Thursday, February 28, 2008

Penglipur lara - AKU DAN BOMBA



Terkejut besar aku..... tetiba saja dengar macam bunyi siren... sayup2 saja pada mulanya. Makin lama makin kuat sehingga membingitkan telinga... apa ke jadahnya siang2 hari terang benderang ni dok wong weeng wong weeng.... orang nak tidur pun tak senang...

Pastu dengar pulak riuh rendah orang ramai menempik-nempik dari arah kiri & kanan ku... Ehh... suara macam aku kenal jek... Kalo tak salah aku, tu macam jeritan si Sheda. Pastu macam dengar suara Retna pulak bertempik sambil berlariiiiiii.... apa yang sebenarnya berlaku nih...Oiiii brader...!! Brader buat apa kat atas pokok tu.... turun cepattttt... Bomba dah datang bawa tangga nih...!!!


Laaa... rupa-rupanya aku terlelap kat atas pokok tembusu yang besar lagi rendang itu. Gamaknya disebabkan dek hembusan angin tempuhari yg sepoi2 bahasa tu yg membuatkan aku terbuai-buai hingga hanyut entah kemana... Haaaa...?? Tempuhari.....???

Astaghfirullahh hal`aziiim... dah 4 hari aku tertidur kat atas pokok??? Mesti anak beranak, kaum kerabat dan sahabat handai serta jiran2 teTANGGA & teLIF sibuk mencari aku... Ramai yang menganggap aku telah disembunyikan orang bunian kerana dua hari lepas Tok penghulu UncleJ & Tok Imam Sahrulia lalu bawah pokok tu, tapi tak nampak pun kelibat aku... Cikgu erobik, si Ecah Syed ngan cikgu Angriani pun selalu gak mencari ulam pucuk paku kat situ, namun bila ditanya oleh Kassim S peniup seksefon tu, tak der pulak diorang nampak apa-apa bila langut keatas.

Itulah andaian yang selalu kita dengar bilamana ada orang tetiba jer hilang dari pandangan ramai. Entah betul entahkan tidak. Namun kita tidak dapat menafikan tentang kewujudan makhluk2 halus yang merupakan jin2 yang bertaburan diatas muka bumi ini. Hanya mereka2 yang mendapat anugerah istimewa dari Allah sahaja yang dapat melihat kelibat dan merasa akan kehaziran makhluk2 halus ini. Makhluk2 halus ini kadang2 berasa seronok untuk mempamirkan diri mereka pada manusia yang menjadi pilihannya.... (ni yang seram nak taip nih...) Yer ler... kat dunia ni eksyen la dia sebab Allah bagi keistimewaan tu kat dia.... Tapi kat akhirat kelak lain pulak ceritanya.... Kita pulak yang boleh nampak `diorang' sedangkan `diorang' tak boleh nampak kita.... Padan muka hampa..!!

Isyyy... apsal la anjing menyalak lain macam jer kat luar tuh.... sayuuuuppp jer bunyi... mendayu-dayu pulak tuh. Sat naa... nak pi jenguk kat luar tu kut-kut ada apa-apa yang mencurigakan...


Ok... line clear...tetiba jer tengah aku taip cerita ni, menyalak pulak anjing sekor tuh... Hisyyy!!

Berbalik pada cerita tadi, lain pulak yang diceritakan oleh brader Rio. Katanya dia ada tanya ngan dua orang budak yang selalu main pondok-pondok kat tepi pohon tembusu tu...Mika & Puteri, tapi diorang kata tak nampak apa-apa pun kat atas pokok. Bila diulang tanya, Puteri cakap dia ada dengar bunyi macam orang tengah mengeghoih sambil gelak-gelak kecil. ( sah la masa ni aku tengah mimpi tengok minah saleh separuh bogel kat Great Yarmouth... dok gelak kuk kik kuk kit ngan brader Az....).

