Saturday, February 23, 2008

CAMPING : MENYINGKAP DIARI USANG

Balik saja dari PD hujung minggu lalu, Deri terasa nak buat n3 yang satu ni. Tapi masa tak mengizinkan. Mula-mula tu sibuk dengan meng`upload’kan gambar-gambar yang Deri ambil kat sana. Berpeluh-peluh jugak la Deri nak habiskannya… Sishoney lagi teruk sebab dia punya gambar ada la selori 5 tan banyaknya… Kemudian tu pulak, projek-projek kat office tu dengan tak semena-menanya banyak pula yang perlu dibereskan. Macam dengki pulak dengan kemeriahan yang kami kecapi kat PD hari tu…


Udah tu pula, Msjbox pulak sakit….Bos Junaidix pun pening kepala dibuatnya…Kesian la juga Deri kat Jun yang baru saja lega dengan Carneyz yang pening2 kepala masa kat PD hari tu…xper2…itu semua takkan dapat menghalang Deri dari membuat n3 ini….


Masa Deri sampai kat Pantai Seri Purnama hari tu dan melihat ketulan & benjolan kemah2 yang berderet dipacak oleh warga2 Msjbox… macam kilat otak Deri ni merentas masa kembali ke zaman menjadi pelajar A-Level di UK dulu. Cerita yang sama iaitu Camping!! Yang berbeza cuma cara, masa & suasana….


Begini ceritanya.


Seminggu sebelum rakyat Malaysia menyambut Hari Merdeka pada tahun 1980, brader Az datang berjumpa dengan brader Deri, ajak cipta satu sejarah di kalangan budak2 NORCAT, King’s Lynn. Dalam pening2 lalat baru bangun tidur hari tu, aku terkejut juga dengan cadangan brader Az ni. Aku ni baru saja nak menikmati permulaan cuti musim panas…Apakabenda la pulak ngan brader Az tu… duduk tak duduk, mai ajak aku cipta sejarah.


Berjela-jela dia explain kat aku tentang cadangannya untuk ber`camping’…nak ronda pusing Norfolk County selama seminggu dengan mengayuh basikal racing!! Tudia aihh… Norfolk CountyMalaysia. Member2 yang lain pula ada yang pakat pi ronda France, Italy, Holland, Belgium, Spain & Germany & ada yang pi jumpa ngan kawan2 diorang kat serata pelusuk England, Wales & Scotland. Aku pula masa tu bukannya kenal lagi ngan dak Norz tu… girlpren lama ada la, tapi dia study kat Malaysia. Jadi, bab dating ni memang tak masuk akal ler… tu bukannya kecik… lagipun aku bukannya ada basikal racing. Kalau nak beli satu pun aku bukannya ada duit lebih. Tapi, dalam hati aku terasa macam best jugak dengan cadangan tu. Cuti panjang musim panas ni bosan juga duduk kat rumah. Budak-budak junior semuanya balik cuti-cuti


Pendek cerita, dalam masa seminggu tu semua kelengkapan untuk ber`camping’ dah berada di depan mata. Perghhh, macam tak caya jer brader Deri ni… Basikal racing tu aku pinjam dengan brader Aizi. Dapur gas kecik, brader Az yang belikan. Khemah pun brader Az yang sediakan. Aku cuma jadi peneman brader Az. Risau juga kalau-kalau sakit demam kat tengah2 expedisi tu nanti… nak talipon kemana… pada siapa… bukan macam sekarang, semua orang jenjeng handphone kesana sini…. Bab mengayuh basikal tu aku tak pernah ragu dengan kebolehan fizikal aku masa tu…Yer la, umur pun baru melepasi 21 tahun….powerrrrr… Kalau sekarang ni minta maaf jer laa.. nak kayuh pi kedai mamak kat ujung jalan tu pun dah semput. Tok wan aku yang umur 98 tahun kat kampung tu lagi kuat kayuhannya….iskkk… kena build-up balik stamina nih….


31 Ogos 1980 >>
Dengan sedikit doa dan harapan, kami berdua pun memulakan kayuhan. Target pertama kami ialah camping site di Dower House, Thetford. Jaraknya lebih kurang 45 batu (72 km) dari King’s Lynn. Dalam setengah jam perjalanan, kami berhenti rehat kat dalam hutan pine (dah lupa kat mana). Sambil kunyah bekalan yang dibawa kami bincang sama ada nak continue atau nak abandon saja expedisi ni. Brader Az cakap, jarak kedepan ngan kebelakang lebihkurang sama jer, might as well kita teruskan. Aku ikut saja… Diskusi begitu tidak berulang lagi selepas itu….kerana selanjutnya adalah sejarah yang tercipta, yang aku kenang sehingga sekarang. Setengah jam kemudian kami berdua selamat sampai ke destinasi dan mula memacakkan kemah yang luasnya hanya sekangkang aku jer…Siap saja pacak kemah, kami keluar merayau sehingga senja.

