Thursday, February 07, 2008

MASJID (LAMA) KAMPUNG OLAK SEPAM, PAGOH, MUAR,JOHOR DT.

PAGOH, MUAR
Tarikh: Sabtu, 15 Disember 2007
Masa : 1.15 ptg - 1.30 ptg
Pandangan dari jalan masuk
Pandangan dari jalan masuk
Ketika berada di Masjid Sultan Alauddin Ri`ayat Shah 1, Deri bertemu dengan bilal masjid tersebut. Beliau menyarankan kepada Deri untuk bertandang ke Kg. Olak Sepam yg jaraknya lebihkurang 7 minit perjalanan dari Kg. Raja kerana katanya di sana terdapat sebuah masjid lama yg sudahpun ditinggalkan tetapi telahpun dipulihara olek pihak berwajib. Tanpa melengahkan masa Deri pun bertolak ke sana. Kampung ini terletak di penghujung jalan, di tepi sungai Muar yang ketika itu airnya melimpah keluar dari tebing. Pagoh baru saja lepas dilanda banjir dan Kampung Olak Sepam masih digenangi air sungai di beberapa tempat.











pandangan
sana sini










Sejarah masjid

Masjid ini telah dibina pada tahun 1931 di atas tapak masjid yang asal dan telah diperbesarkan 30 tahun kemudiannya.
Air pasang & banjir besar yang melanda pada tahun 1971 telah menenggelamkan keseluruhan ruang solat masjid ini. Oleh kerana itu sebuah masjid baru telah dibina di satu tapak yang lebih tinggi untuk mengelak dari tragidi yang serupa berulang.

Setelah begitu lama ditinggalkan tanpa jagaan, masjid lama ini menjadi usang dan hampir musnah.
Tindakan pintar yang diambil oleh pihak Jabatan Muzium & Antikuiti (JMA), mungkin daripada aduan orang-orang kampung yang perihatin, telah menyelamatkan masjid yang bersejarah ini dari musnah begitu saja. Kerja-kerja pemuliharaan (konservasi) telah dilakukan dengan mengekalkan rekabentuk asalnya dan siap sepenuhnya pada 12 April 2003. Ianya kini menjadi salah satu dari warisan sejarah negeri Johor.

Masjid lama Kg Olak Sepam ini telah dirasmikan pada 14 Oktober 2003 (18 Sya`ban 1424) oleh Menteri Besar Johor ketika itu, YAB. Dato' Haji Abdul Ghani bin Othman.

Pandangan penjuru hadapan
Pandangan penjuru belakang
Senibina masjid
**Dalam pemerhatian Deri, masjid ini mempunyai pengaruh Inggeris pada struktur tiang dan dinding batu bata di bahagian luarnya sehinggalah ke dinding `parapet'nya yang dihiasi dengan`decorative precast concrete balusters'.
**Sentuhan ciri-ciri senibina tempatan terletak pada pintu dan tingkap masjid sementara sedikit sentuhan senibina Aceh diterapkan pada bumbung dua tingkatnya yang beratap genting marsille.
**Kelihatan unjuran `lidah' yang agak ringkas pada 4 penjuru bumbung atas serta tunjuk langit sepertimana yang terdapat pada masjid-masjid di Melaka.
**Menara yang menonjol keluar dari bumbung belakang masjid tidaklah begitu ketara dari segi ketinggiannya. Bentuknya empat segi sama, dikelilingi dengan balustrade (mungkin konkrit) dan berkubah bentuk buah pear di puncak bumbung konkritnya.

**Hanya sebuah sahaja kubah yang sederhana besarnya menghiasi masjid ini pada bahagian atas bumbung mihrab.

**Bahagian dalaman masjid dipenuhi dengan tiang-tiang konkrit yang agak dekat jaraknya. Jarak bersih antara lantai & siling hanya lebihkurang 3.5 meter sahaja. Lantainya disudahi dengan lepa simen dan siling bahagian tengah masjid disudahi dengan kayu jalur.
** Tingkap kayu mempunyai jeriji kayu dekoratif di paras bawah, satu penerapan ciri-ciri senibina rumah melayu lama.
** Keseluruhannya masjid ini agak `simple', berbentuk empat segi panjang dengan bahagian mihrab saja yang terkeluar, tetapi sangat unik serta menarik sekali.
Ruang solat

Kubah




Ruang solat



Tingkap ala rumah melayu lama

MASJID JAMEK (BARU) KAMPUNG OLAK SEPAM


Kampung Olak Sepam terletak pada jarak 28km dari Pagoh

3 comments:

Unknown said...

Salam Papabear...
OD tengok, rekabentuk masjid ni selain daripada terpengaruh dengan struktur yang dibawa oleh Inggeris, ada juga dipengaruhi dengan rekabentuk bangunan yang biasa terdapat di negara China. Ada gaya-gaya pagoda sikit-sikit, kan?

kunadzri said...

salam OD...
Memang betul tu OD.... bahagian bumbung banyak terpengaruh dengan senibina masjid kat Melaka, cuma ianya 2 lapis sahaja. Masjid2 melaka, seperti yg kita tahu memang banyak terdapat pengaruh Cina dalam rekabentuknya.

Unknown said...

Pertengahan 2013 saya ada mengengah masjid ini, kebetulan saya pun cuma kampung di lenga, muar sahaja. .
Tapi sesampainya saya di masjid lama ini, keadaannya amat menyedihkan, dengan semak samun disekelilingnya ! !
Apa yg perlu dibuat ? ! Dengar kabar bukan lagi dibawah jab.muzium malaysia, tapi jab.warisan negara ! Tapi yg pasti,
Tiada mana2 badan yg memeliharanya ! Bukan masjid ini saja, tapak sejarah kota buruk juga menerima nasib yang sama ! !
Mohd.yosdi-- (0176484946).

 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Intydez