Sishoney punya cerita lagi ganjil... Dia kata petang semalam dia nampak kelibat burung Kasawari kat atas pokok tu.... Heran jugak macamman burung jenis tu boleh ada kat sini, dah tu boleh panjat pokok plak tuh... Apa lagi, sishoney yang memang terkenal sebagai penembak tepat tu pun mengacukan muncung senapang nya ke arah sasaran... Bila nak tarik picu, tetiba saja dengar bunyi beep beep dua kali & Kasawari hilang begitu saja.... Aneh sekali....

Dalam kesibukkan orang ramai memerhatikan aku diturunkan dari pokok oleh ahli-ahli bomba yang diketuai oleh Shai tu, sekumpulan mak2 bonda kat atas pangkin kayu di tepi kolam ikan tu langsung tidak mempedulikan apa yang sedang berlaku. Sis E, Kujie, Mamaranggie, Jun serta rakan karibnya dari Australia, OD buat derkkk jer.... maklumlah, diorang tu sedang khusyuk mendengar Chef Norz berceramah tentang pemakanan berkhasiat untuk ibu-ibu mengandung... Kat tepi pagar pulak berdiri si Mat Gebu memandang kearah kereta bomba, tapi telinganya dipasang betul-betul untuk mendengar apa yang diceritakan oleh Norz. Minatnya tentang dunia masakan tak dapat dibendung lagi. Satu hari nanti akan dibukanya satu restoran yang terbesar sekali di Johor.... Mungkin itulah cita2 dan harapannya....

Begitulah sedikit gambaran tentang apa yang terjadi di Seri Gombak tempuhari. Gempar sekejap seluruh fasa-fasa disana. Kehilangan misteri Tok Siak masjid yang sibuk memacak bendera2 partinya di atas pokok2 & tiang2 letrik menjadi tajuk utama akhbar2 tempatan. Akhbar paling popular, The Msjbox sudahpun mendapat tempahan 100 ribu naskah untuk keesokkan hari. Bosnya Mr. Jun de Genius tersenyum bangga sambil merenung kearah kepulan awan di langit lestari. Hasil dari keuntungan ini dapatlah dibawa isterinya yang tercinta, Carneyz pergi menghirup udara segar Gunung Kinabalu.

Tebaloi yang rangup pemberian Tok Imam Sahrulia tempuhari dikunyah perlahan-lahan....
Notakaki :
Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata. Nama-nama yang disebutkan hanyalah nama-nama pinjaman dari rakan-rakan yang saya anggap karib di blogesfera. Sekiranya anda tidak bersetuju dengan pengambilan nama anda secara tangkap muat ini , sila beritahu secepat mungkin kerana saya tidak rela melihat terjadinya sesuatu insiden yang tidak disenangi nanti.
Pada saya mungkin ianya satu gurauan sebagai penglipur lara, tapi mungkin pada sesetengah orang ianya dianggap keterlaluan dan berduka lara.... Maaf dipohon terlebih dahulu.

INILAH PERISTIWA SEBENAR YANG BERLAKU DI BUKIT BERDEKATAN DENGAN RUMAH SAYA DUA BULAN YANG LEPAS, SATU KEBAKARAN HUTAN YANG AGAK SEDERHANA, TAPI SERIUS DAN BOLEH MENDATANGKAN BENCANA SEKIRANYA IA TIDAK DIBENDUNG OLEH PIHAK BOMBA DAN PENYELAMAT.

28 comments:

norzailina said...