Ni gambar aku melepas geram di Dower House camping site, sebab dah lama tak panjat pokok. Kalau pokok ni hidup lagi di tempat kejadian, korang mesti jumpa nama aku ngan brader Az terguris kat batang dia… Masa ni, rambut aku tu ramai minah saleh yang geram sebab lebat, hitam berkrim & ikal mayang… tapi itupun dah kira sejarah laa….ngeh…ngeh


Camping site kat UK masa tu banyak sangat, pilih jer mana berkenan di hati. Kemudahan awam seperti tandas, shower, kedai runcit, etc memang tak perlu dirisaukan. Selalunya dibahagi kepada 2 bahagian, camping & caravaning. Ramai famili yang datang park caravan. Bujang2 yang sengket macam kami ni pakat pacak kemah jer laa…Tapi yang lain-lain tu semuanya mat2 & minah2 saleh belaka… kami 2 orang ni jer yang lain dari yang lain… Era tu ok lagi dari segi keselamatan awam… kalau sekarang ni tak tau laa… Silap haribulan, bangun pagi mungkin kemah pun dah tak ada…Itupun kalau nasib baik dapat bangun pagi dengan selamat… Mungkin gak celik2 mata kat spital mana2… ngeri juga kalau aku fikirkan tentang keselamatan nih…


Next…1 September 1980>>
Pagi-pagi lagi kami dah mulakan kayuhan menuju destinasi seterusnya iaitu Leisure Park camping site, Saxmundham. Jaraknya lebihkurang sama juga. Kami sengaja pilih camping site yang jaraknya 45-50 batu (70-80 km) di antara satu sama lain & mengambil dalam 1 jam hingga 1.5 jam masa kayuhan.


Setelah melalui pekan kecil Hoxne & Diss, kami pun selamat sampai ke Saxmundham. Aku ingat lagi, kami singgah di Diss untuk membeli barang2 keperluan memasak. Ciput jer… sardin, minyak masak, tangki gas kecil, potato crisps & air minuman. Camping site kat sini memang class, ada tasik lagi…Macam semalam juga, sampai situ kami pun pacak kemah, tinggal barang dan merayau… senja baru balik mandi & memasak…Time sembahyang, bentang sejadah kat tepi kemah jer…Sebelum tidur kami sembang2 sikit sambil bincang2 akan perjalanan seterusnya…

Begini lah rupanya kemah kami bila siap dipacak. Dulu2 banyak kemah murah camni…` A’- frame type… janji bole tidur jer… barang2 lain semua sepah kat luar. Esok baru kutip & buang…

Singgah posing depan kincir angin kat Hoxne.

Kenangan kat pekan kecil Diss. Beg kat belakang aku tu boleh tahan juga beratnya. Lupa pulak nak timbang berapa kilo…

Kat depan tasik di Leisure Park camping site, Saxmundham. Cuma ini lah satu-satunya foto aku dengan brader Az. Aku dah tak ingat siapa yang tolong snap foto ni.


Adehh… letih laa.. panjang la pulok cerita ni. Baru 2 hari….Bila mula cerita macam2 memori digital aku terpantul keluar…nak berenti kat sini dulu. Ada kelapangan nanti baru sambung cerita kami silap jalan masuk ladang ternak babi, cerita aku hampir kena sedut masuk bawah lori tanker & cerita kami lepak kat pantai Great Yarmouth & Cromer cuci mata tengok mat2 & minah2 saleh sunbathing & mandi manda separuh bog… & ada juga yang terus bog… biasa la tu…. Aku & brader Az pulak yang kemalu-maluan, sebab kami berpakaian lengkap…. Isyyy, terbalik kot pulak laa….

27 comments:

"sishoney" said...

salam uncle deri,
wah beshnye!!!!jeles!jeles!
amboi panjang rambut ek masa tue.
uncle g camping masa tue xajak pon sis.tapi kan masa tue sis xlahir lagik la uncle.*smile*

uncle,nnt uncle suruh la noushy g survey tempat2 uncle tue.mana tau ada lagik ke nama uncle and kawan uncle kat situ.

wah sempat cuci2 mata plak ek.erm..kak norz xde ke tgj sunbathing masa tuh???~hihihi

mama ranggie said...

uncle...sesekali mengimbau kenangan lama..mama pon baru buat n3 kenangan lama...hehehe...sesekali mngusik jiwa...

Kasawari said...

Bro..

