itu. Rekabentuknya moden, dihiasi dengan corak keislaman sambil ada penerapan nilai-nilai senibina tempatan. Rekabentuk moden yang agak unik ini mencakupi ekspresi kontemporari dalam seni kaligrafi & ornamen tradisional Islam.
Kalau dilihat dari penggunaan konkrit tetulang pada keseluruhan struktur masjid, mungkin boleh Deri katakan ianya melambangkan kekuatan & keteguhan rakyat Malaysia selepas merdeka.
Bentuk puncak menara azan & bumbung beropol & bersegi dewan solat utama melambangkan kesetiaan, dipadan dari rupabentuk payung diraja. Menara memberi gambaran payung terkuncup manakala bumbung berupa payung terbuka.
Masjid ini melalui tempuh 2 tahun untuk menyiapkannya iaitu dari tahun 1963 hingga 1965 dan menelan belanja sebanyak 10 juta ringgit.
Lokasi Masjid
Terletak di kawasan seluas 13 ekar di Jalan Perdana, Bandaraya Kuala Lumpur. Ia diapit oleh Bangunan-bangunan Stesen Keretapi (lama) KTM, Kompleks Dayabumi, Muzium Kesenian Islam, Taman Burung & Taman Tasik Perdana. Bangunan masjid sahaja merangkumi kawasan seluas lebihkurang 3-5 ekar. (Nota: patut la Deri pecah peluh sakan mengambil foto sekeliling masjid...ketaq lutut2... )
Senibina masjid
**Paling ketara pada penglihatan kita adalah menara azan & bumbung(kubah) dewan solat utama masjid. Menara yang berdiri megah di tengah-tengah kolam air pancuran di tingkat atas itu menerjah hingga mencapai ketinggian 245 kaki (73 meter). Lif bertingkap kaca disediakan di dalamnya untuk membawa penumpang ke aras pentas menara pada aras 140 kaki. Tangga pilin juga disediakan. Puncak menara dikemaskinikan dengan mozek kaca putih (white glass mosaic)
**Bumbung/kubah dewan solat utama berbentuk payung kembang, beropol 18-segi dan dibina dari konkrit tetulang. Warna asalnya adalan merah jambu. Selepas pengubahsuaian dilakukan pada tahun 1987, ianya ditukar kepada mozek kaca hijau & biru. Bumbung ini berukuran 84 kaki tinggi, 200 kaki garispusat dan disokong oleh 16 batang tiang konkrit (3 ka. garispusat). Tiap-tiap tiang berturapkan terrazzo.
Luar
**Ruang solat utama seluas 22,500 kaki persegi dapat menampung seramai 3000 jemaah. Disediakan 3 buah pintu besar & sebuah pintu khas bagi kegunaan diraja. Bumbung beropol di atasnya memantulkan cahaya kemerah-merahan di siang hari.
**Mihrabnya telah diubahsuai dari bersegi kepada melengkung dan bertatahkan ayat al-Quran dalam seni khat Morocco. Mimbar pula dibina dari kayu berukir.
**Galeri di aras mezanin dikhaskan untuk muslimah. Galeri ini dihiasi dengan kekisi awan larat bercirikan kebudayaan Islam & dipengaruhi oleh masjid Taj Mahal & Patehphur Sikri di India.
**Ruang solat limpahan yang merupakan beranda/serambi masjid boleh menampung jemaah sehingga 5000 orang. Ruang ini terlindung dari luar oleh tirai kekisi aluminium dengan terawang awan larat keislaman. Lantainya disudahi dengan terrazzo manakala bumbungnya yang dibina dari konkrit tetulang mempunyai beberapa buah kubah kecil yang disudahi dengan mozek biru.
**Satu ruang berbumbung konkrit beropol 7-segi dibina disebelah barat masjid. Ruang ini dinamakan Makam Pahlawan di mana ianya merupakan tempat persemadian 7 orang tokoh-tokoh terbilang di Malaysia. Di bahagian luar makam tersebut merupakan tanah perkuburan Islam untuk orang-orang ternama.
**Lain-lain kemudahan yang disediakan termasuklah Dewan Persidangan, Perpustakaan, Pejabat, Bilik Diraja, Bilik Imam dll. Tandas, bilik mandi & ruang wuduk yang luas dibina diaras bawah. Dewan Persidangan ditempatkan disebelah barat masjid dengan bumbung yang berombak-ombak. Dewan ini dapat menampung kira-kira 500 orang.
**Aras bawah masjid diperindahkan dengan lanskap yang menarik. Kolam yang dibina memanjang & air pancuran yang disediakan begitu mempesonakan. Pokok-pokok palma juga banyak ditanam.
Ruang solat
limpahan
utama
Pahlawan