Eh, eh, eh...ku pun pegang watak chef dlm ini cerita? Hmm, gaya penceritaan ni macam nak lawan tokeh buku aje...!! ;)

Jamal Abd Rahman said...

whoaaaa....hebat hang ni...boleh lawan novelis Norzailina Nordin tu...kalau hang buat novel gerenti dapat byk royalti...hehehe

tok penghulu? tok penghulu mukim mana ni bro? mukim seri gombak tak mungkin kot....

nAzurAh said...

ahahhaa abah nehhhh..wat cite lain la pulokk

^aNgRiAni^ said...

hahaha...lawaks tul lak n3 abg e ni...kretip betoiii...sakit perut yani baca...cikgu aerobik??? pandai pilih watak...sesuai dengan owangnyer...ahaks...kalau wat novel ni...rasanya kering airmata yani...asyik gelak sakan diiringi dengan airmata...auwwww...:-P

echah_syed said...

abg e..bravo ! mmg lawakz laa.. :P

sape cikgu erobik tu..echah syed??? layak ke dia pegang title cikgu erobik...uishh mcm tak gaya laa dia tu abg e..dia jadi model ibuk2 & bibik2 orait laa..hohoho padan muka dia !

best laa..suke suke citer ni..abis la tokey buku pasni..tutup kedai :(

cabuttttttttttttt !

Ako Retna said...

ehemm ehem.. "TOLONG!" "TOLONG!" "TOLONG!"



caitttt hampeh tau!!! waakakakkaka tapi mmg lawak arr.... muhahha... kijam kijam.. abesh arr putus dah tali pusat ako nih....

kunadzri said...

~~~norza>>>
hehehe... gaya mesti ada norz... nanti kalo publish kat mana-mana, jgn tergezut plak... another novelist in the making babe...

kunadzri said...

~~~UncleJ>>>
Mana la boleh lawan ngan novelis tu UJ... dia dah ramai kroni... Aku ni kalo nak tulis, buat komik lawak boleh laa...

Eh, apa tak bolehnya jadi tok penghulu seri gombak bro... kawasan melayu nih... hang pun kan anak jati selangor... Ok bro, tahun depan aku calon hang....

kunadzri said...

~~~nazurah>>>
ooooo, Yah ngan Lala gelakkan abah yerr masa bomba bawak abah turun dari pokok tuh... ngeh...

kunadzri said...

~~~angriani>>>
lorr yani... bila baca tu jgn ler tumbuk perut... pasal tu la sakit... hehe...:))

Tak bole buat novel la yani... nanti ada sorang novelis kat sebelah abg e ni majuk pulak... lawan tokey... kalo buat buku penglipur lara boleh laa...

kunadzri said...

~~~echah syed>>>
ceq combi cakap pelan2 sikit... ada orang kat brunei tu tengah dok dengaq... nnti royalti dia kurang pulak... heehee, abg e gak yg rugi...

sib baik ceq cabut cepat2...

kunadzri said...

~~~ako>>>
Retna... Sila bertenang... jangan putuskan tali pusat anda... tapi bole gak ganti balik ngan tali rapia... ekehkeh...:))

what everr said...

Hahahahahhaaaa…adoiii cerita ni buat saya gelak laaa…huhuuiiii
Terror uncle berimaginasi..jauh tul berangan tu erkk..pandai jerk kenakan semua nick tue..huhuuiiii..ni daa pakai nick tu kalo dapt royalty kena laa bg sama adil erkk..

Hahahahaha..caya lah uncle..

Jun said...

hahaha..abg deri...wat lawak la...camni, leh la wat buku satu..mana tau, jd bestseller nnti..hahaha. kalu norz bg ceramah kat situ..x mo dgr ceramah, nk mkn j..hikks!

Qaseh Bidadari said...

uncle,
mama ingat ape lah td...rupanya kebakaran...

ingat uncle bermimpi jpe bunian lak td,tu pasai x turun2!

umi_e said...

hehehehehe seronok baca n3 bro tau ;) wahhhhh ada bakat nak ngalahkan sis norz tu :p

* keep it up :)

kunadzri said...

~~~mikaounik>>>
mika, kalo gelak tu jgn sampai putus tali pusat macam retna... nanti susah plak cari tali rapia kat supermarket...

Kadang2 tu bila uncle nak lepas tension bnyk keje kat opis, mulalah uncle merapu...

kunadzri said...