Fuiiyoooooo ni baru camping betul betul.. kira kan Camping Site Dower House, Thetford tu mmg tempat utk berkhemah eh.. cayalaha brooo....

Wah khemah bro memang sebijik macam khemah pacak msjbox he he.. ni baru real khemah.. tak macam khemah anak dara kat PD ari tu.. (khemah diaorang dah macam khemah kenduri kawin.. besar gedabak!)..

Yang atas pokok tu kenapa tak pacak khemah macam Do Re Me.. ha ha ha..

Perghhh Jeles jeles ar mcm ni...

Nanti kita leh Khemah yang real eh.. ajak UncleJ sekali.. cari kat tepi tepi sungai ker.. leh mancing kelah.. perghhhhh.. saya cari umpan kelapa sawit.. he he

10 bintang untuk entri ni...

mikaounik said...

wowowoo..encem laa uncle rambut pjg..

khemah kecik nyerr..muat kerr tue..hehe

kunadzri said...

~~~sishoney>>>
salam sabtu sis.. hahaha.. kalo x panjang rambut masa tu, tak rok la sis... trend terkini buat rasa diri tu macho..ngeh...

Uncle rasa noushy pun tak pernah sampai ketempat tu. Kalo org tak tebang lagi pokok tu... mungkin nama uncle masih ada lagi di sana... hehe..

Masa tu k. Norz baru tgh nangis ngan mak dia nak tinggalkan mesia... sebulan pastu baru dia mula jejak kaki keUK... weihh, cuci mata sampai pinarrr...

kunadzri said...

~~~mama ranggie>>>
memang gitu la mama... kenangan memang terpatri pada setiap makhluk yang bergelar manusia... tanpa kenangan, tiadalah kehidupan.. mengimbau masa lalu memberi kita kesedaran dan keinsafan.

kunadzri said...

~~~Kasawari>>>
Memang kemah tu sebijik macam kemah Msjbox bro... itupasal la sy teringat nak buat n3 nih...
Kemah sekarang ni dah advance, more on comfort.. dulu ada la gak yg besar gedabak tu.. tp kitorang mana mampu bro... sengket setiap masa... hehehe..

Tak per bro, nanti bro anjurkan la camping yg real2 camni... tapi anak2 dara tu susah la nak ikut.. tapi kalo nak kayuh basikal... ajak jer la yg muda2... takpun ajak FBI ngan Fafau HotFM tuh... Sy ni kayuh basikal dekat2 tu bole la... badan ni dah lemak berkrim... wakaka...

Thanx bro bagi 10 bintang... pinau mata jap...

kunadzri said...

~~~mikaounik>>>
hahaha... kelakor la mika... terperasan la plak uncle... rambut tu dah kira masuk buku sejarah lorr... banyak sangat makan maggie masa mudo2 dolu...

eh mika... kemah tu nampak jer kecik dari luar.. kalo masuk dalam... memang nampak kecik gak... hehehe...
Tapi muatlah utk 2 anak bujang sengket masa tu...

nAzurAh said...

hahh??!nk terkena sedut bwh lori??ni kene belek n3 strusnya nih!! kui3

"sishoney" said...

aip2 ade org kutuk khemah anak dara ke kat sini..ala mentang2 la khemah kecik die siap ader comforter agik..uwek!!!<<---ditujukan buat bro beep..beep

kunadzri said...

~~~nazurah>>>
tak payah tunggu ler... nnti abh citer... meh cni...

kunadzri said...

~~~sishoney>>>
sis, bro tu kan aper... mungkin beep2 cadang nak hadiah kemah kecik kat korang sorang satu... jeng3... tapi, janji red devil kena menang la hari ni...

Noushy Syah said...

hahhaha...that was really cool! I love adventurous camping like this but tehehhe..we went with car, then hitch hike yeyy!!..

I'm sure that tree still remain as it is,coz the borough i/c will keep such species for good.But heyy, you are right! never been to that place..:p

Hohoho uncle Deri you looked like tarzan ready to rescue someone ahakss...I bet nampak Minah Salleh yg nude itewwww..muahahahha.

Memories are made for us to reminisce....and of coz this is one of them!

aNgRiAni said...

~ hahahaha...rock tuuuu...zaman dolu-dolu abg e lagi best...backpackers erk?...kurus lagik tu...

