"Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah. Inilah kubur yang cemerlang, Al-Marhum Sultan yang suci, Sultan Alauddin Ibni Sultan Mansur Shah, Ibni Sultan Muzaffar Shah, rahmat daan kesejahteraan Allah barang terlimpah keatas roh mu wahai wali Allah yang terpilih"
makam sultan
Begitulah yang tertulis di dalam bahasa Arab pada batu nisan makam Sultan Alauddin Ri`ayat Shah yang terletak bersebelahan dengan masjid yang Deri kunjungi. Batu nisan ini ditempah khas dari Aceh dan diukir dengan khat kalimah Al-Quran.Pandangan dari aras jalanraya
Sejarah Sultan Sultan Alauddin Ri`ayat Shah merupakan sultan Melaka yang ke 7, memerintah dari tahun 1477-1488. Baginda terkenal dengan sikap adil, bertanggungjawab & tidak bergantung kepada Bendahara Tun Perak dalam mentadbir negeri. Semasa hayatnya baginda sering berehat di Kampung Raja. Baginda mangkat disyaki dari perbuatan khianat & jenazahnya disemadikan di sini. Begitu juga dengan permaisuri baginda.
Kampung Raja sudah ada sejak zaman kerajaan Melaka. Sebuah istana pernah ujud di sini. Sultan Ahmad Putera Sultan Mahmud telah berundur & bertahan di Pagoh selepas Melaka dikalahkan oleh Portugis
Pandangan sudut hadapan/sisi kiri
Senibina masjid.**Deri tidak dapat mencari keistimewaan yang terdapat di masjid ini. Bentuk senibinanya adalah biasa, mungkin dibina sekitar 1970an untuk menggantikan masjid asalnya yang didirikan daripada kayu lebihkurang 250 meter dari situ. Masjid asalnya dibiarkan usang dan runtuh menyembah bumi.
**Meskipun tempat ini merupakan tempat kunjungan orang ramai, namun pihak berwajib tidak begitu mengambil peduli tentang `ketrampilan' masjid. Ketika Deri berkunjung ke sini, `rupaparas' masjid ini amatlah menyedihkan. Catnya seperti sudah lama benar tidak mendapat sentuhan terkini. Pemandangan di bahagian belakang masjid sangat-sangat memilukan.
**Bahagian dalaman masjid tidak banyak beza dengan masjid-masjid kampung yang lain.
**Pada Deri, sekiranya masjid ini masih bernama Masjid Kampung Raja, mungkin ianya tidak begitu meninggalkan kesan yang ketara. Tetapi kerana ianya sudah bertukar nama kepada Masjid Jamek Sultan Alauddin Ri`ayat Shah 1, maka ianya perlulah dinaiktaraf dari segi fasad luarannya maupun seni hiasan dalamannya.
ruang solat utama
kubahmimbar
No comments:
Post a Comment