~~~jun>>>
bila banyak sangat keje kat opis... ni la jadinya... cerita2 merapu mula la keluar... nak wat buku tu bagi kat tokey sorang udah ler... abg deri wat kalo, tak bole carik makan plak tokey... hehehe...

kunadzri said...

~~~mamaranggie>>>
hahaha... itu la pasal mama... concentrate sangat dengar ceramah chef norz... sampai tak sedar bomba datang...

kunadzri said...

~~~umi_e>>>
itu semua tempias2 norz lah sis e... mana aci asyik dia jer mengarang... dia wat citer centan centun, bro plak suka ngan sendaloka penglipur lara... riuh rendah sikit umah ni...

*thnx, accasionally.. yes, I will... :)

SisHoney said...

UNCLE DERI,

TAHNIAH!!!!!hebat la cara pengceritaan uncle kat sini disamping nick2 yg seakan2 kene dgn situasi ajee.mst kak norz bagi rahsia yg die xkongsi dgn org lain melainkan suami tercinta kan~hihihi.syg burung beep..beep tu lari kan...kalo x sis mst nak tembak die so pertama kali xsempat nak tembak dah hilang~misteri betul...uncle,lain kali imiginasi cerita lain plak ek *smile

SisHoney said...

UNCLE DERI,

TAHNIAH!!!!!hebat la cara pengceritaan uncle kat sini disamping nick2 yg seakan2 kene dgn situasi ajee.mst kak norz bagi rahsia yg die xkongsi dgn org lain melainkan suami tercinta kan~hihihi.syg burung beep..beep tu lari kan...kalo x sis mst nak tembak die so pertama kali xsempat nak tembak dah hilang~misteri betul...uncle,lain kali imiginasi cerita lain plak ek *smile

Kasawari said...

Hishh buat seram jer.. naper lah ada Retna dah Sheda tu dalam mimpi tuh he he..

sana tak hujan ker bro.. Johor ni dah 3 hari hujan tapi tak lebat... suam suam kuku jer. he he.. selama sebulan tak hujan..

wah anak2 tu posing lagi eh.. homework dah siap ker.. he he..

memang lah.. gaya penceritaan melawan tokey ni. he he

Kasawari said...

Wa ka ka tadi komen baca sekali lalu.. bila baca balik.. lawak lah pulak..

Burung Kasawari ni jenis burung yang aktif tau.. memanjat jer kerjanya.. tak percaya.. tanya pada Linda.. wa ka ka ka!!!

kunadzri said...

~~~sishoney>>>
terima kasih sis... dalam kehidupan yg serius ni kekadang tu seronok juga ada cerita2 penglipur lara utk menenangkan otak & mengendurkan urat saraf....
takut juga uncle, dlm kita berimajinasi tu kadangkala boleh membuatkan insan lain berduka lara, sensitif dan terasa... uncle ni suka melawak, tapi mungkin setengah orang tu adakalanya boleh, adakalanya tidak... tu yang susah tu... btw, itu hak masing2 kan....?

kunadzri said...

~~~kasawari>>>
Retna ngan sheda la yang buat tertimbul nya idea ni kat dalam kepala sy... bila diorng tanya bila nak turun dr atas pokok tu... gedebam.. idea sudah mari... hehehe..

sini hujan lebat la skrg ni bro... tapi kempen tetap panas...

Wah, tak sangka pulak burung kasawari ni kuat memanjat... ingatkan kuat berlari jer... tapi yg sahnya, kasawari memang burung yg power...!!! Tambahan lagi yang bulunya dicat ngan warna merah...wakaka...

arsaili said...

wahhh ada bakat terpendam nih..bila nak baca novel oleh bro nih..ekekeke

kunadzri said...

~~~arsaili>>>
mana ada bro... bakat terendam ada la... dah tak boleh timbul... hehehe...

 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Intydez