~ sonokkan tengok gambo lelama ni...back then, ur so different laa...encem pun ada gak...LOL...sempoi life huh...mesti kak norz terpikat tang rambu itewww...

echah_syed said...

abg e...hohoho nek beskat dari perlis smpi uk ka??adehh!! :p

rambut yg lebat tu minah saleh terpikat ekk..tp abg e reject sbb syok ngn tokey buku kan kan..


cheQ guling2 nmpk pic abg e..huhahua bdn sekeping lak tu..kalo ditiup angin dari belakang..abg e takyah kayuh dah beskat tu noo...auto jln sendiri :p

rugged ooo abg e cam abg cheQ gak..tang rambut tu sama jaa..hehe

abg e...jamu mata tu yg best..abg cheQ ckp depa dulu jamu mata kat taman...mat saleh n minah saleh dok cintan cintun gituuuu siap bw stand ngn teropong lagik hohoho..muvee free !!

misai tu..kalo ct jumpa abg e sebelom dia..sahih datuk K geget jari kaki!!

kunadzri said...

~~~noushy>>>
sorry la noushy... lambat nak attend to your commments... lately I'm a bit busy at the office. Our new school project has been awarded to the contractor & soon it'll be constructed. Masa uncle nak jalan-jalan dah kurang sikit...

Those are the days.... memang ramai minah saleh yg nude kat sana... naik seram to think about it.... hohoho...

Thanks a lot for allowing a bit of your time to make some comments in my blog. I really appreciate it.

kunadzri said...

~~~angriani>>>
kalo yani nak tau, zaman tu kalo tak rambut panjang tak ikut trend laa, tak rock...!!! hehehe... tapi tiap2 kali bila nak balik mesia abg e kena tebas ler rambut tuh... malu kat orang kampung... ngeh...

Sib baik la ada gamba2 lama yang rambut panjang... kalo xdak, anak cucu nanti tak tau macamana rupa rambut abg e... hahaha.. sebab makin lama makin keguguran... :))

kunadzri said...

~~~echah_syed>>>
ekehkeh... combi nak tau dak... kalo tak kuat iman masa tu, dah macam2 perkara tak elok berlaku... sib baik la abg e dok ikut geng2 tabligh kat sana... rock beriman... hohoho..

memang social life kat sana begitu haru biru. Culture shock juga abg e masa mula2 sampai dulu... tengok minah saleh selamba dekkk jer jln2 pakai bra ngan skirt kat taman... terjojol mata abg e... lama-lama sikit, jadi basi ler pulak... kalo dalam classroom tu tak larat nak layan diorang.

echah_syed said...

abg e jadi 'basi' ker???

mcm makanan laa..kalo dok terdedah tak tutup lama2 naik lenga sbb lalat dok hurung..erkkk :(


abg cheQ ckp depa siap kena ofer ngn clasmate kalo2 tingin nak ****

adehh! mmg terkezut berok abg e..nasib ada 'iman' yg disemai masa kat sini..kalo tidak kena taubat nasuha laa :(

bab jamu mata tu yg best..hohoho !

Jun :) said...

abg deri..seb baik la ni x d rambut panjang tu..kalu x sure 'hot' kat market..jd model iklan syampoo..heheh...
woooaaa...amboi, abg deri..experienced...ekekeke

kunadzri said...

~~~echah_syed>>>
mmg betul tu combi apa yg abg ceQ cakap tuh... depa mmg suka offer kat budak2 obersi, pasai depa ingat kami ni kayo rayo... hehehe... pd hal, hampeh... duit gomen...

ada ke pulak depa gelak bila abg e kata abg e ni virgin.. ekehkeh.. tp tu yg wat depa lagi teringin tuh... hohoho...

abg e bersyukur Allah begitu sayangkan abg e... tu la pasai cepat dipertemukan ngan Norz...

kunadzri said...

~~~jun>>>
tupasal la jun... kalo x... iklan teknik rebonding tuh mmg dalam tangan abg deri ler... hehehe...

experience jamu mata jer jun... lain2 tu tobat tak... ekehkeh...

echah_syed said...

virgin ??? untung laa sape dpt abg e.. :p

tapi tu laa best kan ade gak kenangan mengusik jiwa..

kunadzri said...

~~~echah syed>>>
ekehkeh... sapa dia yg untung tu combi...? Tokey buku dengaq ni mesti senyum meleret....

kenangan ceQ tu pun memang hebat kalo dikenang... siapa sangka, jodoh pertemuan kan?

echah_syed said...

abg e kenal norz kat mesia ker uk??

adehh bestnyer tu dpt gi oc kann..tapi norz pun gi study kan kan.. :)

ni kira adiah hanimun laa ekk :p

best best best..!

kunadzri said...

~~~echah syed>>>
abg e kenal norz kat airport UK otw balik mesia... those memorable moments... perghhh....
norz pun gi study gak...
hehehe... hanimun merata-rata denia.. di alam fantasi jekk.. ekehkeh...

kunadzri said...
This comment has been removed by the author.
 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Intydez